Muka adik masih masam lagi sebab kasut tak jumpa lagi, pergi la keluar MJ pergi party princess pun dia tak berkenan, pergi tree house aku yang tak berkenan, cari kat jusco aku tak berkenan last2 decide nak pergi parkson KLCC. Masa on the way nak keluar tu terpandang signboard ke Garden ermm terus je la g Isetan dah alang2 kan, alhamdulillah masuk kat department budak2 banyak kasut dan mata kitorang dua beranak jadi rambang nampak ni cantik nampak tu cantik kan, so suruh je la dia pilih yang mana satu pilihan dihati, bila dia pilih aku pun kenan sama terus sambar, fuhh lega settle semuanya tinggal baju kurung n baju melayu itu kitorg cari kat alamanda. Sebelum balik singgah Mark n Spencer beli coklat n biskut untuk mengunyah selepas berbuka he he he.
Pukul 3 keluar dari Mid Valley terus zup balik rumah dah keletihan la, petang ada misi seterusnya. Pukul 6 keluar rumah terus g alamanda, mula2 nak berbuka kat kenny rogers hrmm fully booked, terus g nando's nasib ada kosong. lepas berbuka terus g cari baju kurung n baju melayu untuk diorang. Puas menaip ermm jom tengok gambar pulak
1 comment:
byk syok ooo shopping..
Post a Comment