Friday, December 23, 2011

Ajk Seminar

Awal bulan hari tu sekali lagi aku dgn kawan2 jadi AJK untuk seminar yg dianjurkan kat ofis tu, muka kami memang laris untuk setiap event yang diadakan hehehehe, tak la besar jawatan tapi kira ok tu dapat gak masuk dalam appraisal kitorg.

Seminar tu diadakan di Rennaissance KL dari 6-8 december hari tu, tapi kitorg berkampung dari 5/12, paham2 je la buat kat KL ni kalo tak tidur sana macamana nak mengadap jammed pagi2 tu kan. Jadi org kaya kejap la kitorg 4 hari tu. Jom layan gambar2 ktorg hehehehe

staff baru rennaissance hehehehee jgn marah aaa

owh ramai gak staff baru


ha ko ado hehehehee dpt bilik yg terbaik beb, buktinya korg tengok la gambo kat bawah ni

see nilaikan je la ye ampun kawan2, nak letak gambar lagi satu tak sopan hahahaha ni sopan sikit la hehehehee


ni hotel kitorg duduk



KLCC waktu malam

ni aktiviti malam kitorg 15 min je jalan kaki sanggup tu semata-mata ombak rindu, hrmm ombak rindu novel lagi best la, tapi lagu duet hafiz n adira memang superb, citernye ok la x la bosan sangat but ending tu macam nak cepat habis tu yg spoil sikit, dialog yg akan org ingat masa babak lisa surihani jumpa maya karin kat sawah padi tu redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah huhuhu. eh eh citer seminar ke citer ombak rindu ni campur sekali le ye.

ini la dia seminarnye

KLCC waktu siang ni view dari bilik kitorg


ini la breakfast yg aku tak pernah miss amik sedap tau



hari pertama

hari ke 2

last day

Banyak2 event ini la event yg aku takkan lupakan, ok geng hope next year kita bergabung lagi


Makan tengahari Acara tahunan

Tiap2 hujung tahun dept kitorg akan pegi makan sama2, last year g EQ Bangi, this year kitorg pilih Pullman Lakeside Putrajaya. 1st time jejak Pullman ni cantiknya hotel ni, Pullman ni terletak dekat PICC kalo dari Bangi dalam 10-15 minit je. Makanan dia sedap jugak tapi tak banyak pilihan sangat tak macam EQ, Istana dan Rennaissance KL tapi masih boleh layan la food dia especiallly pizza dgn desert mmg tip top.

org kuat yg pakai baju warna biru gelap tu, tq to Cik Yan dia la yg cari quotation hotel dan souvenir, assistant yg duduk tu Nadia tq kat dia gak

tahun ni last lunch dgn makcik ni, dia da kena transfer sedih ok

cantikkan

check in jgn tak check in

ini la staff kat dept kitorg, ada lagi yg belum sampai

gaya Puan Sri berbual, oh tak de Puan Sri ni kami tak bergambar ler, tq Puan Sri hehehehehe

close up gambar ketua n assistant


antara food yang dimakan hari tu

Alhamdulillah dgn acara2 macam ni la dpt mengurangkan ketegangan kat pejabat ye la kalo da busy masing2 dpt tegur sekejap2 kejap je yg selebihnya mengadap pc betul tak. Ok harap dapat bersama lagi tahun depan. Kepada kawan2 di ofis korg memang best luv korg semua


Thursday, December 22, 2011

Meraikan mereka

Lepas anugerah kecemerlangan tu kitorg pun terus pegi Mid Valley untuk meraikan anak2 yang telah bertungkus lumus belajar dan memperolehi kecemerlangan dalam setiap subject. Adik dah mintak hadiah tapi masa tu mak pak pokai jd survey je la dulu apa yg dia nak kan, Kakak diam je sbb dia tau dia x cemerlang tapi mak pak mana yang sampai hati kan.

Sampai2 kitorg terus pegi Belanga sbb perut sudah lapar sebab x sempat sarapan pagi tu. Sampai je duduk terus order dan makan ler apa lagi.

nasi dagang yang superb aku amik lauk rendang daging

nasi kerabu yang tak de tolok tandingnya hubby amik ayam percik memang sedap la ini mau nye aku g mid valley christmas ni kang

laksa pun sedap sangat memang terbaik ler Belanga ni

teh tarik pun sodap, yg disebalik air tu merajuk nasi ayam dia tak sampai lagi

x tau ler sejak bila minah ni suka makan laksa


Wednesday, December 21, 2011

Hari kecemerlangan Dania Humaira

Ini kisah bulan 11, biasa la citer tertunggak bukan bil je tertunggak cerita pun tertunggak heheheh. Alhamdulillah anak2 dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan hujung tahun. Kakak walaupun nombor berpuluh-puluh tapi masih grade A dalam kelas dapat no 31 huhuhu bykkan keseluruhan darjah 3 dia dapat no 51, x pe dia da cuba sedaya upaya. Main subject semua dapat A ok la kan.

Adik pulak dapat no 12 di sekolah kebangsaan ini pun tak sangka sebab masa peperiksaan dia kena admitted sebab keracunan makanan, Main subject dapat 7A 1B, syukur. Tapi yang paling memeranjatkan sekali sekolah agama dia dapat no 1, memang tak disangka2. Alhamdulillah itu je yang dapat kami ucapkan.

Tarikh tak ingat hari Sabtu Sekolah KAFA Al Haziq telah mengadakan hari kecemerlangan untuk pelajar2 yang cemerlang di Danau Golf Club UKM. Siapa yang tak gembira kan hari2 dia remind kitorg pasal hari kecemerlangan tu ye la 1st time dapat anugerah tersebut dapat no 1 pulak tu bangga mama dgn papa dik.

piala dan hadiah2 yg bakal ana2 ni dapat

kakak nampak sedih, mama faham nak, tak pe next time cuba lagi ye


amik gambar dulu sblm majlis bermula

tengah bernasyid

byk2 benda yg ni aku x faham kenapa meja vip ni ada kat depan stage org nak tgk anak2 terima anugerah bukan montot2 vip ni, hangin je aku

tak terucap dengan kata, hope kejayaaan ni tak terhenti di sini

piala dalam genggaman


Alhamdullillah permulaan yang baik untuk semua.