Monday, March 29, 2010

Chicken pox pulak


Danish demam lagi kali ni chicken pox pulak menyerang, oh kenapa kena bila suamiku tiada disini, bila dah macam ni rasanya baik jadi surirumah @ ada maid jd tidak mengganggu kerja2 di ofis tapi apakan daya have too la kalau tak macamana nak dapat duit kan betul tak. oh melalut ke situ pulak. My husband akan outstation tak tau balik bila, jadi saya terpaksa ambil cuti sepanjang minggu ini if dia ada boleh la kitorang bergilir-gilir cuti. Kesian anak mama. tak pe tengahari ni mama amik cuti



Friday, March 26, 2010

Tersentuh....

Semalam pagi dapat kebenaran dari bos untuk pergi Pameran buku antarabangsa dekat PWTC bersama rakan2 yang lain. Kitorang semua target by 3pm dah ada kat ofis. Entah macamana apa yang dirancang tidak menjadi kerana pukul 5pm masih berada di PWTC korang bayangkan kalau pukul 5 masih ada di KL sudah tentu hazab kan bertambah lagi dengan ribut petir dan hujan yang amat lebat lagi la. Saya tak kisah sebab my husband ada tapi yg saya kisah kereta ada dekat saya uwarghhhhhhhh, saya call husband mintak dia amik anak2 dulu dan saya akan amik diorg semua dekat ofis, terpaksa la dia pinjam kereta kawan dia untuk amik anak2.

Akhirnya dalam 5.40pm kami semua baru keluar dari PWTC jam jangan cakap la sampai Jln Tun Razak baru clear itupun dah pukul 6.30pm. Sampai ofis pukul 7.00pm terus start kereta tak de la nak panas2kan enjin terus je jalan rosak la kete kalo selalu cenggini huhuhu. Dalam 7.30 sampai ofis patutnya dalam 10 minit da sampai, lampu isyarat kat MPI tu lak sekejap sangat dah merah, baru 2 kereta lepas dah merah geram sungguh nak cilok takut kang tak pasal2 kena makan hon orang.

Bila sampai terus say sorry kat husband and anak2 sebab lambat. Dalam kereta masing2 senyap kepenatan agaknya, dalam suasana sepi tu tetiba kakak bersuara "mama ni tak kesian dengan kakak ke mandi malam2" tersentuh saya kesian dekat dia penat, ye la kalau kita pun lg pun dia seharian kat sekolah. Sorry ye kakak mama tak sengaja.

Nak tebus kesalahan saya ni hari ni nak bawak diorg g shopping n makan2, nak pegi mana ek, makan da tau dah of course sphagetti

Wednesday, March 24, 2010

saya letih dan sangat sibuk hingga tiada masa

Biar gambar menceritakan segalanya

hehehehe mengalahkan mak bapaknya pulak

Kegemaran saya

Bila pergi mana-mana restoran yg western ke atau sewaktu dengannya my favourite dessert adalah banana split kalau makan ni pun dah cukup kenyang korang bayangkan aiskrim coklat, vanilla & strawberry digabungkan dengan pisang ditaburi choc rice perghhhhhhhhhhhhhhhh terbaik dari ladang la hehehehe.

Hari tu pegi San Francisco kat Bandar Baru Bangi so order menu yg simple macam kat bawah ni semuanya menepati piawaian tekak ku..

entah apa namanya

yummyyyyyyyyyyy

Tuesday, March 23, 2010

Lengkap satu family


Ingat tak yang saya cerita pasal kedua-dua anak demam hari tu, last week my husband pulak kena tapi bukan demam tau tapi flu tapi simptomnya macam orang demam satu badan rasa sakit, pegi cek dekat klinik Dr cakap my husband kena amik gas sebab kahak dia berkumpul dekat lung, ha.... hari ini dalam sejarah la my husband pakai gas tu selalu bini dengan anak2 dia je. Dalam family kitorang my husband & kakak jarang dapat sakit tapi bila diorang sakit terus lemah nak bangun pun tak boleh.

Last Sunday turn saya pulak kena flu badan terus rasa sakit, tak pegi klinik just makan ubat yg ada tak jalan pulak, badan terus rasa sakit, hidung tersumbat, kepala rasa sakit, pendek kata semuanya sakit la, kebetulan kena my husband outstation pulak aduh terpaksa la pagi semalam bangun untuk hantar anak2 pegi sekolah,masa drive tu tahan je la nak tekan brek pun tak larat, lepas hantar terus zass ke klinik Dr cakap viral, cek tekak bengkak so dapat la mc semalam. Balik terus makan ubat n terus terbongkang sampai pukul 3 pm. Hari ni dah kerja balik, tapi badan masih rasa sengal nasib la husband tak outstation dia la yang drive hari ni, serius nak angkat handbag pun tak larat.

Tetiba terfikir tau bila anak2 & suami sakit, kita jaga diorang tapi bila diri sendiri sakit sorang2 jaga huhuhu sadis, sadis....kebetulan je sakit tu nak datang masa laki tak de hehehehe, kalau dia ada layanan VIP ok kalah ampang puteri, an nur huhuhuhu






Tuesday, March 16, 2010

lapangkan fikiran jap

Salam semua,

Ingat nak cuti Khamis dan Jumaat ni, tapi tak kesampaian sebab byk urusan yg perlu diselesaikan, minggu ni je ada meeting dengan JPA dan MARA semuanya pukul 5 ke atas, kesian kat PC sbb dia busy with her class n for the same time terpaksa handle semua meeting. Tak sampai hati nak cakap saya nak ambil cuti, terasa macam pentingkan diri pulak, dalam kita kerja ni kena jugak give and take ye. Selama 5 tahun saya bersama PC ni, this is first time dia tak ambil cuti masa cuti sekolah, so dia boleh why not me, dari hati yang ikhlas ok bukan bodek.

Minggu depan final exam for PF7, kejap je masa berlalu budak2 ni akan fly ke France bulan 4 nanti ooh lebih kurang 3 minggu lagi, mereka adalah batch akhir yang akan saya handle, kenapa last batch, saya akan ditukarkan ke department lain. Bercakap tukar department ni sebenarnya amat berat hati saya meninggalkan department ni dari batch 3 hinggala batch 8 tapibatch 8 saya tak sempat habiskan, saya memang rapat dengan pelajar2 ni, if diorang ada problem diorang akan jumpa saya dah macam adik beradik pun ada, sampai ada yang panggil saya mama hahahaha kelakar la diorang ni.

"Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan", dua perkataan ini la yang membuat saya berfikiran positif. Mungkin di department baru saya akan dapat ilmu baru dan lebih menarik betul tak. ok sambung kerja balik saja je nak lapangkan otak ni, otak tengah celaru dengan budget utk convo dan mesyuarat hari khamis dan jumaat ni, hopefully next week akan dapat beri tumpuan penuh untuk filing yang tak pernah surut hahahaha. ok selamat berkerja semua...


Thursday, March 11, 2010

Musim demam

Last Tuesday dapat call dari nursery Dania Humaira anak aku yang no 2 tu demam, terus aku amik cuti kecemasan tengahari tu, sebab my husband outstation. Sejak kebelakangan ni my husband selalu outstation dalam seminggu 2@3 hari kira lama la duduk rumah. Email and sms kat bos bagitau pasal cuti n Terus g ke nursery amik Dania n terus bawak g klinik Dr kata tinggi suhu dia dan tekak dia sangat merah.

Malam tu kul 1 pagi pegang badan dia da kurang, Alhamdulillah dalam hati esok boleh pergi sekolah. Esok jam 6 pagi aku pegang lagi badan dia oh my god panas sangat, terpaksa la sms bos aku amik cuti lagi 1 hari, tapi aku terpaksa angkut dia untuk hantar akak ke sekolah, balik tu bagi sarapan dia muntah terus bg ubat and sampai ke petang suhu badan dia masih panas, pastu Dr ada bekalkan ubat masuk punggung tu terus aku masukkan Alhamdulillah turun la sikit tapi pagi ni panas balik, nak cuti lagi nanti kerja2 kat ofis terbengkalai pulak, nasib baik my husband dah balik jadi hari ni dia ambil alih cuti, lega sikit.


Tadi jam 1.50pm handphone berbunyi tengok2 no nursery Danish, hati dah tak sedap terus angkat, "akak Danish demam panas ni tengah menangis" aku trauma sebab Danish dulu kan pernah kena sawan, aku terus call husband minta amik Danish. Harap2 dia ok la. Risaukan dengan musim yg tak menentu ni. Lagi2 sekarang musim denggi datang balik. Harap2 kakak tak demam la sebab dia tengah ada exam ni.

Sampai entry ni bertulis my husband tak pick up call, nak tanya both of them macamana. arghhh napa la aku tak amik cuti hari ni..........

Tuesday, March 9, 2010

What you think????

Apa pendapat korang bila disuruh tukar section tanpa hitam putih, just dengar-dengar je dari mulut orang, apa pendapat korang bila tanya bos, bos pun tak dapat nak bagi jawapan yg tepat, apa pendapat korang orang push korang untuk pindah sebab bilik sekarang diorang nak duduk, abis aku nk dok mana, bilik yg bakal nak duduk tu tak siap lagi, abis nak suruh aku pindah 2 kali dalam masa 2 minggu, gila ke sengal tu, so apa pendapat korang, pada pendapat aku, aku nak wat bodoh je minggu ni.
Sekian........

Monday, March 8, 2010

Naik Pangkat

Salam semua, semoga semua dalam keadaan sihat. Ni nak cerita bukan naik pangkat kerja ek, naik pangkat dari kakak ipar ke emak saudara, ok2 tak nak confusekan semua orang, Alhamdulillah hari Sabtu lepas 6/3/2010, jam 11.34pm lahirla puteri sulung adik ipar aku yang dinamakan Awliya dan juga anak buah pertama untuk kami suami isteri dan sepupu pertama kepada anak-anak kami. Dah jadi Mak long n Pak long huhuhuhu.

board yg dinanti2kan bertukar status sangat seksa ok tengok lcd ni

Awliya berumur 1/2 jam


Awliya berumur 1/2 hari



Thursday, March 4, 2010

Austin Steak sedappppppppppp


Balik dari bandung ni tekak ni tercari-cari makanan western nak buat boleh tapi mim alif lam sin senang kata malas la. Terima kasih kepada blog pu3 kerana memperkenalkan restoran western ni. Dari blog dia la air liur aku meleleh-leleh hehehe terus teringin nak makan lamb chop, so jalan-jalan cari makan kali ni ke restoran austin steak seksyen 7 bandar baru bangi, restoran ni beroperasi dari pukul 5 pm hingga 2 am, ermm napa tak bukak dari tengahari kan.


ini la dia restorannya, pukul 8 pm masih lengang, 8.30 ke atas dah mula ramai, lagi satu servis dia sangat la cepat tak sampai 15 minit dah dapat food yg kita order, mungkin masa tu tak de orang lagi @ memang diorang ni cekap.


lovely kids

honey dew n fresh orange rm 2.50 je

favourite kakak terutama yg ada cheese tu

korg tengok la tu dia bebelkan papa dia yg saja lambat2 gaul sphagetti, minah ni da tak sabar2 nak makan. sedap harganya pun ok rm 8.90

ini pulang sizzling chicken rice adik n danish punya, sedap harga rm 7.90 tak silap

beef steak tak silap rm 11.90 rasanya la

lamb chop dalam rm 9.90 ni aku punya, yg penting tak berbau, aku ni sebenarnya payah nak order lamb ni tapi bila aku baca blog pu3 teruja pulak nak order hahaha nasib baik sedap so berbaloi la

Overall semua yg kitorang order ni sedap n kena dengan tekak kitorang, total semua rm 39 ok la kan. Selamat menjamu mata hehehehe.





Tuesday, March 2, 2010

Percutian ke Bandung Part 5 (balik ke pangkal jalan)

Hari ke 3 - Check out

3 am mandi n siap2 utk check out

3.45 am Gerak ke airport

4.00 am Check in kena 90000 rupiah untuk luggage sebab masa booking dulu da bayar extra untuk luggage

5.00 am solat n terus pegi ruang menunggu

5.45 am yang tak suka didengar ayat lebih kurang macam ni "perhatian kepada penumpang2 ke Medan dan Kuala Lumpur, waktu penerbangan terpaksa ditunda kerana faktor cuaca, waktu penerbangan akan diumumkan kemudian" aduhhhhhhhhhhhh delayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy benci tau. flight masa balik delay 2 JAM suppose pukul 9 am da sampai KL.

9.00 am Announcement para penumpang diminta naik ke pesawat, finally setelah 5 jam berada di airport. Dan kami telah selamat mendarat pada pukul 11 am. Alhamdulillah.

boring menunggu


bye2 Bandung kami akan datang lagi explore mana yg tak sempat explore

sekian ni je la catatan kami ke Bandung selama 3 hari 2 malam

Percutian ke Bandung Part 4 (Pasar Baru)

Hari ke 2 di Bandung

8 am Breakfast

9 am -5 pm Gerak ke Pasar Baru walk in je dlm 5 minit sampai la, dari satu tingkat ke satu tingkat puas rasanya baru rasa syok nak shopping, baju manik2 ni kalau kat Malaysia rm 150-200 dekat sana rm 60-70 dah dapat kualiti terbaik punya. Baju kebaya nyonya n sulam kat sini you all tau je lakan kat sana rm 75-80 dah dapat. Telekung jangan cakap la yg jual kat sini rm 100-200 kat sini rm40-50 dah dpt mana tak gilanya. Tshirt utk ole2 pulak rm 5 - 6 dah dapat. Handbag tak banyak yg cantik kalo nak cantik2 kena pegi FO tapi aku tak dan la. Pastu pegi Pasar Kota Kembang depan hotel je, kat sini banyak jual handbag, kasut dan dvd, beribu handbag kat situ boleh aku tak berkenan ingatkan last2 dpt handbag kat pasar baru itu pun da puas cari yg berkenan dek mata bole la buat basahan g keje.

5 pm- 7 pm amik blue bird pegi kartika sari dekat jalan dago, sedap brownies dia lg sedap dari secret recipe wajib beli tau macam2 perisa ada brownies cheese, chocolate and badam yang panjang 30000 rupiah, yang pendek 24000 rupiah, ada satu kuih tak ingat namanya tp tahu dengan keju letak cili padi kat atas dia perghh smpi sekarang teringat kelazatannya nasib tak pregnant hahahaha. Kalau tak berkesempatan untuk dapatkan dekat airport pun ada jual tapi tinggi sikit la harganya 40000 rupiah tapi tak fresh sangat la kan.

8 pm - ronda2 sekitar hotel tu naik beca sangat scary ok

9pm balik hotel packing2, mandi n zzzzzzzzzzzzzzzzzz sebab esok nak kena bangun 3 pagi waktu sana.


breakfast pagi itu

sekitar jalan pasar baru, jalan ni sibuk dari 8 am hingga 6 pm je lepas waktu tu lengang selengangnya. Pasar baru tutup sekitar 5 @ 6 pm.

antara hasil rembatan dekat pasar baru



berakhirla perjalanan di Bandung, tak puas hati lagi sebab tak round FO2 nnt la plan betul2 pegi lagi sekali

hope info2 yang secoet tu boleh jadi reference sesiapa yang nak pergi.

daaaaa