Friday, May 29, 2009

Klang

Nak citer gak walaupun dah lama hu hu hu. So balik dari Mines terus packing2, mandi terus bertolak balik Klang, seronoknya balik rumah parents. Bila sampai je anak2 aku terus menjerit atukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk, nenekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk, pastu mula la keje bodek membodek dijalankan. Biasa la budak2 ni akan bebas kalo berada kat rumah atuk nenek diorang. Bila diorang dah kat sini diorang lupa wujudnya kami berdua.

rajin sesangat la diorang melayan cucu2 mereka yang sopan2 belaka

so aku n hubby amik kesempatan la plan keluar dgn adik pempuan aku, mula2 nak tengok wayang hampa sebab semua fully book, so jalan2 je la kat Jusco Bukit Tinggi.

Dah boring round so kitorang nak mengunyah pulak, memandangkan my sis ni dianugerahkan pelajar cemerlang dalam subjek English dengan baik hati my hubby belanja makan adik ipar kesayangannya dan kebetulan kat Bukit tinggi ni pulak ada cawangan Pappa Rich, so we all decide nak makan kat situ.
my sister yg bongsu(satu2nya adik pempuan) thn ni SPM

me n sis ika
aku nyer roti stim ermm sedapnya. aku suka ke sini servis diorang amat tip top, cepat dan pantas, tak yah nak tunggu lama2 k

char kuew teow pun sedap tak lari rasanya sama kat sunway pyramid, ni sis ika punyer

ni minuman kami gambar atas milo ice n barli limau, gambar bawah cappucino.

Anyway nak wish tq kat
mummysya kerana from blog dia la aku kenal Pappa Rich ni, tq Kin.


Thursday, May 28, 2009

Ikhlas ke Kita Berkawan

Tajuk agak emo sikit ye kengkawan dan kena berfikir sedikit,

Pernah tak kita terfikir adakah kita ikhlas berkawan tak kisah la kawan office ke housmate, ataupun kawan dari cyber. Adakah kita berkawan sebab nak glamour, kongsi maklumat ataupun untuk cari pengaruh. Lagi satu perlukah ada garis panduan untuk berkawan, seperti nak berkawan dengan orang yang pakai kereta yang best, pakaian dari kedai jenama, makan di tempat2 yang kelas, ermm kalau ada orang macam ni la tak tahu la aku nak kata. Benda ni berlaku ye tapi kita tak perasan atau buat2 tak perasan.

Bagi aku berkawan dengan sesiapa pun boleh tapi jangan la dengan orang yang memang kita dah tau background tak elok kang tak pasal2 kita dipengaruhi. Lagi satu kalau kita nak berkawan tak perlu la nak burukkan orang lain itu bukan cara yang betul, ada setengah orang nak cari pengaruh dia akan guna taktik ini. Paling buruk depan manis muka mulut semuanya manis belaka tapi belakang kita ditikam habis-habisan, kepada orang yang macam ni tau tak perangai yang anda ikuti ini perangai yahudi Nauzubillah di jauhkan la ye, kita semua. Kalau dekat office sampai bila kita nak burukkan orang, sebab kita semua saling berkaitan lagi pun masing2 dah kahwin dah jadi mak mak orang fikiran dah matang tak payah la buat2 perangai yang macam budak2 sekolah.

Conclusion, terpulang pada kita untuk menilai sendiri macamana kita nak berkawan. Perkara ni aku tak tujukan kepada sesiapa pun just untuk mengingati diri sendiri. Kepada anak2 mama kalau terbaca artikel ini ingatla walaumacamana tinggi la kita berkawan la dengan semua orang tak rugi pun. Bak kata ibuhani In life we have to choose......n...choices are only between two things.
fikir2 kan la ye


Wednesday, May 27, 2009

The Mines-Klang

Ok sambung balik cerita, selepas makan jalan2 jap kat dalam Mines, my hubby ajak kakak n adik bagi makan roti dekat ikan yang terdapat dekat situ, itula aktiviti diorang bila pegi The Mines, aku n danish jalan2 ke tempat lain last2 ternampak kedai PET, so aku terus ke sana Danish teruja tengok rabbit dengan hamster comel2 siut geramnye, tapi anak2 aku tak besar lagi la lagipun si Danish tu ada asthma.

ha kat sini la ikan2 tu besar2, sowi ek aku tak tau nama2 ikan tu, x dpt snap picture sbb gelap
sempat posing
comelkan rabbit tu geramnyer
yang ni hamster cute kan anak2 aku merengek nak bela, tunggu diorang besar la dulu, kang tak pasal2 hamster ni masuk mulut Danish hu hu hu


Lepas balik dari The Mines terus balik rumah packing2 baju n balik umah mak kat Klang. Next entry ye.




Tuesday, May 26, 2009

Party Pack for Birthday Adik

Budak dah sekolah ni lain kan, bila tengok kawan buat apa semua nak(sebenarnya mak dia yang lebih hik hik hik), Semalam kehabisan idea nak cari party pack sampai ym mummysya minta bantuan he he he tq darling. Tapi malam semalam kitorang terus g Jusco Cheras, alhamdulillah memang rezeki berlambak-lambak party pack macam biasa bukan anak2 ye mak diorang yg rambang mata ada party pack dora, barbie, princess, barney dan bob in builder. Nama pun perempuan kan jadi terus amik party pack dora n barbie, sbb apa amik dua konon nak bezakan untuk qdees dan little smarties tapi hakikatnya nak puaskan hati mak diorang yang rambang mata kalau amik barbie pun dah ok tapi bila nampak dora tu macam comel je tu yang dua2 rembat. Semalam siap pack dalam pukul 12.30am. Layan je la gambar2 kat bawah ni
untuk tag party pack tu
puding ngam2 utk 30 pack(2 biji satu pack)

antara yang ada dalam party pack tu

entah apa namanya lupa ler
balloon
siap untuk Qdees-En Owen

siap untuk Little Smarties (day care anak2)

Happy 5th Belated Birthday Dania Humaira

Kepada Dania Humaira selamat menyambut hari lahir yang ke 5 tahun semoga menjadi anak yang soleh dan berilmu, mama, papa, kakak n Danish sayang sangat kat adik mmmmuahhhhhhh. Ini la bintang airmata kami sekeluarga, airmata tidak pernah berpisah dengan dirinya hingga kini, mungkin ini kelebihan pada dirinya yang menunjukkan kasih sayang dia terhadap kami sekeluarga terutama "tataknya"(bahasa dia k, kalau dia ingat dia sebut kakak) dalam kata erti yang lain Dania Humaira adalah seorang yang manja, hingga kini kami memanggil dia Adik tak boleh tukar dah walaupun bawah dia ada seorang adik lagi.

nota: bergenang airmata masa tengok gambar anak2 masa lepas lahir until sekarang, cepatnya masa berlalu

s

Monday, May 25, 2009

KLCC-THE MINES

Lepas diorang puas main kitorang pun decide nak pergi makan, tapi macam malas nak makan dekat situ so kitorang decide makan area bangi. Masa on the way nak ke bangi terlintas nak singgah kedai makan kat LEMON yg dimiliki oleh David Teo.

sabar menanti makanan
lai chee kang aku punya

sweet sour chicken rice, menu adik n papa

lemon chicken rice, menu kakak

menu aku chicken chop, menu danish apa pulak

dia zzzzzzzzzzzzz la kitorang dah nak abis baru bangun

tak berapa sedap la tak macam masa mula2 dulu, tukar tukang masak kut

HOME-KLCC

Hari Sabtu tu mood malas melanda aku sebab selsema dan macam nak kena demam, bila bangun dari tidur Hubby aku cakap "kita keluar nak abang belanja lunch"(dalam hati aku melonjak gembira yippiiiii) tapi masa tu baru pukul 8.30am. Kalau korang nak tau kitorang kalau nak terjah KL selalu kuar awal malas nak rebut parking terutama kalau ke MIdvalley. Tengah berbincang-bincang nak pergi mana, sikakak masuk bilik dengan suara yang agak2 berbau simpati gitu "papa kakak nak pencil box barbie yang tutup dia mcm magnet boleh tak" Papa dia ckp" tanya mama la", sebab awal pagi hati ku amat baik so aku setuju untuk belikan, tapi mcm biasala buy 1 bkn free 1 ye kengkawan but must buy another 1, jika tidak ada pelakon airmata dan banjirla rumah kami nanti. So kitorang decide pergi KLCC, sebab kat Parkson KLCC banyak benda2 macam tu.
Jln Tun Razak mcm biasa la hari kerja ke tak sama je

Yeah dah sampai
dah dapat apa yang dia nak yg sebelah tu tambahan tu so now buy 2 must buy another 2(yang lagi sorg tak nak bergambar sebab tengah rambang mata)


jom main pulak, Danish dah pandai main benda alah ini, so lepas ni kena sediakan syiling lebih dalam handbag k

nota: seronok dapat buat diorang happy hari tu

Friday, May 22, 2009

Salah ke aku berpakaian

Pagi ni aku tersentap dengan satu group ni, aku turun cafe seperti biasa untuk minum, tetiba satu group ni semua pandang ke arah aku, aku senyum je la macam biasa, tiba2 diorang gelak2, dalam hati terus eh naper diorang ni, aku x tunggu lama terus blah, maybe diorang gelak aku pasal pakaian aku kut(aku pakai jubah hitam, tudung ariani awning dia orange), kut ye pun nak gelak jgn la depan aku terasa aku mcm badut je, hormat la sikit perasaan orang, aku pun x pernah nak jatuhkan airmuka orang. Aku x mintak sponsor dari sesapa pun pakaian aku, jd jangan suka-suka gelakkan orang k.

nota: tak suka jatuhkan airmuka orang

Tuesday, May 19, 2009

Lunch at Wong Solo BBB


Tadi tengahari lepas tengok Danish aku laki bini telah terus p restoran yang menyediakan makanan dari seberang. Makanan dan minumannya sungguh enak, makan nasi without lauk pun dah rasa enak apalagi bila makan dengan lauk2nya. Rasa nak cuba lagi nanti. FYI Wong Solo ni ada 3 cawangan iaitu BBB, Ampang n Kg Bharu. So apa lg jom makan2 hu hu hu layan..................
jus avocado(aku teruja nak rasa minum jus ni since terbaca satu novel tu cerita pasal jus ni, ha ha ha akhirnya aku dpt minum) sungguh syedappppppppppppppp

ini la menu yg kitorang order masa lunch tadi, ayam penyek, sup ekor dan tempe n tahu goreng.


Selamat Berjuang Kepada semua athlete MFI

Kejohanan sukan staf UNIKL akan berlangsung dari 19-23 Mei, bertempat di UNIKL MSI. Kepada semua athlete UNIKL MFI good luck k, kami mendoakan kejayaan anda semua. Kak eah buktikan tanpa kak hana n kak roslina MFI boleh johan bola jaring, caiyok, caiyok, caiyok

nota: sorry tak dapat jadi pom2 girl he he he anak gue exam la minggu ni n minggu depan

Monday, May 18, 2009

Cerita hari Ahad

Rasa boring yang tahap gaban dok rumah sbb hari khamis n jumaat Danish kena tahan wad pastu hari Sabtu si kakak ada kelas ganti untuk Hari Raya, jadi hari Ahad kitorang pun planning ke Sunway Pyramid saje je jalan2, sampai sana kitorang terus pergi cari tempat makan kat Pappa Rich, rasa tak puas makan sebab anak2 buat hal, riuh meja kitorang dek mulut2 mak nenek 2 orang ni, bila dah hangen nak menikmati makanan pun tak best kan, tapi sempat la snap menu yg d oder hari tu,

nasi ayam Danish, tak habis pun dia makan maybe tekak tak sedap lg so mama dia jugak ler yg perabihkan
tu roti bakar n telur separuh masak n ayam for nasi ayam, best2 roti bakar tu

tu char kuew teow si adik, mintak beriya-iya last2 papa dia yg makan

ni milo dinasour namanya

tapi yang paling best tak sampai 10 minute tunggu semua makanan yg kitorang order tu sampai, cepatkan bagus lah macamtu.(nak datang lagi la lepas ni). Bila tak puas makan so mulut ni nak mengunyah lg so kitorang nak tapau something bila turun escalator ternampak la J Co ni so harus singgah, tapi rasanya donut dia manis gilerr x sesuai untuk org yg ada kencing manis k, masa aku g pavillion tu tak lah semanis itu.


Celebrate with my friends

Ok2 ini last entry untuk birthday aku k mcm VIP pulak rasanya ha ha ha. Tq kengkawan sebab belanja aku makan ek. Layan je la gambar ni ye, kepada kengkawan sumer tq byk2 semoga korang semua murah rezeki, next makan2 hujung bulan May k, gambar yg lain aku emailkan nnt tunggu...................(kalo lupa bgtau)

on the way sempat lagi tu

kitorang amik nasi set untuk lunch tapi kureng la nasi dia pun keras, tp for western food dia ok,