Thursday, July 30, 2009

Acik

Baru balik dari hospital, Dr bagi tau acik tak boleh dikemo lagi, cancer dah merebak seluruh anggota badan, sum2 tulang dah tak boleh keluarkan darah. badan dia sangat lemah. Dr akan masukkan 4 beg darah, dan kalau turun lagi, Dr minta kami bawa balik. Kasihan dengan anak2nya menangis melihatkan ibu terlantar dengan bantuan oksigen, airmata acik bergenang dan mengalir. Apa yang boleh kami buat hanya mampu berdoa dan berserah.

Al-fatihah

nota: berserah pada qada' dan qadar dariNya

Wednesday, July 29, 2009

Mabuk Tidur


Semalam puasa, bila puasa mula la rasa letih sangat, biasa la kat ofis sibuk melayan karenah student dan staff yang keluar masuk, serta dokumen yang perlu diselesaikan. Masa lunch pun wat keje tau (kalau tak naik pangkat tak tau ler he he he-berangan la ko lynn). Tengok2 jam dah kul 5 petang, cepat betul masa berjalan.

Balik hantar kakak pergi mengaji singgah pasar konon nak masak, my hubby tengok muka lembik je, terus dia cakap tak yah masak la beli je, orang dah bagi peluang jangan tolak he he he, beli bakso je kata tak nak makan nasi kan......hu hu hu.

Balik basuh la ikan n ayam yg telah dibeli kat pasar tadi . Menyiang dan membasuh ayam dah nak pukul 7.20, Cepat2 naik atas mandi nak kejar waktu berbuka he he he. Siap mandi je azan berkumandang menandakan waktu maghrib dan berbuka la aku dengan bakso dan air soya.
Ingat nak solat kat bawah je, tapi kakak tengah solat malas nak tunggu, terus naik atas solat, badan masa tu memang letih, so lepas solat baring la kejap, lepas tu tertidur tau2 je alarm kat handphone berbunyi hu hu hu jeng jeng jeng kul berapa ek ha what........... amik ko pukul 4.00 pagi, tergesa-gesa la aku pegi wuduk untuk solat isyak(ya allah ampunkan la hambamu ini). Mata dah segar terus la sahur dan tak tidur sampai la sekarang.

Sunday, July 26, 2009

Sangat bersemangat

Semalam office my husband telah mengarahkan staff2 nya untuk pergi teambuilding yang bertempat di Pangsun (ermm kena tinggal lagi but x pe ada misi kat alamanda hari ni x la boring sangat). My husband memang terkenal dengan bukan kaki sukan so petang Jumaat tu terpaksa la cari kasut and seluar sport yang baru. Kalau tempat korang hujan sebab laki aku la ha ha ha, pergi la Al Ikhsan kat bandar baru bangi untuk mencari kelengkapan untuk pergi teambuilding. Semua baru ok stockin, kasut dan seluar. Jom tengok persiapan dia nak pergi ni he he he,

see see, putih lagi kasut stockin pun putih lagi ha ha ha, org lelaki senangkan 1 beg je dah cukup kalau pempuan la......
1, 2, 3.........n go......................... ha ha ha (mampus aku kalau dia baca blog ni, tak perasan tu gambar diambil he he he)


Nak cuba puasa

Hari Selasa lepas kakak berbual dengan saya, dialognya berbunyi begini

Kakak: Mama, semalam mama dgn papa puasa ye ( puasa 27 rejab)
Saya: aah nape
Kakak : Boleh tak kakak puasa
Saya : Boleh, tapi kakak larat tak, hari tu kakak kata tak larat
Kakak: Kakak cuba la kalau tak larat tengahari kakak makan, boleh kan mama
Saya: Ok, tp kita puasa hari Khamis la ye
Kakak: Ok nanti mama kejut kakak ye

perbualan berhenti disitu sahaja, petang rabu tu saya diingatkan lagi sekali oleh kakak(dia ni memang pengingat, sekali cakap tu jangan la buat2 lupa). Tanya dia nak sahur apa, dia nak makan nugget dengan sosej. Fuh selamat senang banget, buat nye mintak nasi goreng pagi2 buta tak ke haru, he he he. Jadi Khamis lepas saya temankan dia puasa, mula2 nak ajak papa puasa sekali, tapi papa dah ada appointment lunch dgn MD, so kami berdua je la puasa.

nugget n sosej


muka orang bangun makan pagi2 he he he. tengok la dia cicah sos cili n mayonis, kalau aku le x masuk pagi2 makan mayonis,
siap fresh orange lagi ok

Pagi tu masa papa dia hantar ke pagar sekolah, dia pesan kat my hubby suruh mama masak nasi goreng untuk berbuka. ermm senang la tak la rumit sangat kan. Jom tengok menu berbuka kami, so simple n yummy, he he he

saya masakkan dia nasi goreng udang
bersama fried chicken, tepung saya gunakan hot n spicy Jusco selection, sedap tau tak masin n tak pedas sangat
air bandung, senang je nak buat tak payah masak sirap ke apa, beli mirinda strawberry terus campur susu cair, masuk air batu, mudah kan.

Saturday, July 25, 2009

Durian lagiiiiiiiiiiiii


Ini kisah durian dari Perak pulak, my hubby outstation ke Perak (x ingat kat mana), masa kat sana dapat message dari Bos dia suruh beli durian untuk unit diorang. Bos dia suruh beli setiap sorang dapat 5 biji, mula2 my hubby malas sebab mesti pening punya maklum la 5 jam mau muntah sampai KL, tapi dia teringat kan anak bini dia hantu durian, dia pun mengikut perintah (tq yang he he he). Masa ambil dia kat tol kajang terkejut gak sebab saya order buah jambu tapi dapat durian, wah ini dah kira bagus ni hu hu hu. Sedap wey menjilat jari la tapi dari 5 biji, 3 biji je yang ok, but puas hati la.

si kenit ni sibuk nak tengok papa dia kopek durian
setia menanti



jemput2 makan he he he

Thursday, July 23, 2009

Ada Hikmah Di sebaliknya

Semalam petang tak perasan jam dah 5.15, tup-tup tengok jam dah pukul 5.30 terus kemas2 beg ambil kunci ofis dan terus balik. Agak kelam kabut sebab nak ambil anak2 dulu, tau je la kan bandar baru bangi kalau dah 5.30 pm jalan agak sibuk sedikit. Pulak tu husband tak de, nak kejarkan sebelum pukul 6 pm sebab sikakak nak mengaji.

Bila turun semalam terperasan kereta kawan dekat dewan, bonet kereta dia terbukak, agaknya memang tak perasan, tengok muka member confident je drive tanpa menyedari bonet dia terbukak, nak panggil dia tak dengar pulak, tunggula kat depan dewan punya la aku melambai2 nak bagitahu, dia tak perasan pulak, masa ni terus teringat handphone, cari punya cari handphone tak de dalam handbag, alamak tertinggal kat ofis, agaknya kelam kabut tadi terlupa nak capai handphone. Terpaksa patah balik ke ofis untuk ambil kan dah kata handphone tu nyawa, mana boleh tinggal he he he. Alang2 nak patah balik tengok je la kereta member tu, dia baru perasan bonet kereta dia tak tutup. Agaknya guard tu yang inform.
Pstt kak tak sabar nak balik berbuka ye he he he

Anyway thank you la dekat
kawan tu sebab bonet kereta dia tak tutup la aku dapat tahu handphone tertinggal. Kalau tak buat kerja 2 kali kerja kena patah balik office.

Wednesday, July 22, 2009

Anak papa

Semalam aku tidur lambat dalam 1.45 pagi, Danish meragam dari pukul 9.30 malam sampai la 1.45 pagi. Dia bergolek sampai 360 darjah, kalau bergolek je tak pe ini beserta merengek bukan menangis ye. Mula2 panik jugak, cek perut dia tak de pape, pegang dahi pun tak panas, seram jugak la kan rupa2nya baru aku perasan papa dia tak de la. Selalu papa dia tidurkan dia, semalam papa dia outstation ke Perak patut la tak boleh tidur, nak selimutkan dengan baju papa dia, aku dah basuh semua baju pulak, pikir sekejap nak buat apa supaya dia dapat tidur, last2 aku decide turun buat susu, bila naik tu nak bagi susu da tidur pulak. Ermm, macam2 kan kerenah anak2 ni.
tengok la kemesraan diorang

nota: sangat jelous ok, bila aku tak de tak nak lak diorang merengek

J card member


15-16 July hari tu ada J card member sale kat Jusco Mid Valley. Saya dan hubby telah berpakat untuk ambil cuti halfday pada 16/7. Sampai sana tau je la kalau tengahari parking macam haram berpusing-pusing dekat 1/2 jam kat dalam tu, last2 my hubby turunkan saya dulu dia tau bini dia dah tak boleh tahan untuk bershopping ha ha ha

Masuk je Jusco tu ramai nye umat terus mood nak shopping kendur, pening kepala tengok ramai orang, tempat tumpuan orang kat baju budak2. Tapi dah sampaikan takkan pandang je, pergi la selit2 kat Seed pilih punya pilih dapat baju and seluar sikakak n adik, pegi la pulak Kiko, tanya amoi tu baju untuk stock raya ada tak dia ckp ada tapi 10% je discount ok la dekat Kiko je dapat la baju Danish 2 pasang, kakak dgn adik pun dapat sorang sepasang. Amoi kat Kiko tu cakap sapa beli baju rm 180 kat Kiko dapat free 2 mug, ha yo la beli rm 180 dapat mug harga 3-4 hengget, anyway suka sangat. Kat Miki Kids my hubby minat satu blouse tu terus dia angkat untuk si kakak n adik, ingat untuk raya tapi tak sempat pun dah pakai dah.

Lepast beli baju mak bapak diorang pulak, saya dapat la 2 kemeja dan sepasang kasut untuk kerja, my hubby pulak dapat 1 kemeja untuk raya.
papa punya dlm paper beg tu kami punya dalam plastic hijau je he he he
sebahagian lagi
ini la mug yg dibagi tu

masa member sale tu Jusco bg voucher rm 10 setiap pembelian rm 100 so dapat la 70 hengget voucher

nota: misi seterusnya baju kurung n baju melayu serta kasut budak2



Token

Semalam petang bos suruh beli token untuk 2 org lecturer pre france yang telah tamat kontrak, bos kata beli apa saja, mula2 nak pergi royal selangor tapi rasa macam malas je, last2 decide beli pen je la, so terus teringat member pernah beli pen kat Jusco, call dia tanya engrave kat Jusco kena bayar ke tak, dia cakap FREE, terus decide pergi Jusco Balakong, pukul 3 pm keluar dari ofis sampai sana dalam 3.30 pm, nasib baik jalan clear, psstt kengkawan lepas ni kalau nak ajak saya g jusco balakong tu boleh la ajak saya ye, saya dah terror g sana he he he.

Sampai je terus menuju tempat stationery, pilih punya pilih dapat la pen yang menarik perhatian saya terus engrave, sementara tunggu sales girl tu engrave pen tu, sempat lagi tengok baju budak2 cantik2 la agaknya stock untuk raya la, nampak gaya budak2 ni dapat lagi baju raya lagi, hari tu dah beli kat Midvalley tinggal kasut dan baju kurung je tak beli lagi, ini kes mak budak yang lebih anak2 tak tau apa he he he.

jenama yang telah aku pilih



Tuesday, July 21, 2009

Teringin

Aku teringin nak update blog,
aku teringin nak cerita hari2 yang kulalui,
tapi...............................

Bila di pejabat sibuk 8am-5.15pm amat pack sekali,
Bila di rumah of course suami dan anak2 ku adalah yang utama
Bila anak2 dah tidur badan pun terasa letih jadi apa yang aku teringin tu tak menjadi juga

Kesimpulannya aku akan update bila ada masa terluang je ye, paling tidak pun aku akan cerita pasal makanan he he he.......................

Lembik

Semalam rasa lembik sangat, rasa nak merangkak je dah tak larat sangat, kenapa..................sebab semalam dari pukul 7.30am hingga pukul 4 petang menguruskan jadual waktu pelajar, sepatutnya mereka dah boleh access online akan tetapi ada masalah teknikal, jadi terpaksa la saya uruskan, carikan jadual lecturer cari kelas2 mereka, tengah2 cari kelas mereka terjumpa satu masalah lagi jadual lecturer clash pulak sampai 4 orang lecturer mengajar 1 group pada masa yang sama. Aduhhhhhhhhh, stress betul. Nasib baik puasa semalam jadi masih boleh bersabar. Kesian kat student baru semalam kelas semua terpaksa dibatalkan, cuma ada beberapa kelas yang boleh dijalankan itupun pelajar2 lama sahaja. Yang buat saya geram sistem baru ni saya sebagai administrator tak boleh access untuk melihat jadual waktu lecturer dan pelajar, kalau ada masalah pelajar dan lecturer akan mencari saya dulu, ermm entah la. Alhamdulillah semalam dalam pukul 3.30 petang saya dapat edar jadual waktu tu kepada pelajar walaupun jadual tu masih berserabut.

Ingatkan balik tu nak masak untuk berbuka tapi tak larat sangat, my hubby pun ajak la berbuka kat luar, kesian kat dia smlm pun dia puasa, tapi nak buat camna, cuma sempat buat nescafe n goreng nugget dan sosej untuk berbuka lepas maghrib terus pergi kedai makan. Balik tu ingat nak gosok baju tapi mata dah tak boleh angkat terus zzzzzzzzzzzzzzzz.

Wednesday, July 15, 2009

Menu buka puasa

Last Monday buat puasa sunat, Ya Allah lembik rasanya badan, kerja kat ofis tengah banyak lagi la bertambah lembik, tapi balik kerja tu saya gigihkan badan untuk masak jugak, bukan la masak2 yang berat masak simple je, lepas masak terus naik atas mandi n terus baring atas katil sementara nak tunggu azan, macam budak kecikkan, terbayangkan sikakak macamana dia nak puasa mesti letih sebab sekolah sampai petang, last year puasa dia dapat 22 hari itu sekolah sampai pukul 11 pagi dapat la dia rehat, mudah2an dapat la dia berpuasa lagi tahun ni, yang tak larat menu sahur dia hari2 nak makan telur setengah masak isshh tak elokkan, kekadang masa sahur dia makan nasi kosong je, kalau masak sayur bayam masak air tu je la dia makan, nampak nye saya terpaksa masak makanan kegemarannya la, supaya dia dapat berpuasa, kawan2 ada cadangan menu apa yg patut saya masak untuk org yg cerewet makan macam dia,

apa2 pun jom scroll kebawah tengok menu berbuka saya haritu,

ikan tenggiri masak kicap

kobis goreng campur suhun, kacang panjang n carrot, lepastu letak santan sikit masak ala2 jawa gitu, first time buat ni sejak kahwin, sebenarnya menu asal letak tahu, tempe, petai n udang, but bahan2 tu takde apa yang ada je le n yg penting dapat pujian dari my hubby.

nescafe yg besar tu utk my hubby, ermm baru segar mata, tapi tak jugak pukul 10 dah tidur he he he

nota: risau sikakak sangat cerewet tentang makanan

Kisah satu hari di hari Sabtu

salam untuk semua pembaca blog ini,

Nak juga updatekan, boring gak bukak2 blog entry yg sama kan he he he nasib baik penghantar msg suruh update tengah bercuti kat Bandung. Nak cerita hari Sabtu lepas hari itu dalam sejarah kitorang tak keluar dari rumah, x pergi mana2 sebab apa, hari Ahad saya kerja, pendaftaran student baru dan Adik pulak ada sukan (kesian dia first time sukan, mama tak de pulak).

Dari pukul 7.30 pagi duduk dapur sampai la pukul 12.30 hari saya duduk dapur, buat apa.... masak breakfast n lunch la apalagi, my hubby lak basuh baju, anak2 dibenarkan menonton TV selepas selesai buat homework, dari hari Isnin sampai Jumaat, kami lock rancangan kartun sbb nak diorang tumpukan homework n baca buku. Saya dan Hubby terpaksa keraskan hati dari mendengar rayuan mereka untuk tonton TV, Sorry ye anak2 kalau cuti takpe.

You all nak tengok hasil selama 5 jam
saya duduk di dapur ye he he he

lempeng @ omputeh panggil pancake he he he
suggestion from my hubby nak cicah lempeng dgn sambal sotong, so masak la kan, settle breakfast jom tengok menu utk lunch

padprik daging + udang
kari ikan + bende +tomato

wajib ada ikan goreng
sayur bayam masak air khas untuk anak2 tercinta

Thursday, July 9, 2009

Doakan yang terbaik untuk "Acik"


Seronok tengok gambar di atas ni. Gambar ni adalah yang terakhir tengok "acik" ketawa, now acik terlantar dah tak mampu untuk jalan, pejam celik pejam celik dah 6 bulan acik tidak makan, apa yang dia makan semuanya keluar. Sekarang tinggal tulang, tidak sampai hati untuk melihat dia terlantar sakit, dia bercerita setiap minit dia akan terasa sakit, kemo yang ke2 kalinya melihat dia semakin lemah, adakah kemo ubat yang terbaik untuk cancer.

Sudah dua orang yang saya lihat depan mata menderita bukan sebab sakit cancer tapi sebab kemo ye memang kemo penyebab arwah ibu mertua saya dan acik bertambah lemah dan sakit. Ada kawan saya bercerita arwah ibu saudara dia yang bergelar Doktor tidak mahu badan dia di kemo, sebab dia dah tahu akibat daripada kemo itu.

Kelmarin adik ipar pergi ziarah acik, Acik cakap dia jumpa arwah kakak(mak mertua saya) dan arwah mak dia, mereka sedang menunggu dia, sedih adik ipar saya dengar, Acik berpesan kepada adik ipar saya supaya menjaga anak2 dia kalau terjadi apa2 kepada dia. Aduh tersentap hati mendengar pesanan itu. Adakah..................Ya Allah kau berikan la kekuatan untuk Acik teruskan hidupnya sembuhkan la dia dan kau berikanlah rasa tabah dan sabar kepada anak2nya untuk terus menjaga ibu mereka. Kami redha apa jua ketentuanmu Ya Allah.

Semalam kami pergi melawat acik, airmata mengalir lagi melihat dia terlantar dengan keadaan yang lemah, sangat lemah, dia cuba untuk bercakap,kami kena dekatkan telinga untuk mendengar apa yang dia nak tuturkan. Apa yang boleh kami lakukan hanya boleh doakan semoga Allah memberi dia kekuatan untuk meneruskan hidupnya untuk melawan penyakit yang dia hidapi. Semoga Along, Adik dan Haziq tabah doakan yang terbaik untuk Ibu.

Papa & Danish

cuba you all tengok video he he he, saya suka sangat video ni, Danish nak mintak susu kat papa dia kelakar gila



Corat-coret Jumaat lepas


Jumaat lepas ada perjumpaan bersama Dato' President dan staff. Perjumpaan ini adalah wajib ok. Semua cuti dibekukan pada hari itu. Bos saya siap email staff siapa yang ingkar akan dapat show cause letter. Jom arr tengok gambar2 yang disnap.

rakan2 dari admin n finance dari kiri kak saeid @ zass, nurli @ ibuzara, Gee, kak Eah@ cintamyra dan bonda tercinta kak ani.
ni pulak rakan dari exam unit dan administrator MM & Automotive, dari kiri Ju, dan tak asing lagi blogger tegar Eiz @ pu3 bongsu
harus la adakan gambar tuan rumah he he he, ada lagi sorang blogger iaitu ibuhani tapi dia dok kat depan sekali dia rindu nak tengok muka Dato' President dekat2 he he he jangan marah ek

Lecturer mathematic dari kiri Mdm Eliz & Mdm Siti Mistima yang akan bergelar Dr tak lama lagi

bersama French lecturer dari kiri saya, Ms Behah & Mdm Y