Friday, November 19, 2010

Final Year for Dania @ Q-dees

Salam Jumaat untuk semua, mesti ramai tengah bercuti lagi dan yang sedang bekerja mesti masih mode bercuti kan maklum la raya. Bagi yang cuti tengah melambak memang best la bagi saya yg cuti tinggal paras hidung ni terpaksa lupakan.

Last month macam biasa Q-dees telah mengadakan konsert tahunan dan tahun ini adalah tahun terakhir untuk Dania. Ini kali ke 4 saya hadir ke konsert ini, seronoknya pergi konsert ini adalah menyaksikan hasil kreativiti guru dan pelajar-pelajarnya, buat semua keluarga yang hadir pasti terhibur melihat aksi-aksi anak masing-masing.

Dania kalau bab-bab ni memang dia la heroin pantang dengar music terus terangkat-angkat kaki. Untuk konsert kali ni dia masuk modern & retro dance & coral speaking. Jom layan gambar2....

sebelum pergi posing dulu, ermm dah ada 4 costum kat rumah ni ada sapa2 yg berminat..

coral speaking

bermula sudah
danish yang masih demam, kesian dia



akhirnya mereka tamat menghabiskan pengajian mereka diperingkat tadika

masing2 malu2 kucing

jumpa kawan lama

bersama guru kelas

bersama principle



Wednesday, November 10, 2010

Jalan2 lepas sihat

Last week pergi bawak dua2 anak dara ke Empire Subang ala shopping complex yg baru bersebelahan dgn Subang Parade. Saja je cuci mata dan tekak. Tempat ni penuh dengan restoran la macam2 ada, tapi kitorg pilih tmpt utk minum je sbb da breakfast berat pagi tu. Danish tidur jadi tinggalkan je la dengan mak su,


dah besarkan diorg hrmm sekejap je


Hati siapa yg tidak sedih....

Ini gambar2 sepanjang adik demam, kesian kan, bila dia demam memang la lembik semacam, teringat saya waktu kecil inila dia sebijik cuma beza adik nak jugak makan ubat, saya perghh paling susah nak makan ubat hehehe.




Jujur, ikhlas

Bila kita buat sesuatu kebaikkan insyaallah kita akan dapat balasan yang baik. Bila kita jujur dan ikhlas dalam membantu seseorang, insyaallah akan dikenang. Tidak sangka pagi tadi ada tetamu dari Melaka hanya datang ke pejabat saya untuk mengucapkan terima kasih, sangat terharu.

Thursday, November 4, 2010

Influenza B

3 minggu yang lepas adalah minggu sakit untuk family kami, dimulakan dengan Danish, tiba-tiba pagi tu dia demam panas sangat, suami pulak kebetulan outstation. Pagi2 lepas hantar kakak dan adik ke sekolah terus je pergi Az-zahrah. Jumpa Dr, amik suhu 39 darjah wow panasnya, takkan nak hantar taska terpaksa la cuti. Alhamdulillah lps 5 hari Danish kebah dari demam.

Baru nak tarik nafas lega, yang Dania pulak demam betul2 seminggu selepas annual concert Q-dees. Hari Jumaat kebetulan masa tu saya sangat busy di office, dan minta suami ambil anak-anak. Masa saya tengah cari barang-barang untuk Dean List dapat call dapat call dari suami beritahu Dania demam, ah sudah, terus mintak suami hantar ke Az-zahrah. Dr check suhu 39 darjah near to 40, aduhai susah hati ni, mohon minta jgn la ada apa-apa.

Hari Sabtu nampak mcm da ok tetapi sebelah petang panas balik, hari ahad pun tak de tanda2 nak pulih. Hari Isnin nampak da ok tapi kitorang tak hantar ke sekolah lagi. Hari Selasa pagi tu nampak dia ok so kami pun decide nak hantar ke sekolah. Entah macamana, lepas hantar kakak ke sekolah tiba-tiba Dania menggigil kesejukkan, terus saya minta suami terus ke Az-Zahrah. Dr check suhu masih tinggi 38.3 suppose demam dah takde sbb dah complete antibiotic. Dr pun ckp nak amik darah dan test influeza. Ya Allah terus hati saya tak keruan, berdoa jangan la ada apa2 yang tak baik berlaku ke atas Dania.

Keputusan darah dan influeza keluar je, Dr panggil masuk, keputusan darah normal, tak menunjukkan tanda2 denggi, tetapi test influenza B menunjuk positif. Dr terus keluarkan surat untuk kuarantin selama seminggu.

Balik rumah tengokkan dia menggigil-gigil, saya selimutkan sampai 3 lapis pun masih menggigil. Sampai hari Rabu tiada tanda2 untuk sihat. Petang Rabu tu kami bawa ke An-Nur pula. Demam sangat tinggi. Wad pulak penuh, terus minta Dr masukkan air, tak sanggup saya tengok Dania mengerang dan menggigil-gigil. Dan alhamdulillah hari Ahad Dania sudah menunjukkan tanda2 positif untuk sihat, dah boleh bermain dengan kakak, mulut dah pot pet pot pet seperti biasa. Syukur kepadaMu Ya Allah.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang tidak pernah jemu mendoakan kesihatan anak saya.


Untungnya Mak Datang rumah

Heaven ok bila mak n abah datang rumah, macam2 diorang masakkan untuk kitorg. Meriah dapur saya yang selalu senyap sunyi jadi riuh, Alhamdulillah mak dan abah masih sihat lagi, bila la lagi mak dgn abah nak datang, payahla org tua ni kan nak tinggal rumah diorang. Ini diorang datang sebab menjenguk cucunya sakit, kesian kat anaknya yang selalu telephone mengadu damba hehehehe.

Nasi ambeng bukan nasi "kambing"

Salam untuk semua, dah lama tak update lps tu terus update pasal makanan, itu la saya makanan dgn blog tak dpt dipisahkan huhuhu.

Korang pernah dengar nasi ambeng, makanan ini tidak asing bagi orang jawa. Nasi ambeng ni kalo kenduri diorg akan hidang dalam dulang yang dialaskan dengan daun pisang, menu dia ayam masak kicap (x silap msk kicap ni letak santan), serunding kelapa kadang2 letak hati @ daging, mee goreng, kerabu, ikan masin. Satu dulang tu 4@5 orang akan makan, tapi dah susah nak jumpa, mungkin leceh kut.

Ada satu hari tu saya parking kereta betul2 sebelah lori katering nasi ambeng ni, tiba2 si kakak berkata, ishh salah eja ni patutnya nasi "kambing", rasa nak tergelak pun ada padahal keturunan jawa tu.

Hari Selasa lepas saya terjumpa org jual nasi ambeng dekat pasar malam Bandar Seri Putra, tanpa fikir sedap atau tidak terus beli. Nasib baik beli 1 bungkus je, portion sangat banyak, saya, adik dan Danish pun tak habis makan. Rasanya sangat sedap, yang penting anak2 saya dah kenal nasi ambeng ni.

nasiputih, ayam ungkep, daging ungkep, mee goreng, serunding kelapa, kerabu, ikan masin bulu ayam. semuanya RM 8, tp satu lauk RM 5