Friday, April 23, 2010

sudah 4 tahun

Esok genap 4 tahun arwah Muhammad meninggalkan kami. Hanya sempat merasai kesakitan semasa bersalin tetapi tidak dapat menatap wajahnya buat selama-lamanya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya . Miss him so much, Al-Fatihah..

3 bulan

4 bulan

5 bulan

ini je la kenangan yang ada bersama arwah, yang selebihnya simpan di dalam hati.


Saturday, April 17, 2010

lama tak update

salam untuk semua pembaca.

Lamakan saya tak update blog ni since my son kena chicken pox, alhamdulillah danish dah sihat. Sekembalinya saya lepas cuti menjaga Danish, saya dah mula sibuk dengan urusan visa pelajar2 yang akan fly ke France, bukan tu je pada masa yang sama sibuk untuk berkemas memindahkan barang2 ke pejabat baru, ye saya dan beberapa rakan lain telah dipindahkan ke jabatan baru, makin bertambah la kerja kami huhuhu.

Minggu pertama di pejabat baru adalah amat memenatkan, waktu 8 jam memang tak cukup, satu MFI saya kena ronda, komputer pun tak sempat on nak jenguk fb jangan harap la, bila balik rumah je selesai bagi anak dan suami makan terus nampak katil dan zzzzz, abis segala rancangan kegemaran di tv saya tinggalkan. Tak pernah saya penat macam tu sekali, nasib baik my husband ada if not mati ler.

Minggu depan pulak nak settlekan konvokesyen student, hope saya dapat selesaikan kerja-kerja ni dengan sempurna. ok la kawan-kawan saya ucapkan selamat berhujung minggu bersama family. "bon weekend"