Thursday, November 29, 2012

Hobi

Kita skip cerita pasal makanan ye, nak cerita hobi pulak, apa hobi korang ye dulu ingat lagi masa sekolah cikgu mesti tanya apa hobi kita kan lepas tu senaraikan 3 hobi dan buat karangan. Hobi aku dari dulu hingga kini adalah membaca dan sekarang anak-anak pulak mengikut.Tak kira la baca apa pun tapi sekarang aku suka baca novel feeling jiwang semacam kan, novelis yang aku suka Aisya Sofea, Fauziah Ashaari, dan sekarang aku dah jatuh cinta dengan novel Sha Ibrahim dan Siti Rosmizah. Novel2 dorang tak pernah sekali pun aku tak beli sedap tak sedap belakang kira tapi selalu sedap tak pernah menghampakan.

see pantang keluar je baru aku terus rembat, yg sebelah kanan tu aku terbeli sebab tertarik dengan sinopsis, belum habis baca tapi so far memang best. Nak tau best ke tak bila baca tu tak boleh nak letak walau seminit pun hahahaha, kalo tak best baca sekejap lepas tu letak sampai la bila teringat baru baca balik
ini pun best jugak novel islamik keluaran PTS

Kesimpulannya aku akan beli bila sinopsis dia best dan novel tu dari novelis yang aku suka, korang suka novel jugak ke jom share..



Wednesday, November 28, 2012

Suka makan dan masak

Salam semua,

Yup memang aku suka makan dan masak, pantang ada resipi yg mudah dan sedap akan ku cuba sungguh-sungguh tapi dengan syarat semua bahan mesti ada kalo tak de hati akan bercakap mesti tak jadi padahal kalo org pakar masak benda tu tak jadi hal, contohnya asam pedas kalo tak de kunyit hidup aku takkan masak, masak lemak cili api kalo tak de serai sorry ye aku takkan masak aku ni ikut abah tak cukup bahan tak nak masak kalo mak aku hrmm benda2 tu tak jadi hal jadi je pun, makan bertamba-tambah jugak hahahhaha, itu la perangai aku kalo berkaitan dgn masak mesti perfect if not dapur tak berasap eh macam pantun lak.

Setelah sekian lama tak ke pasar untuk shopping lauk pauk untuk dimasak akhirnya Sabtu lepas kitorg laki bini berjaya menjejakkan diri ke pasar, rasanya ada 4-5 bulan tak ke pasar, tapi bukan bermakna tak masak langsung ada beli lauk kat kedai tapi beli untuk yang dimasak hari tu je. Aku rasa sebab setiap hari weekend aku dok kat office tu yang tak ke pasar. Laki den da bagi hint masak sedap2 ye dah lama tak makan sedap2 oh apakah rasa bersalah iolls huhuhu. 


Hari Sabtu yang sejuk tu dapatla kami tangkap binatang2 di bawah untuk dijadikan lauk untuk selama tak tau la bergantung kepada tahap kerajinan untuk memasak.

 ikan tenggiri, ayam kg dan ayam bandar

ikan geruk dan ketam

sotong ikan kembung dan selar

bila ketam tak de la aku nak masak lain melainkan masak lemak cili api, resipi sangat simple cili api, serai, dan kunyit hidup ditumbuk guna batu lesung rasanya memang terbaik compare blender, daun kunyit siat2kan lepas tu letak semua dlm periuk dan jangan sekali-kali korg tinggalkan macam tu alamat nanti pecah la santan da tak syok nnt.

ini hasilnya nak kuning lagi tambah la kunyit serbuk

masak lemak ketam dijodohkan dengan sambal sotong, nak rasa yg terbaik pastikan sambal tu tumis sampai pecah minyak baru la best, resipi, bwg putih, bwg merah dan belacan di blender kalo sambal aku blender je, bawang besar hiris2 dan jgn lupa air asam jawa yang ni aku guna adabi punya tak payah nak perah2 lagi senang senangkan 
 ok da siap masak nyum nyum


next masak sayur da 2 ke atas tu mcm berat2 je, sayur kita masak simple2 je ni siew pak choy sos tiram, lagi senang rebus sayur tu jgn sampai layu, angkat ketepikan, curahkan sos tiram, lepastu amik bwg putih cincang2 tumiskan dengan guna minyak yg sedikit da kuning2 angkat tabur atas sayur yg direbus td see betul tak 

tiba2 gambar dia menegak macam ni la hasilnya 

terliur tak hehehehe yg ni ayam kg goreng fuh korang lumurkan serbuk kari daging, serbuk kunyit dan garam n campak je ke dalam kuali jah senang je goreng garing2 angkat makan dgn nasi panas2 terangkat hehehehe

Sekian setakat ini saja sesi masak memasak bersama Mak Jah hahahaha suka2 letak mak Jah tersedak mak Jah kat rumah. ok jumpa next session ye.

Saturday, November 24, 2012

Aunty Aini's Cafe

Salam hujung minggu korang, hope weekend ni kita semua dapat rehat secukup-cukupnya bersama keluarga.

Ni sambil2 tengok marathon masterchef tiba teringat kedai makan Aunty Aini's yg popular kat Nilai tu. Menu yang disediakan berasaskan masakan kampung dan western. Rugi tau sapa yang tak cuba menu2 yg ada kat sini, Harga agak boleh tahan maknanya nak makan2 hari2 kat situ x mampula hehehe tapi sangat berbaloi maknanya x terkilan la bila membayarnya.

daging salai masak lomak patut cuba bila ke sini

chicken chop memang terbaik sos dia sedap
ikan jenahak masak lemak cili api pun superb
sphagetti chicken bolognese yummey

Ada lagi yg kitorg order ayam goreng kg sedap,mushroom soup pun sangat sedap. Overall semua menu yg dioder hari tu sangat superb, terliur tengok semua ni huhuhu dasar kuat makan, macamana la nak kurus kan.

Ok kalo kita rajin kita update lagi ek. k bye










Friday, November 23, 2012

Kisah harijadi yang dah lama....

Assalamualaikum semua, 

Hari ni kita baru nak cerita birthday our hero bukan sorang tapi 2 tau, bulan 10 adalah bulan kopak untuk omaknye sebab sekali 2 org hehehehe, tapi kalo kopak utk org yang kita sayang tak pe x de hal punya. Tak nak citer banyak sebab da basikan hehehehe jom kita layan gambor je.


sekejap je masa berlalu kan dah 5 tahun kan sob sob sob nak baby lagi uwaaaaaaaa eh tetiba jek hehehee


yang ni pun kita celebrated gak luv u mmmuaahhhh

 


Thursday, November 22, 2012

Balas dendam

Salam semua, tajuk tu macam ngeri kan tapi tak lah kita balas dendam dengan cara bersopan santun hehehhe. Minggu lepas kan cuti panjang kita pun amik la kesempatan untuk bercuti tapi rasa tak lengkap lak cuti sebab orang kuat aka husband tak de g outstation dari hari Ahad sampai hari rabu, so kami anak beranak duduk la rumah tak kemana kalo kuar pun g kedai mamak dan kedai buku yang berdekatan je tak sampai 1 jam da balik rumah so tak adventure bg ktorang yang selalu kuar ni, sangap ok memang sangap.

Bila tiba hari Rabu hati girang segirangnya sebab orang kuat balik hari tu walaupun tau dia sampai malam tapi dari pagi mood happy sebab da siap2kan agenda dan senarai apa benda nak buat keesokkan harinya, bini n mak sapa ni tak menyabor hahahhaah,

Hari Khamis tu sambil golek2 kitorang bincang nak pegi jalan2 ke mana, mula2 suggest nak g Serai kat Empire Gallery lepas tu macam boring je, discuss lagi sekali yang kakak kata nak Chilli's, apaknya nak TGIF, yang maknya ok aje asalkan keluar heheheh mmg dasarkan. lps tu da puas golek n bincang Chillli's telah memenangi hati kitorg, mula2 nak ke KLCC mcm boring, last2 pilih Bangsar Shopping Centre, kitorang tak pernah ke sini jadi macam excited la aka jakun hahahaha i kan kampung uolls.

kan betul tak i kg hehehe gambar tisu pun nak amik 

 ha ni la makanan yg kami pilih hari tu yg atas sebelah kiri trio fajita eh betul ke menu tu ada beef, chicken & prawn yang sebelah tu dia punya pencicah fuh sedap uolls, yg bawah kiri tu burger apa entah tak ingat tu kakak punya pun sodap, yg kanan tu my hubby punya hrmm ok2 aje tak ingat apa nama dia

club cajun sandwich tu memang terbaik dan sebelah kanan tu nachos yg memang setiap kali ke sini memang amik tak pernah miss, yang bawah tu kids menu untuk Dayat n Dania.

dah makan kita amik gambar ye ok ni sibujang saya yg sangat2 nakal walaupun nakal dia la penghibur kitorg

yg ni lak cinta hati kami dah besar masing2 kan adik tahun depan darjah 3, kakak pulak dah darjah 5, Tq Allah di atas pemberian harta yang ternilai ini, akan kami jaga amanah ini hingga ke akhir hayat kami insyaallah.

lepas makan2 ni seperti biasa mak diakan suka google2 apa yg menarik bila ke sini jadi next station adalah pavlova yg meletop2 ada kat sini kat atas Chilli's ni je. So kitorg ke Alexis untuk tapau pavlova gambar tak ada sebab sampai rumah dah lembik, tapi rasanya tetap mantop.

Lepas tu ingat nak cari buku untuk budak2 ni, kat BSC tak de kedai MPH jadi g google jiran BSC aka Bangsar Village ada jadi kitorg zass ke sana pulak bila sampai kat MPH tu x byk choice, jadi round2 kat situ lepas tu terus decide ke JJ balakong sbb kat situ ada Popular I kan members kalo beli kat situ ada discount jadi dari Bangsar Villlage  terus la ke JJ. 

Ini la balas dendam yang dimaksudkan dalam masa 1/2 hari dapat cover 3 tempat. Tq orang kuat sayang awak ketat2.





Wednesday, November 21, 2012

PICC & Kami

Assalamualaikum semua,


Hari ni kita nak cerita hari kejadian pulak, UniKL konvo diadakan 2 hari sabtu dan ahad dan tahun ni kampus kitorang kena hari Ahad, jadi hari Ahad la kami bertugas, masing2 dah macam apa almaklum la kena kerja hari rehat kan tapi tak pe la setahun sekali eh ye ke hehehehe. tema kami wah ada tema uolls black and gold jadi department kami yang masing2 perasan vogue pilih jubah untuk dipakai pada hari tersebut. Kami ditugaskan untuk beri scroll dan transcript ikut course masing-masing. Hrmmm ok tiba-tiba tak de idea jom la kita layan gambo.

pelakon tambahan adam & hawa hehehehe tiba2 rasa tinggi kat situ yg sebelah kiri tu nampak katik hahahhah ooops...larik...


comelkan semua hehehehe muka happy sebab nak g breakfast masa ni.

Itu je citernya tak de la menarik sangat tapi sebagai kenangan kami mana la tau masing2 da pencen nnt tiba2 terbukak blog ni mesti masing2 akan tersenyum hehehee

Ok bye-bye.


 

Tuesday, November 20, 2012

Rehearsal & Johnnys

Salam semua, kita baru nak cerita konvo tmpt kita kerja. Kitorang semua kena bertugas pada hari kejadian hehehe. Hari jumaat merupakan hari rehearsal jadi tak banyak tugas just monitor apa yang perlu. Memandangkan rehearsal hari jumaat waktu lunch adalah panjang jadi kitorg satu department decide nak g lunch kat alamanda  macam2 tempat untuk dipilih last2 kami pilih steamboat  di Johnny's. Maka beramai-ramai la kami ke sana. Sampai terus order apa yang diinginkan, makan borak makan borak last2 tengah sedap makan2 ada sorang blogger yang famous datang makan dgn anaknya malu nak tegur maknya kita tegur la anaknya hehehehehe.


our bos kecik




sebahagian dari kami 

Gambar makanan nan hado hehehehe segan ada bos jd kita amik gambar orang je la, next kita citer kat PICC ye

Wednesday, November 14, 2012

Cerita Suri rumah separuh masa

Ok sebelum mood m datang mari la kita update secara berterusan ye, minggu ni kan ada 2 public holiday jd marila kiya ambil kesempatan untuk bercuti ye lagi pun cuti sekalah dah bermula tapi x ke mana pun duduk rumah je, laki x de kan jadi duduk la diam2. Sebelah pagi celik mata tengok kain penuh dalam bakul so da tau apa nak buat tapi sebelum turun ke bawah mandi dulu kejutkan anak2 yang da mula kesedapan bangun lewat. Lepasa mandi bawak baju kotor ke bawah untuk dicuci. Sementara baju dicuci oleh mesin basuh pegi la jenguk peti ais utk keluarkan bahan2 utk dimasak pagi dan tengahari, tapi pagi tadi malas masak lalu kedai mamak jadi pilihan. Lepas breakfast singgah kedai popular beli bahan bacaan untuk anak2. Singgah pasar kejap untuk tambah apa yg patut utk lunch nanti. ok ni cerita tengahari pulak balik rumah sidai kain baju yg telah dicuci. Bermula operasi ke dapur da tau nak masak apa so mari la kita tumbuk2, tumis menumis so siap la makanan untuk lunch very simple. Sebelah petang kerja angkat mengang kat kain pun bermula kalo rajin terus la lipat kalo x biarkan la ia menggunung tinggi lepas tu memekak kat FB and twitter kain baju melambak padahal dasar pemalas hahaha. Malam dah x banyak aktiviti cuma perangatkan lauk utk dinner, x koser mak nak utk masak lauk baru kalo ada laki urut2 dia ajak dinner kat luar ini x de jadi pepandai la ye, lagi la anak bujang ni nak bersuap jek kalo x, x nak makan. Memandangkan budak2 dah cuti jadi aktiviti gosok menggosok diberhentikan buat sementara waktu. hrmm penatkan jadi suri rumah ni tapi fun dapat eratkan hubungan dgn anak2. I love my family tetibe je heheheh. salahkan my ipad and note ye kalo x berupdate hehehehe

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum semua semoga anda semua diberi keberkatan, lama x update penyakit m telah timbul hehehe. oh esok kita semua akan menyambut tahun baru Islam 1 Muharam, semoga kita dapat perbaiki dan pertingkatkan amal ibadah dan swmoga diberkati oleh Allah swt. Jangan lupa lepas asar nnanti kita baca doa akhir tahun dan lepas maghrob doa awal tahun ye. love and regards, danishahumaira