Tuesday, June 30, 2009

Al Fatihah untuk Adik Qaid

Ingat tak lagi anda pada entry ini. Saya ingin maklumkan berita sedih, anak kepada rakan saya yang menjalankan pembedahan di IJN pada 15 June yang lepas, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12.15 pagi, 27 June 2009. Sms yang saya terima pada pagi sabtu itu amat mengejutkan saya, terduduk seketika sebelum membalas sms tersebut. Saya teringat sms dia selepas bersalin, dia beritahu muka arwah anaknya sebiji tak tumpah macam muka dia. Dia begitu berharap anak lelaki, tetapi Allah menentukan segalanya. Saya membalas sms memberi kata-kata semangat kepada dia dan suami, dan pada pukul 4 pm dia membalas arwah Qaid telah selamat dikebumikan pada pukul 10 pagi pada hari tersebut cuma dia rasa sedih bila susu bengkak itu yang membuatkan dia sedih sangat.

Saya dapat merasai kesedihan mereka kerana saya pernah alaminya 3 tahun yang lepas. Memang perit dan pelbagai emosi datang bila hilang orang tersayang lebih-lebih lagi dalam berpantang kalau tidak cukup iman memang dah lama saya gila, bangun tidur menangis, duduk sorang2 menangis, terbayang-bayang waktu bersalin. memang rasa janggal bila berpantang tanpa baby, apalagi yang pergi itu anak lelaki pertama. Alhamdulillah Suami sentiasa berada disisi memujuk dan memberi kata-kata semangat, tanpa dia tak tahu la saya jadi apa masa tu.

Takziah kepada Rozimah dan suaminya sekeluarga, semoga anda semua tabah dan redha. Marila kita semua hadiahkan Al-Fatihah untuk Adik Qaid Ahmadinejad, semoga roh allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Wednesday, June 24, 2009

Menu malam tadi

Petang semalam kemas2 meja ternampak resipi yang aku print entah berapa lama entah tak ingat, nak tau resepi apa resipi kerang berapi, terus call my hubby cakap nak singgah pasar nak cari kerang, nafsuku dah membuak-buak nak makan kerang berapi ni. Pergi pasar malam kat seri putra jumpa la kerang besar2 wah ini cukup bagus, terus beli 2 kilo. Balik rumah terus basuh kerang ni petang tu sempat tanya cik aqeen macamana nak buangkan pasir dari kulit kerang tu, dia pun ajar la dia basuh dengan berus dawai, agak2 putih tu kira dah bersih la tu. Saya pun ikut la apa yang diberitahu tu, berus dawai tak de berus sabut adalah tapi memang penat la nak berus satu2, disebabkan bersemangat nak makan kerang berapi ni teruskan jua.

step 1- bersihkan kerang(sbb nak masak dengan kulit2 sekali)

step 2- sediakan bawang merah, bwg putih dan halia, kalau tambah serai dan daun kunyit pun boleh lagi wangi, cili api dan cili merah

step 3 - blender bawang merah, bwg putih, halia, cili api dan cili merah, pastu tumis

step 4 - agak2 garing masuk la sos tiram sedikit, garam dan serbuk perasa

step 5 - masukkan la kerang biarkan dia sampai terbuka kulit, itu tanda dah masak la

senangkan, jom tengok gambar pulak

kerang yang telah dibersihkan

bahan2 yang diblender
setelah dimasak, kualiti gambar tak begitu baik guna hp biasa la, namapak memang tak menarik tapi rasanya terangkat wei hu hu hu my hubby ratah itu je malam tadi, pagi tadi request sruh masak lagi malam ni
kobis goreng with carrot n suhun
ikan goreng wajib ada, danish makan bertambah-tambah
kitchen helper

nota: suggest masak la waktu weekend, sebab proses pembersihan memakan masa yang lama, kalau puasa berbuka air dulu la he he he.

Tuesday, June 23, 2009

Menu hari ahad yg lepas

Memandangkan my hubby takde so saya masak paling simple, anak2 pun tak de mood nak makan Papa diorang tak de kan. Boringnya bila suami tak ada, sebab apa tau kalau dia ada boleh la pot pet pot pet dengan dia, ini nak pot pet pot pet dengan budak2 ni bukan diorang faham pun baik diorang layan tv dari layan mama dia. nak tau masak apa hari tu, mula-mula call mak dulu

emak: ko masak apa hari ni
saya: entah la mak tak tau nak masak apa, tak de idea, eddy tak de
emak: ala ko masak je tumis air kentang, pastu buat sambal

ermm betul jugak cakap mak tu kalau korang nak tau tumis air kentang tu apa sup kentang campur suhun + tahu kering, sebenarnya bahan tak cukup, patutnya ada kincam dan cendawan yang hitam tu. So saya pun mulakan operasi masak memasak. Lepas tu fikir sambal apa ek nak masak, teringat ikan bilis hubby saya baru beli dekat Lumut, so terus la buat sambal kering ikan bilis goreng, sambal ikan bilis ni sedap gak kalau makan dengan roti, itu je la menu hari ahad lepas, simple kan makan dengan nasi yang panas2 hu hu hu hilang diet saya.

sup tumis air kentang, sedap juga dimakan dengan sambal belacan dan ikan masin fuhhhhhh


sambal kering ikan bilis goreng

Ole2 dari Terengganu

Semalam petang my hubby baru balik dari Terengganu setelah hampir 5 hari meninggalkan kami sedih tau. Kalau dia buat kerja kat KT boleh order kain sutera sepasang dua memandangkan dekat Paka sahaja so saya kirim keropok lekor and satar(isi ikan letak dalam daun pandan n bakar). semalam sampai rumah tak sempat bukak tudung saya terus bawa keropok lekor untuk digoreng, saya siap ratah macam tu je fuh walaweiiiiiiiiii sedapnye. Satar tu pun tak kurang sedap jugak, tapi tu la hubby saya ni dah tau kami berdua je makan dia beli sebanyak-banyak tidak, nak bwk ofis dah tentu la basi kan last2, korang taukan jawapannya, sayang la. Keropok tu dia beli dekat pintu gerbang nak keluar dari Terengganu, sedap. Yang kitorang tau tempat2 keropok yang sedap, pantai tok manik, losong, kelulut(betul ke nama tempat ni). Kalau you all tahu lagi tempat2 yang sedap keropok dijual beritahu la ye.

keropok lekor yang telah digoreng,



ini la rupanya satar itu, nampak burukkan tapi sedap percaya la

Lunch tadi

Mula2 tak nak keluar sebab dekat luar sana panas sangat, lepas tu teringat nak tukar kad bank, so call my hubby untuk pergi seksyen 9, dekat setengah jam lepas kad siap terus cari kedai makan area situ, memandangkan nak makan simple pegi la restoran Delifrance, mula2 nak order lasagna seafood tapi tak ada ermm terus terbantut nak makan, jadi cuma order sup cendawan dan banana split, my hubby order croissant tuna, tu je lunch yang simple.

mushroom soup with garlic bread, tapi garlic bread dah msk perut he he he tak smpt nak snap

banana split yummy, kat belakang tu croissant tuna tak sempat nk snap jugak

nota: adakah simple lunch ni he he he


Sekejap je.........

Sebelum lunch tadi saya nak key in data student tapi system error, tak tau la dekat mana error tu, so dah terbantut la, jd memandangkan meja ku ini agak berserabut bukan agak ye memang serabut(moonlight n pu3 jgn sengeh mcm kerang ok), dengan bersemangat aku telah mengemas dan susun segala dokumen dengan teratur tak caya jom tengok gambar kat bawah ni
see korang tak percaya
ermm sedap mata memandang, mana pegi benda2 yang menyemak itu ye
.
.
.
.
.
.

ha ha ha kotak ini telah menjadi mangsa, kotak ini mengandungi dokumen2 yang hendak di filing ok.next time la

akan tetapi pemandangan itu seketika sahaja


camner niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii huwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, help meeeeeeeeeeeee, time management dah belajar sekarang kena pergi belajar table management


Sunday, June 21, 2009

Untukmu yang bergelar "Abah" n "Papa"


21 Jun merupakan hari bapa khas untuk mereka bergelar abah, papa, abi, bapak, daddy dan bermacam-macam gelaran. Kepada mereka yang telah tiada insan bergelar bapa ini hadiah kan la mereka al-Fatilhah semoga arwah bapa kita ditempatkan dikalangan org yg beriman dan beramal soleh, yang masih ada peluang untuk berjumpa, dan berbual lagi dengan bapa masing-masing jenguk la mereka.

Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk berjumpa Abah lagi. Abah masih sihat lagi disaat umurnya kini 64 tahun. Saya doakan Abah sihat dan semoga dapat meneruskan ibadat. Emak selalu cakap Abah selalu belikan baju2 berjenama untuk kami adik beradik semasa kecil. Favourite shopping Abah ialah Singapore, sampai sekarang kalau dia belikan cucu punya baju pun mesti yang berjenama, tak tahu la kenapa, anak yang mengikut cara dia ialah saya he he he. Satu lagi Abah ni suka memasak, dia la tuan guru saya, saya ingat lagi abah selalu cakap kalau nak masak apa saja lauk 4 biji bwg merah, 2 ulas bawang putih, sampai sekarang you I follow dia punya cara tu. Lauk kegemaran yang dia suka kalau saya masak ialah masak kurma kubis campur telur rebus, fuhhhhhh kalau saya masak ni memang dia puji la, tapi sejak kahwin dah lama saya tak masak lauk kurma ni sebab my hubby suka saya masak asam pedas.

Memandang Hubby saya outstation, saya hanya dapat wish melalui telephone je, tak puas sebenarnya, nanti la minggu depan birthday emak bole la celebrate sekali. Kepada Abah terima kasih kerana menjaga kami adik beradik sehingga kini. Insyaallah Abah tetap dalam ingatan Uji. Thank you Abah I love you.

Tak lupa juga nak ucapkan happy father's day to my hubby semoga menjadi papa yang baik kepada anak2 kita k, Diorang semua sayang papa,mmmmmmmmuuuuuuuaaaaaaaaaahhhhhhhh.

Thursday, June 18, 2009

Aunty, oh Aunty nak mengadu ni

Aunty, lately ni saya asik demam je, kenapa ek aunty, mama saya risau betul bila saya demam, sebab takut kena sawan macam bulan lepas. Tengahmalam semalam mama n papa saya terus bawak saya pegi klinik, badan saya panas sangat, bibir saya dah merah macam pakai lipstick, bila Dr cek 39.7 aunty, panaskan, saya tengok mama saya mengalir airmata entah apa la difikirkan aunty. Aunty doakan Danish sihat ye, semalam Dr bagi ubat punggung dan antibiotik, pagi ni panas tu dah kurang, mintak2 tak de apa2 ye aunty doakan yang terbaik untuk Danish ye aunty. tq

nota: nasib baik papa dah balik semalam, kalau tak mesti mama kelam kabut, agak2nya nak kena sunat ke saya aunty.

ni rupa saya sebelum demam, saya ceriakan aunty, tu yang mama sedih bila saya demam, mama cakap kakak2 saya tak macam saya jarang diorang kena demam aunty
ni saya tak larat aunty saya balik nursery mama rasa badan saya dah panas, mama terus bagi ubat, saya nak main pun tak best
ni malam tadi aunty on the way pegi klinik, saya merengek je badan saya panas sangat, mama takut cik asthma serang saya aunty, sebab saya ni kalau demam semua benda datang siankan saya aunty.

Movie lagi

Entry saya kali ni berserabut sikit ye tak ikut tarikh pun. Ini cerita hari Jumaat minggu lepas, dah janji dengan anak2 nak tengok cerita ni Night at The Muzium 2, so booking ticket pukul 11.30 pagi kat The Mines. ceritanya wow memang best giler beb rasa nak tengok lagi, tak rugi la tengok. Sejak ada blog ni asyik amik gambar je he he he dulu tak de blog buat bodoh je he he he. Meh tengok anak2 saya berposing sebelum tengok citer ni ha kan dah cakap mesti ada gambar
breakfast kat sini
tak habis2 aksi rabbit adik ni...........
control ayu

siap bawak shawl you, tp memang sejuk duduk betul2 bawah aircond
korang tengok la sikakak over betul tau


Nasi Ayam Danishahumaira

Korang jangan marah ek saya ni suka citer pasal makanan hik hik hik, hari Ahad lepas saya teringin nak makan nasi ayam buatan sendiri hu hu hu, lama dah tak masak, so pagi Ahad tu lepas kemas rumah ajak budak2 pergi pasar cari barang2 untuk buat nasi ayam. Senang je nak buat nasi ayam ni, mula2 kita buat sup ayam dulu masukkan ayam sekali pastu dah agak2 sebati sup tu keluarkan dulu ayam2 tu untuk diperap dengan kicap dan sos tiram kemudian digorengkan, pastu amik sup tu masuk ke dalam beras ikut sukatan kita la kalo 5 pot beras 5 pot sup, nak wangi letak daun pandan, saya masukkan stok ayam maggi yang dalam botol tu(tak ingat apa namanya) dan letak butter pastu masakkan. Kicapnya pulak saya amik 3 ulas bawang putih kemudian cincangkan n tumis pastu masukkan kicap n sos tiram, itu je. Sambal dia lak bawang putih 3 @ 4 ulas, cili merah dlm 3 biji(cili panggil biji ye, sori ek cikgu dah lupa la penjodoh bilangan he he he) dan halia sikit(blender) pastu masukkan ke dalam periuk untuk dimasakkan, saya campurkan sos cili sekali dah gelegak angkat la. Pastu sayur2 dia timun, salad n tomato, so siap la nasi ayam Danishahumaira, mudah kan he he he, sapa yang berpuasa boleh la buat untuk berbuka puasa nanti.

nasi yang baru masak
ayam yang telah siap di goreng
sup ayam
sambal nye
kicap
sayur

nota: anak2 ku makan bertambah-tambah, seronoknya diorang dapat makan airtangan mama diorang

Wednesday, June 17, 2009

Hadiah dah sampai

Pada hari Selasa malam tengah sidai kain ternampak something kat kotak surat, so pergi la tinjau, rupa2nya hadiah dari kak Azlina, seronok sangat, thank you kak, semoga ikatan ukhuwah kita berpanjangan, nanti kalau saya turun ke Perak kita jumpa ek



Saturday, June 13, 2009

Sepetang di Kuala Sepetang-apa ada di sini ek

Macam berpantun lak tajuk entry ni kan ha ha ha, hari sebelum cuti tu akuberborak dengan lecturer aku ni dia kata dia n kawan2 dia nak pegi kuala sepetang nak makan mee udang, aku kalo bab2 makan ni memang terangkat telinga. Dah meleleh air liur ni kan, x pe la dalam hati aku akan sampai sana jugak hu hu hu tapi masa ni hati berkata bila la aku nak sampai sana. Pastu kan cuti yang tidak dirancang tu kan aku kan kat Ipoh, tengah aku surf internet teringat pasal mee udang so terus aku cari maklumat mee udang ni, dah dapat nama tempat dan address terus g google maps pulak nak tengok jauh ke tak Kuala Sepetang dari bandar Ipoh ni, tak jauh ler kengkawan sejam je dari bandar Ipoh ni masuk highway ke Pulau Pinang exit Changkat Jering lepas tu korang follow je Kuala Sepetang punya singboard kedai tu pulak memang tepi jalan, aku ni pun guna GPS gak, kalo x der GPS pun korang tak sesat la yang penting korang ikut signboard Kuala Sepetang. Jom tengok gambar2 ni, jangan meleleh ye air liur korang hu hu hu, yang tengah pregnant tu maaf ye, kalau buat you all mengidam,



on the way, smpt snap, nakal budak ini tak nak dok kat seat dia, menjerit-jerit, last2 angkat dok depan dgn aku terus senyap




kat sini la kitorang makan, warong ni pernah masuk majalah 3, tu yg glamour

sabar menunggu makanan


tadaaaaaaaaaaa dah sampai makannnya silakan silakan jamu mata

mee udang yg ni rm 10 sepinggan ada yg sampai rm 12, serius beb udang dia memang fresh(meleleh air liur masa type ni ha ha ha)

ni lak mee goreng udang yg ni aku amik rm 6 punya, harga nya dari rm 5 smpi rm 12, sama dgn mee udang gak.
puas gak la nk menhabiskan udang2 tersebut,

nota: nak g lagi la sapa nak ikut hu hu, ok la nak tidur dulu da kol 4.15am

Friday, June 12, 2009

Percutian yang tidak di rancang

Memandangkan minggu ke dua adik aku tak dapat jaga anak2ku ini maka aku dan suamiku mengambil cuti gilir2 Isnin-Selasa suamiku cuti, dan 3 hari selanjutnya aku ler yg jaga(mcm tak adil jek hu hu hu). Hari Selasa malam my hubby kena outstation kat ipoh sampai khamis, aku dah plan nak tengok wayang dgn anak2 semasa dia tak de, dah siap booking dah(sorry ye TGV, bukan sengaja pun).

Entah macamana masa siap2 lepas solat maghrib dan nak menghantar suamiku ke ofis, terlintas kat kepala aku yang bergeliga ni, alang2 aku cuti baik kitorang ikut dia outstation, so aku pun dengan lemah lembut nye "abang boleh tak kitorang ikut, boringla tak ada abang(memang pun), masa ni kereta dah start pintu pagar dah terbukak tinggal nak drive pegi ngantor je ni, pastu my hubby pun jawab ler "aah ek, betul jugak tu(dlm ati suka proposal dah diterima) tapi(ada tapi k) abang kena call bos dulu boleh bwk kete @ tidak(sbb diorang dah booking kenderaan sykt-nak ty samada bole claim @ tidak la kan, kalau bwk kete sendiri walaupun dgn jawatan dia layak bwk kete sendiri kalo g outstation). Malam tu nasib ku memang baik la bos laki aku izinkan yippiiiiiiiii, terus packing semua baju(keje gila kan), so kitorang berangkat ke Ipoh pukul 9.30 malam pada asalnya diorang nak bertolak pukul 8 mlm, x pe la janji we alls dapat ikut weeeeeeeeeeeeeeehoooooooooooooooooooo.

tengah layan blog n ym masa ni, maklum ler ikut orang kerja bukan org bercuti lagi pun nk jalan sendiri tak reti, nak tak nak tunggu la orang itu habis kerja

ermm tengok la tu diorang pun nak joint gak
dengan dulang pun jadi la, ni kes dah boring tahap gaban la ni

gaduh sudah main sudah last2 zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz, tu la korang nak ikut sangat

nota: seronok sebab duduk dalam aircond yg memang sejuk tanpa tutup walau sesaat pun dan tak payah fikir pasal bil elektrik hu hu hu. oops lupa lak nama hotel aku duduk ni Hotel Ipoh City ada wifi k,