Thursday, September 30, 2010

Makan dan makan lagi

Raya ni memang wajib citer pasal makan kan, hari sabtu lepas mak saya bagi nasi briyani, kambing briyani & rendang oleh kerana perut dah tahap meletup simpan la dulu dlm peti ais. Besoknya baru la tercari-cari makanan teringat tu terus keluarkan dan terus panaskan, lepas tu tekak macam teringin nak makan lempeng jd buat la lempeng, saya cicahkan dengan rendang daging sedap ko tak toleh kiri kanan lagi heeeee. Anak2 pulak request goreng nugget petang tu turutkan jela. Alhamdulillah kenyang kami hari tu



Hari Selasa pulak saya dapat bungkusan dari pakcik diorang ada wat catering sekitar Bangi. macam2 saya dapat, alhamdulillah rezeki, jd saya tak perlu masak untuk berbuka terus je makan lauk pauk yg dibekalkan. Tapi makan sikit2 je sebab lps berbuka terus g rumah adik ipar saya untuk beraya. Dekat rumah adik ipar lak ada pasta n meehoon goreng tomyam & fruit cocktail kira bersahur sekali la tu dah tak larat nak bangun sahur.




macam2 ada, sate, kuew teow, rendang daging n lemang, kambing bakar dgn brown sos, otak2 perghhhhhhh semua saya makan tapi tak la banyak gilo ko hehehehe

Weekend ni ada 3 rumah lagi.

Wednesday, September 29, 2010

Kenduri Aqiqah dan Open house

Sabtu lepas saya dapat 3 jemputan satu kenduri Aqiqah anak cousin dan 2 lagi open house, dari 3 dapat pergi dua je sebab dah nak menjelma hulk yang ayu heheheehe. Kalau tak boleh je pegi dek kerana si Danish dah mula buat hal dan husband pulak tak de tu yg terus amik keputusan skip satu rumah.

Pagi-pagi lepas subuh perut rasa lapar yang amat sangat sbb hari Jumaat berbuka simple je lps tu blk rumah tak repeat apa2 tu yg pagi2 da berbunyi perut. Yang ingat dlm kepala nak beli nasi LEMAK.......oh noooooooooooo da lama tak makan beb last makan masa bulan puasa tu pun jamah sikit je konon2nye diet la. Terus start kereta mencari nasi lemak nasib baik makcik kat simpang nak masuk rumah tu bukak tak yah g jauh2.

Balik rumah terus bancuh nescafe o perghhh nikmat minum panas2 bersama nasi lemak, heaven ok hahhahaha gilo. ok2 kang boring lak korg muak nak membaca jom layan gambar2 yg sompek den ambik.

beli masa berbuka hari Jumaat lepas rasa macam tamak je kan sekali bila rasa fuh manissssssssssssssssssssssssss sangat cuma dapat makan secubit dua je tp anak2 saya sedap je makan ishh budak2 ni kan

ni ler nasi lemak yg buat saya menyesal lepas makan hehehehe ngado2 kan tepi tu tgk betapa pekatnya nes o saya

doa je dlm hati mintak2 jangan la hujan pagi tu kain baju berbakul2 utk di basuh mana taknya asik kuar beraya je

sambil tu layan FB

daging kambing golek sedapppppppppp sangat

roti jala, nasi briyani, ayam masak merah yg sangat superb

Percaya la korang itu adalah gambar yang terakhir yg saya amik pada hari tu, sebab dah tak larat tengok perangai Danish. Pukul 6 terus zass pegi rumah cousin lepak2 makan, pastu makan, n makan lagi last2 pukul 8 tu terus balik sebab dah tahap maksimum Danish buat perangai.

Esoknya pun ada 2 jemputan tapi pergi satu rumah je tak larat sebab kepenatan yg tak dapat digambarkan dengan kata2, tp still boleh makan lagi la hehehehehe.


Thursday, September 16, 2010

Raya ke 3 di NS pulak

Raya ke 3 kami bergerak ke Pasir Besar tempat lahir mak. Perjalanan pagi tu sangat lancar sampai rumah mak lang dalam 10.30 pagi. Sampai sana tengok diorg sekeluarga tengah siapkan makan tengahari untuk kami.

tengok la tradisional ok masak lomak cili api masak atas dapur kayu lagi

bg close up sikit

bergotong royong menyiapkan juadah tengahari, utk pengetahuan korang anak dara mak lang plus cucu majoriti perempuan so bab2 masak ni tak yah la korg nk sibuk2 tolong, anak beranak diorg je da cukup
ha tu sepupu den merangkap ketua chef utk hari itu, aku just tengok je la hehehehe

omak n mak lang den



ok abis rumah mak lang pergi rumah pak andak lak kat felda Jelai, abang emak. kat sini kitorg dijamu mee goreng, aku layan peyek yg sangat sedap smpi mintak tapau hehhehe, gambar nan ado sbb sibuk bergosip.

Lepas rumah pak andak pergi lak ke rumah cousin saya anak kepada mak lang kat Felda Bukit Jalur fuh jauh sangat campur dgn jam nak keluar simpang agaknya org sibuk beraya maklum la raya kali ni kan cuti pendek je. Sampai kat rumah cousin ni di jamu laksa ooops laksa jarangkan org negeri sembilan masak laksa tp rumah dia ada. Selain laksa ada meehoon goreng putih. Sendat dah perut jom layan gambar kat sini.






dah kenyang makan masing2 pun minta izin sebab ada satu rumah lagi iaitu rumah pak long abang tiri emak dekat Palong 4. Dekat sana kami dipaksa makan, perut ni rasanya dah tak boleh terima apa2 lagi tapi bagi tak nak hampakan mereka kami pun makan la jugak. menu untuk makan malam adalah nasi putih lauk ayam kg masak lomak udah kat nogori kono la makan lomak cili api. Pukul 9.30 kami pun bergerak balik ke Klang. Sekian tamat la sudah cerita raya saya. Yang lain ada tp tak syok la cerita tak de gambarkan...sebab sibuk makan dan makan dan makan dan makan sesajekan.


Wednesday, September 15, 2010

Mereka Berjaya

Alhamdulillah akhirnya kedua-dua anak dara saya telah berjaya menghabiskan puasa selama 30 hari, walaupun banyak dugaan yg mereka perlu tempuhi. hope tahun depan dan masa akan datang pun dapat penuh ye, Insyaallah.

Selingan-Menu berbuka puasa ganti

Take a break, nnt tengok gambar raya je bosan pulakkan, semalam saya dah mula puasa ganti, memang tiap2 tahun saya akan gantikan puasa seawal-awalnya bukan apa takut terlupa, insyaallah kalau larat akan teruskan puasa sunat 6 pulak. Semalam berbuka simple je meehoon goreng cili api dan hot lemon tea. Alhamdulillah kenyang.

Raya ke 2

Sekejapan je da masuk Syawal ke 6, sekarang ni yg gembira anak2 la yg kita ni biasa2 je, jom layan gambar raya ke 2 pulak

budak ni kuat makan la macam balas dendam lak, takut tengok dia makan

sama tak muka kami hehehe

peaceeeeeeeeeeeeeeeeeeee

happy go lucky

ish danish ni merosakkan gambar sibuk dengan susu dia

atok n cucu kesayangan


Safety first

Korang tengok la gelagat anak bujang saya yg sorg ni ada saja idea dia, memakai helmet atoknya.


hi semua jgn lupa pakai helmet ye, keselamatan adalah ditangan anda hehehehe

Beraya di taman permainan

Hari Raya ke 2
Lokasi: Taman permainan di Puchong

Lepas puas makan n lepak kami keluar ke taman permainan untuk sesi fotografi hehehehe





huhuhu sangat seronok rasa macam tak kawin lagi pulak.......................jurukamera adalah laki sendiri ye hehehee, penat melayan karenah kami