Wednesday, June 30, 2010

Bila Dapur Berasap kembali

hehehehe tengok tajuk pun you all da boleh tangkap, almaklum la cuti sekolah 2 minggu hari tu anak2 telah di poskan ke Klang, jadinya setakat 2 tekak nak makan tak perlu la masak2 nnt tak abis sayang kan hahaha alasan terbaik punya.

Last weekend saya dapat ilham masa sidai kain ternampak bulan penuh terus teringat ketam org dulu kan cakap bila bulan penuh isi ketam penuh heheehe betul ke tidak tak tau la, so pagi ahad saya gigih ke pasar untuk mencari ketam mula2 dah hampa sebab gerai yg tempat saya beli tu dah abis, nasib gerai sebelah ada lagi, terus beli, biasala kalau ketam saya suka masak lemak cili api, terus beli bahan-bahan dalam kepala da plan nak masak apa bila balik rumah dan hasilnya adalah seperti di bawah

masak lemak ketam cili api, ni saya masak style negeri sembilan tak yah letak bawang memang sedap cuba la cuma letak serai, cili api dan kunyit hidup je

sayur campur wajib letak cendawan sebab si kakak tak makan sayuran yg lain

telur dadar request from my hubby tiba2 dia teringin nak makan

ayam goreng untuk anak2.

seronoknya dapat makan ramai-ramai. weekend yang terbaik untuk kami sekeluarga.


Bermula la 1 episod baru...

20 Jun 2010 adik saya telah selamat mendaftarkan diri di politeknik Sabak Bernam, berakhirnya juga sesi berkepit di bawah ketiak mak dan abah anak bongsu la katakan. Emak dah siap buat sambal sotong untuk nasi lemak yang akan dibawa ke politeknik sebab memang tak sempat sarapan la dekat rumah. Seawal 5.40 pagi kami semua dah bertolak dan berhenti subuh dekat petronas Kapar, lepas tu teruskan perjalanan yang makan masa 2 jam aduh dah macam nak pegi Perak je, sampai sana dalam 7.30 pagi orang tak ramai lagi so senang la parking kereta dan terus je sarapan nasi lemak sambal sotong yang terbaik dari mak ermm sedapnyaaaaaaaaaa.

tengok la barang2 yang nak dibawak tu macam nak pindah kan dan budak di atas akan merindui maksunya

selamat datang mak su semoga belajar baik2 dan dapat keputusan yg baik.

otw ke dewan pendaftaran

masih boleh tersenyum lagi, bila malam kitorg call menangis tersedu-sedu sebab paham2 je la budak barukan. sian x pe la tapi itu la kenangan kan


posing-posing

dah rasa sedih, masa nak balik tu mak, saya dan ika menangis, sedih, bye2 mak su take care k.

Meraikan 2 dalam 1

2 minggu lepas kan hari bapa kebetulan jatuh sama dengan hari keberangkatan adik bongsu saya ke politeknik, jadi saya dan suami mengajak semua ahli keluarga untuk makan malam. Petang tu siap2 cari restoran dan siap2 tempah makanan saja cari meja yg dekat dengan tv sebab nak tengok bola nama pun fanatik bola kan. Macam-macam kami order dari ikan sampai la sayur, gambar nan ado sebab tengah kelaparan saja kosongkan perut untuk makan besar malam tu hehehe.

Alhamdulillah semua kenyang, selamat hari bapa untuk abah dan suami love u all


Wednesday, June 23, 2010

Ujian Kelayakan tahun satu 2011

Pada 19 jun lepas tibala masanya untuk anak saya yang ke dua, Dania Humaira mengambil ujian kelayakkan untuk masuk tahun 1 di SRAI BBB. Hati ibubapa mana yang tidak berdebar-debar bila anak-anak ambil ujian walaupun tadika.

Pagi tu adik bersemangat untuk pergi, pot pet pot pet mulut dia excited sangat. Tetapi pot pet pot pet tu terhenti bila dia telah masuk kelas yang telah ditetapkan. Setelah beri kata semangat untuk dia kami pun terpaksa tinggalkan dia, tiba2 saya perasan dia gosok2 mata ahh sudah, dalam hati takkan la menangis, sebab masa kakak, siap kakak suruh kami turun cepat2, kami tanya kenapa dik hrmm terus la air mata mengalir, aduh camna ni takkan nak tinggalkan dia dengan keadaan camtu, saya dan husband pujuk dia gilir2 last2 saya ambil keputusan untuk pergi macam tu je tanpa pengetahuan dia lagi dia nampak muka saya selagi tu le dia tak berhenti menangis. Dalam hati tak putus2 berdoa minta dia dapat menjawab semua soalan, nak makan pun tak tenang masa tu, Selepas 1 jam kami gilir2 jenguk dia dalam kelas, alhamdulillah dia leka menjawab soalan dah tak nangis lagi fuh lega.

bila tengok gambar ni baru la tau kenapa adik menangis cuba kawan2 tengok tangan dia hehehe takut rupanya

pandangan sisi

sedih tengok dia menangis macam nak masuk asrama pulak

paparazzi sedang amik gambar curi heheheh

kembali berpot pet hehehe

sesi soal jawab "camne dik, dapat jawab tak" jawapan "alah senang je adik boleh jawab cuma bahasa arab & jawi je adik tak paham" tak pe la dik, adik da buat yang terbaik mama n papa doakan adik dapat masuk sekolah ni, insyaallah amin...

Friday, June 18, 2010

Nando's dan The Karate Kids



Kelmarin nak booking ticket karate kids baik GSC @ TGV semua fully booked, saja buat tarikh semalam dekat GSC fully booked, dekat TGV Mines kosong lagi terus booking dapat couple seats syok2 mcm zaman bercinta pulak hehehe. Seawal 7 petang keluar rumah berhenti dekat petronas berhenti untuk berbuka air dulu, solat maghrib dan baru pergi Mnes.

Sebab dah set nak berbuka apa terus je kami menuju ke Nando's dan terus order tak yah nak belek menu byk kali. Makanan sampai terus je makan sebab movie start pukul 8.30pm.

Memang penuh la panggung ni semua seat ada orang sampai ada yg sanggup seat depan sekali kalau saya la sorry ler sakit kepala dongak, cerita dia memang best, kalau korang pernah tengok citer Jackie Chan belajar kungfu dulu-dulu macam tu la lebih kurang dia ajar budak ni. Tapi keseluruhannya cerita ni memang best dan best, buat korang ketawa je sepanjang cerita ni, tp sebaliknya ada beri pengajaran iaitu disiplin apa2 yang korang nak buat disiplin tu penting baru la menjadi. Lepas ni nak tengok Toy Story 3 dengan budak2 pulak


pilihanku dia punya coleslaw macam kureng sikit tapi dek kelaparan telan je la

kureng... rasa apa entah

hot mocha


selesai sudah, alhamdulillah rezeki kami semalam, next week sambung balik puasa

Thursday, June 17, 2010

Piala Dunia datang lagi


Korang minat tak bola, saya memang minat bola mungkin dari kecil lagi saya dikelilingi adik beradik lelaki yang semuanya minat bola, jadi saya pun termasuk la dalam golongan yang minat bola. Sanggup tu bersengkang mata akibatnya bila dekat ofis kuyu je mata ni. Pasukan kegemaran saya adalah German, hari tu walaupun jam telah menunjukkan pukul 4 pagi tapi rasa macam sayang nak tutup mata sebab diorang main best hehhehe. Cuti sekolah ni boleh la layan sampai lewat pagi, esok budak2 dah naik sekolah tak boleh layan sangat kang ada yg sampai sekolah pukul 8 pagi.

Ok la jom layan bola 4 tahun sekali je beb, petang ni Argentina lawan Korea Selatan sapa yg menang ek, jangan pandang sebelah mata kat Korea ni diorang ni hebat jugak, so apa lagi lepas maghrib duduk depan tv @ nak meriah pergi la kedai mamak @ MC D.






Majlis perkahwinan

Awal cuti sekolah saya sekeluarga telah bertolak ke JB untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya. Dia merupakan anak bongsu kepada maklong saya. Kali ni diorang buat kat dewan memandangkan pak long tidak sihat.

Kami telah bertolak pada hari Jumaat petang, jalan adalah jem sehingga seremban ye, tapi seronok jalan malam ni sejuk je budak2 pun selesa. Sampai Jb dalam pukul 10 macam tu.

Ni antara gambar2 yang diambil, ingat lepas majlis tu nak pegi jalan2 kat Danga Bay tapi tak berkesempatan tiba-tiba Dania kena demam panas, so balik je la hotel kang kalau bawak jugak jalan-jalan tak pasal2 je dapat penyakit lain.

Jom kita layan gambar-gambar sepanjang wedding cousin saya.


sempat posing sebelum pegi kenduri


sekitar dalam dewan


menu hari tersebut nasi briyani sampai sekarang teringat-ingat sedap sedap...

souvenir

ini la pengantinnya, selamat pengantin baru semoga kekal hingga akhir hayat