Wednesday, November 16, 2011

Buku dan sushi

salam untuk semua, semoga semua sihat2 belaka ye. Mesti sekarang ni masing2 berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan hujung tahun dan UPSR kan, ada juga yang berdebar-debar untuk menjawab soalan final exam dan SPM. Apa2 pun semoga Allah permudahkan segala apa yang korang buat ek. Bagi yang dapat keputusan cemerlang tahniah aunty ucapkan ye, yang kurang berjaya ini bukan penghujungnya cuba lagi untuk memperbaiki kesilapan yang lepas ek. Eh da macam pakar motivasi lak huhuhu.

Apa kaitan dengan buku dan sushi ye, cuba jawab hehehhe, tak yah la jawab buat pening je. Kaitannya kedai buku kat tingkat atas, restoran sushi kat bawah hehehehe. Habis periksa hari tu budak2 ni request nak buku konon2nya nak release tension la tu. so g la popular yang kat giant nilai tu, pilih memilih kerja dorang bayar membayar mak dan pak dorg. Tak pela aku sebenarnya suka anak2 aku membaca bak kata org byk membaca luas pengetahuannya betul tak.

ha sekali beli sampai tak larat nak bawak, lupa lak sabtu tak de plastik jadi bwk ler sorang sikit

model sushi huhuhu setiap colour piring tu lain harga tau yg warna merah tu paling mahal

air hijau tu sedap ok japanese tea namanya

budak2 pun suka

itu la kisah buku dan sushi.

Wednesday, November 9, 2011

Kuih muih melayu klasik di Aidiladha

Sebelum nak teruskan entry ni aku nak minta maaf kat korang semua jangan ada yang meroyan tengok post cerita pasal makanan dekat blog ni eh anggap je la blog ni nak bagi idea kat korang nak masak apa kat rumah tu kan, sayang kat korang mmmmmuah.

Selain aku request makanan, anak aku yang sulung pun ada request kat nenek dia nak karipap, Dari last week dia berzikir nak karipap tapi nak beli kat mana, goreng pisang banyak la org jual petang2 kan, jarang org jual karipap. Nenek takkan biarkan cucunya kempunan ye tak pernah ok. Raya yang lepas request ketupat palas, raya korban ni request karipap pulak haishh tiba2 terpikir aku boleh ke jadi macam mak aku nnt ek.

kuih lopis yang direbus dlm daun pisang

kuih lopis dimakan bersama gula melaka, tak pernah menghampakan sesiapa yang memakannya

ha ni ler karipap yang diidam-idamkan oleh kakak inti daging korban lagi ok memang la sedap tak silap kitorg dpt buat dalam 100 keping habis licin dalam masa 2 hari je, hebatkan.


Menu AidilAdha bahagian 2

Tiba-tiba ada part 2 pulak ek boleh je la labu. Bila balik rumah mak macam2 nak request makan tu ini, mentang2 la mak ko pandai masakkan hahahahah, Kali ni aku request suruh mak masak nasi tomato, aku belikan bahan2nya dan mak masakkan semuanya, aku adalah assitant je hehehehe.

Sepatutnya nasi tomato ni makan masa lunch tapi oleh kerana perut adalah penuh jadi la nasi tomato ni hidangan untuk santapan minum petang dan dinner.

nasi tomato versi dlm periuk dan mangkuk hidang hehehehe

ayam masak merah nyum nyum

kurma daging korban fuh terangkat


sup tulang ermmm tak tertype rasanya disini


Salam Aidiladha 2011

Salam untuk semua pembaca, masih ada yang bercuti lagi kan bestnya kalo la cuti aku banyak lagi kan best tapi apakan daya cutiku adalah untuk anak2. Eh melalut citer pasal cuti lak hehehehe itu la padahnya bila dah menaip main type je apa yang terlintas kat otak ni.

Alhamdulillah tahun ni abah dengan mak berpeluang untuk melakukan ibadah korban. Maka banyak la daging kat rumah tu tapi sayang mak dgn abah tak boleh makan daging lagi-lagi daging fresh mau darah tinggi dorg naik nanti, itu pun tercuit-cuit kesian tapi nak buat camne kan. Daging2 tu mak bagi kat aku sikit, kat pak cik husband sikit, jadi le yang lain kitorg buat kurma, tulang buat sup, daging goreng kunyit hrmm sedapnya, apa lagi air tangan mak kan.

Raya kali ni menu adalah lain dari yang lain buat family aku ler. Ketua Chef kata muak ketupat nih (dalam hati dah sedih) apa pun menu adalah terbaik ok, maka menu pagi raya hamba persembahkan kepada kalian semua


nasi lemak sambal sotong perghhhhhhhhhh menjilat jari dapnyeeeee

nasi yang wangi dengan daun pandan, cukup santannya, dengan hirisan halia membangkitkan aroma nasi lemak ni, fuh mak nak lagi

telur rebus yang sangat cantik belahannya sapa la yang belah telur ni ek hehehehehehe

sambal sotong yang kitorg igau2kan sampai la ni terasa kat tokak ni

bersama hirisan timun

kacang goreng

ikan bilis yang sangat rangup


ayam kampung goreng perghhhhhhhhhhh

Friday, November 4, 2011

ishishish makan je ko kan hehehehe

Last week tiba2 rasa nak makan ikan msk tempoyak campur bendi, bendi goreng up pulak dgn terubuk masin, ishhh nak tunggu weekend lambat nak tak nak balik kerja terus singgah pasar beli bendi, sampai rumah solat siap2 then baru ke dapur untuk menyiapkan misi hehehehe.

ikan tenggiri dan bendi masak tempoyak fuh sedappppppppp

fillet ayam goreng dan ikan tenggiri

ikan terubuk masin ssssssssssssedapppppppppppppp

bende goreng

Selamat menjamu mata yek, oh dah nak raya haji, selamat menyambut aidiladha, have a safe journey, dan selamat bercuti. Semoga kita semua dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar-benarnya. Luv u all


Ikan Bakar Petai

Sesiapa yang pernah ke Tanjung Lumpur diorg mesti tau pasal kedai makan ni. Sekarang dorang bukak cawangan kat Bdr. Baru Bangi sederet dengan Balai Bomba, bertentangan dengan kilang Sony, kalo dari tol korang kena u turn ek, jgn lak korang nak cepat masuk kat laluan bomba bahaya ok,

Specialty of course le ikan bakar letak petai, not bad la boleh diterima tekak, harga aku amik tomyam, ikan pari bakar, sotong tepung, sayur kailan ikan masin, nasi putih dan air RM 60 hrmm rasanya mahal kot tp kalo korg g Kuantan masih murah lagi. Kedai ni bukak pukul 5 pm, yang bestnya dorg provide surau so sapa2 yang balik kerja tak yah la blk rumah korang boleh makan dan solat kat situ jd tak kelam kabut kan. Sebab apa aku cakap mcm ni kalo korg datang pukul 8 kedai ni dah mula dibanjiri orang. Bila dah ramai paham2 je la serve pun lambat la. Eh melalut lak aku ni jom2 layan gambar.


ni la menu2 dan harga

masa makan tu tak selesa sangat sebab byk lalat lak,

ha ni le dia rupa ikan pari bakar petai, kuah pencicah dia pun sedap

So tak yah la korg nak ke Tanjung Lumpur semata-mata nak makan ni, kat Bandar Baru Bangi pun dah ada cawangannya.


Thursday, November 3, 2011

Masak2 lepas keluar hospital

Blog acik nih kalo x citer makan tak sah kan hehehehe, mungkin ini kelebihan aku rasanya, setiap org mesti ada citarasa masing2kan, terpulang la kepada pembaca semua untuk menilaikan. Ok stop membebel.

Kejadian hari Sabtu, memang lauk dah ada dalam peti ais so tak yah la ke pasar, tinggal nak cong ceng cong ceng je. Cong ceng cong ceng pukul 2 jugak siapnya, ye la kekadang cadangnya nak masak 1 jenis je tapi bila dah kat dapur tengok bahan2 jadik le 2-3 lauk. Hai bila la anak2 dara ni nak besar boleh tolong mama cepat sikit masak.

Hasil cong ceng cong ceng kat dapur

sweet sour kerapu tak sampai malam pun dah habis

ayam masak apa dah lupa ingatan nnt kalo ingat aku update ek, pun selamat masa tengahari tu

sayur kangkung goreng belacan,

Lengkap

Hi korang, sihat? semoga korang semua sihat2 belaka ye. Tengok tajuk lengkap apa yang lengkap ye, huhuhu, lengkap la dalam family kitorg yg duduk hospital. Yang aku ni x yah kira la 4 kali bersalin, denggi, migrain tak terhitung la tidur kat wad. Husband pun pernah, kakak sekali je masa tu umur 2 bulan kena cirit birit kesian dia masa tu ye la 2 bulan kan, Danish dah 2 kali sekali tu masa 6 bulan cirit birit dan kali ke 2 umur 2 tahun sebab demam sampai kejang badan, dan adik walaupun dia selalu tak sihat tapi ni kali pertama masuk wad sebab food poisoning + gastric. Kesian dia x sanggup tengok dia muntah-muntah tanpa berhenti.

Masa dia kena sakit ni sekolah tengah ada peperiksaan nak buat camna kan dah sakit, ada hari yang dia masuk wad tu dia tengah jawab maths tapi tak dapat nak buat sebab dia non stop muntah so korang imagine dari hari Isnin-Rabu tu asik muntah2, suspen dah aku dgn husband kuar masuk klinik tapi tak de perubahan dan hari Rabu tu aku nekad minta Dr masukkan dia ke wad, at least boleh msk air dlm badan dia, Dr macam paham2 je niat aku, bila nampak Dania dan tanya sikit2 terus dia kata kat nurse cari bilik kosong sebab Dr tengok muka da pucat bawah mata dah cengkung.

Hari ke 2 dekat wad hampir 1 jam Dania muntah2 lagi kesian dan risau sangat aku tengok keadaan dia masa tu. Hari ke 3 bwk pergi ultrasound check semua ok cuma byk angin dalam perut. Bila Dr tengok tu dia bagitau jangan risau x de apa2 cuma gastrik sebab dia dah tak makan apa2. Lega hati, dan petang Jumaat Dania dah stop muntah Dr pun bg kebenaran untuk balik.

Itu la citernya, bila anak2 x sihat tahap kerisauan adalah tinggi ye, Alhamdulillah sekarang Dania dah sihat lega sangat.


hari pertama lembik masa ni

hari ke 2 ok sikit lepas drip ubat tahan muntah, adeh sakitnya kena cucuk drip ni


muka sedih nak g ultrasound, takut la tu

masa nak g ultrasound tu ingatkan buat kat spital tu je rupanya buat kat tmpt lain, naik ambulan ko terkejut aku nak tergelak pun ada suspen pun ada, tak jauh pun kat belakang hospital tu je. Terus aku pening kepala lepas naik ambulan nih.


Alhamdulillah dah mula sihat rasa lega sangat, cuma Dr tak bagi dia minum air kosong sebab Dania akan muntah setiap kali minum air kosong, jadi aku belikan la ribena untuk gantikan air kosong, dalam hati aku " wah dik mahalnya sakit ko ni" hehehehe,

Alhamdulillah Dania dah sihat dan kembali bergaduh dengan Danish, dan huru hara la balik dalam rumah kitorg, tapi apa pun suasana yang riuh rendah tu la penyeri rumah kita kan betul tak.


Bila tangan menari di dapur

Wah tajuk tak hengat, apa tandanya tu itu tandanya sekali sekala je dapur berasap heheheheheh, tapi tu masa awal gaji la kan kalo da tengah n hujung2 selalu la dapur berasapkan, kalo makan luar selalu pun boring gak kan hehehee, ecehceh cover line pulak.

Payah nak tengok aku masak beriya-iya kalo weekdays ni, ye la dah sampai rumah kul baper kan. Tapi bila roh memasak ni masuk dalam badan ni maka tersedia la menu2 yg rumit tumit ni kan eh ada ke ayat rumit tumit, sesuka hati je kan.

ikan bawal masak sambal tomato, kalo mcm ni la hiasannya chef Jo n chef Riz masterchef mesti kutuk kan hehehehee, jadi jangan nak berangan nak jd master chef, cukup la asah skill kat rumah je.

sayur campur goreng, i love broccoli

kalo korang perasan mesti meja makan kitorg beralas surat khabar, why why whyyyyy, sebab bdk2 ni makan tak de mulut, cuba ko tak letak suratkhabar maka ada la keluar suara2 tarzan.