Petang semalam kemas2 meja ternampak resipi yang aku print entah berapa lama entah tak ingat, nak tau resepi apa resipi kerang berapi, terus call my hubby cakap nak singgah pasar nak cari kerang, nafsuku dah membuak-buak nak makan kerang berapi ni. Pergi pasar malam kat seri putra jumpa la kerang besar2 wah ini cukup bagus, terus beli 2 kilo. Balik rumah terus basuh kerang ni petang tu sempat tanya cik aqeen macamana nak buangkan pasir dari kulit kerang tu, dia pun ajar la dia basuh dengan berus dawai, agak2 putih tu kira dah bersih la tu. Saya pun ikut la apa yang diberitahu tu, berus dawai tak de berus sabut adalah tapi memang penat la nak berus satu2, disebabkan bersemangat nak makan kerang berapi ni teruskan jua.
step 1- bersihkan kerang(sbb nak masak dengan kulit2 sekali)
step 2- sediakan bawang merah, bwg putih dan halia, kalau tambah serai dan daun kunyit pun boleh lagi wangi, cili api dan cili merah
step 3 - blender bawang merah, bwg putih, halia, cili api dan cili merah, pastu tumis
step 4 - agak2 garing masuk la sos tiram sedikit, garam dan serbuk perasa
step 5 - masukkan la kerang biarkan dia sampai terbuka kulit, itu tanda dah masak la
senangkan, jom tengok gambar pulak
7 comments:
makan lg....terliur je baca entry kau ni...he..he..
he he he, pulak tu puasakan ha ha ha
adehhhh trasa lapo tgk lauk ko ni. lmbt tul 7.30mlm..hahaha
letak daun limau, pasti mengancam! adeh... sabar2.. tgh pantang seafood ni....
wahh.. sedapnya! terliur dah ni!
sedapnya tgk kerang tu. lama dah tak makan. sebab tak tau mcm mana nak masaknya tu..he he.mesti family kat umah akak gembira kan.mamanya pandai masak.sedap plak tu..
to pu3 - bwk2 bersabar ek
to yaqeen - terangkat tu
to ummimishkah- sila la cuba
to mama Tiara- cuba la, he he he, ala masak main2 je
Post a Comment