Wednesday, September 30, 2009

Syanaz Edlina 27/9/2009

Di bulan Syawal yang mulia ni lahir seorang puteri sulung kepada cousin hubby saya. Sangat seronok sebab dah lama x nampak baby oooo saya sekarang lebih suka tengok baby tau untuk melahirkan baby tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Ada cerita sebalik kelahiran Edlina ni, mak dia cousin hubby saya ni la beria2 nak masak laksa n nak panggil sedara mara dan kengkawan datang rumah dia, bersemangat ni nak masak walaupun tengah memboyot he he he. Suppose due 17/10, so dia ingat dia boleh la meneruskan misi utk buat open house ni. Hari Sabtu tu dia pegi la cari barang2 untuk buat laksa ni siap drive sendiri ok, satu hari suntuk perjalanan nak cari segala mak nenek untuk buat laksa ni. Entah macamana esok paginya tu dia rasa macam nak terkencing bila bangun tiba bushhhhhhh rupa2nya air ketuban dah pecah. Dia call mak dia tanya kalau keluar air tu dah nak bersalin ke lagi mau tanya kan. Terus hubby dia bawak ke KPMC Kajang, dr check da bukak 1 cm.

Dalam pukul 5 lebih camtu kitorg g melawat dah 2 cm, masa kitorang balik dia dah menggelisah rasa sakit dan pukul 9.15 pm macam tu selamat la dia melahirkan Syanaz Edlina, yok tgk gambar baby ni hrmmmm geram sungguh ni terbau-bau wangi baby lagi sekali saya ingatkan saya hanya suka melihat baby orang untuk diri sendiri tunggu!!!!! ha ha ha woo sakit operation tu masih ada lagi ek jgn berangan lepas ni dapat bersalin normal




Tuesday, September 29, 2009

Danish n papa

Hari Jumaat lepas anak2 arwah n pakcik suami aku yang kat kajang datang untuk beraya kami menjamu mereka laksa johor special for anak2 arwah dan nasi lauk asam pedas ikan kembung, sayur boncis campur cendawan n carrot, ikan goreng, ikan masin n sambal belacan. Hrmm sebab sibuk melayan tetamu lupa nak amik gambar sayang sangat bukan selalu nk berkumpul macam ni. Adik ipar aku pun ada hai sayang betul la. Diorang da balik baru ingat amik gambar. Dah habis tu hubby tolong aku basuh pinggan yang aku pulak kemas kat ruang tamu pulak. Tetiba aku ke dapur nampak la aksi ini jom2 tengok


rajinnya diorang ni kan tq papa n danish

2 Syawal

Punya la marathon untuk update cerita sebelum basi he he he. Malam tu kitorang g rumah cu piie pulak itu je yang ada sedara kat selangor ni. Tahun ni tak balik Gemas n Muar kalau tak mesti meriah Abang aku no 3 tu tak sihat lagi dia baru keluar hospital so tak boleh nak jalan jauh. Kalau balik Gemas n Muar kena tidur sana sian pulak dia nnt kalau ditinggalkan. Insyaallah tahun depan kut. Dah malas nak type layan je la gambar2 kat bawah ni ye.

me, pak uda n dania

me n danish

akhirnya baru dapat gambar satu family

abang ipar dan adik ipar

with my mum, mak ni susah nak bergambar

bergambar bersama menantu dan mertua

kami 3 beradik yang 2 lagi tak ikut


bersama cucu


Brunch @ Tony Roma's Garden Mid Valley

Entah macamana bila sampai kat Klang teringat yang aku lupa nak masukkan makanan yang aku hidang pagi raya dalam peti ais. Kalau balik esok takut da basi, nak tak nak aku balik jugak malam tu tapi anak2 tinggal la nak kena marah dengan abah kalo angkut budak2 tu sekali, kes naya nnt. So kitorang pun balik la ber2. Sampai dekat rumah dalam pukul 12 malam ala mata ni memang dah ngantuk gila last2 laki den jugak yang kemas semua tu he he he, siap cakap dengan dia tak leh bukak mata la ayat tak boleh blah.

Pagi 2 Syawal tu sebelum balik Klang g Mid Valley untuk betulkan jam tangan my hubby. Geram dengan org kedai jam tu my hubby tukat battery jam Guess seminggu sebelum puasa. entah camne pagi raya tu dia perasan jam tu macam berkabus je, dia tanya adik aku napa jadi camtu adik aku cakap org tu tak tutup betul. Itu yang pergi balik kedai tu last2 org tu cakap tak boleh betul sebab screw da longgar kena tinggal jam tu dalam 2 minggu. Hangin la kitorang, kita hantar elok2 sampai kat tangan dia jahanam, nak marah lebih2 malas benda dah terjadi kan nak tak nak kena la tinggal kan jam tu kat kedai tu. Aku frust sebab tu hadiah harijadi yang aku bagi kat hubby last year.

Lepas hantar jam, perut da berbunyi minta untuk diisi tengok2 da pukul 12.00 patut la dengan tak breakfast, mula2 plan nak makan kat cafe depan isetan kat garden entah camne lalu depan tony roma's ni berkenan lak he he he terus je masuk. Kitorang makan sandwich je itu pun tak dapat nak habiskan sebab besar sangat sandwich nye meh2 nengok rupanya


aku nyer sorry ek da lupa ler namanya apa2 pun memang sedap beb


hubby punya pun sedap jugak rabak jugak la mulut nak makan ha ha ha

1Syawal

Setelah sebulan berpuasa tiba la hari yang diraikan, bagi kami sefamily sambutan sederhana je la tak la setiap kali raya semuanya tukar, semuanya untuk anak2. Lebih2 lagi tahun ni anak2 ku Irdina dan Dania berpuasa tahun ni jadi kami peruntukkan lebih untuk mereka. Alhamdulillah kakak dapat berpuasa penuh tahun ni dan si adik hanya 4 hari je tinggal but aku sangat kagum dengan dia sebab umur 5 tahun telah berpuasa. Yang kesiannya semua seluar dan baju dia longgar terpaksa la kami cari yang baru. So next year tak boleh beli baju dan seluar awal2 bayangkan kitorang lagi suka dukung dia dari Danish ha ha ha.

Pagi raya kali ni kami raikan di rumah kami di nNilai. Setelah bermaafan kami sekeluarga bergerak ke rumah pakcik husband di Bangi, rumah pakcik husband ni wajib sebab wife dia masak sedap2 especially sambal goreng dia memang meletup. Harap maaf gambar enggak ada sebab masing2 tengah layan tekak he he he, next kitorang berkonvoi ke rumah ketua kampung dan rumah tukang urut terus je ke rumah best friend arwah mak mertua last sekali ke rumah nenek saudara husband. Selepas zohor terus pergi Puchong rumah adik abah yang no 4, aku lak aku berjanji dengan mak berkumpul kat situ n lepas tu baru gerak ke Klang. Sampai dalam pukul 6 petang letih sangat. Mata ni asik nak tertutup je he he he maklum la bulan puasa pukul 2.30 pagi dah bangun terus sahur n gerak g kerja. Jom layan gambar

me n hubby
kami5 beradik dari kiri Pak Uda adik aku no 5, me, Pak ngah abang no 2 n Mak Usu tapi dalam gambar 4 org terlupa lak nak panggil Pak Lang he he he.

ha ni abang aku yang no 3 n mak aku, oh ye abang aku yang sulung telah meninggal dunia pada tahun 1999

satu2nya adik perempuan aku

with my cousin ina anak cu

my sis with isteri cu kitorang panggil cu pati mak kepada ina

with my cousin pika n kak long anak kepada cik napi adik abah no 4

with my parents

with my boy hrmm si kakak2 nya sibuk main

abah n emak

me n emak

me n abah

me with cik napi baru keluar hospital

abah dan cu piie adik abah yang bongsu








1 hari sebelum raya

Pagi sabtu tu aku dah mula beroperasi di dapur. Selalunya aku akan masak selepas berbuka, oleh kerana tak boleh puasa so aku decide terus masak hu hu hu bole la rasa kan. Sambil2 tu kemas la kat dapur tu basuh apa yang patut untuk digunakan untuk raya keluar la segala mak nenek dari dalam kotak la almari la. Anak2 melepak depan TV bila la nak besar diorang bole la tolong mama diorang kat dapur, serius tau aku dok dapur dari pukul 9am sampai waktu berbuka, sorang2 je buat semua ni ye la anak den kocik lagi he he he. My hubby part dia kat depan vacum dan mengemop lantai serta kemas2 apa yang patut kat ruang tamu tu.

Sejak aku kahwin menu pagi raya adalah laksa Johor ni favourite husband aku, kalau korang nak tau aku paling tak suka makan laksa johor tetiba kawin laki den minat laksa johor ni ha ha ha hamik ko kena masakkan lagi. Rendang ketupat, lodeh dan kuah kacang tu dia tak berapa nak layan sangat. Yang aku lak sampai Klang baru la merasa untuk makan rendang ketupat ni, ye la kengkawan aku dibesarkan bila raya je rendang ketupat mesti ada, bila dah kawin lain bebenor menunya hu hu hu x pe x pe demi suami tercinta aku turutkan.

Petang tu pukul 6 camtu baru la siap laksa johor ku bersama ulam2nya. terus pack2 untuk bagi kat adik ipar n mertuanya, tahun lepas bagi tapi tak cukup tu yang wat lebih sikit tahun ni. Pakcik suami aku kat kajang pun aku bagi tapi nak jadi cerita terlupa lak nak bagi kat anak2 arwah acik ye la tiap2 tahun diorang datang kat umah aku so makan la sama2 tak de la nak bungkus2 tahun ni aku terlupa arwah tak de n anak2 dia berkumpul kat rumah abang arwah.

Pulak tu adik ipar aku dengan confident bagitau anak2 arwah
"x makan lagi ke laksa kak uji bagi", mencari la diorang, aduh kesian dan menyesal lak aku tak bagi diorang. Raya ke 6 tu aku buat laksa johor lagi terus panggil diorang datang makan, berselera betul diorang makan. Ye la every raya diorang memang berkumpul dengan kitorang dan selalu dijamukan dengan laksa johor, tahun ni lak aku yang tetiba jd sengal ni terlupa diorang hrmm macam2 kan. ok2 layan je la gambar yang aku amik ni yang tengah berpuasa ni jgn terliur pulak ye

laksa johor bersama rendang dan ketupat yang aku dapat dari rumah pak cik hubby

timun n taugeh

kacang panjang n lobak asin

daun kesum dan hirisan bawang besar

cili kering kisar ada orang wat sambal belacan, mana2 pun boleh, aku senang wat cili kering blend dengan garam ringkas je kan he he he

kuah laksa yang diadun dengan ikan tenggiri, udang basah n udang kering

spaghetti-hubby aku suka makan dengan spaghetti

laksa putih- ni aku wat khas untuk abah dia suka makan laksa johor dengan laksa putih


siap untuk dingap

ketupat sangat lembut sedap giler dapat pulak tu baru angkat dari periuk

rendang ni jugak baru angkat dari kuali sedap wei

tak lupa air juga kang tersedak pulak bila makan.