Thursday, February 14, 2013

Nasi Ayam Yunnan, HOMST & Kenny Rogers

Assalamualaikum, kembali bersiaran huhuhu, biasala kan gambar berlambak dalam phone tapi bila cik M datang jadi tertangguh la.

Bila tengok tajuk tu pun dah fahamkan saya nak ajak uolls tempat-tempat makan yang menarik, kenny rogers tu semua dah biasakan x pe la kita selitkan je la buat penyeri hahahhaha.

Sebenarnya saya nak pergi makan kat Melaka Kitchen untuk lunch tapi tempat tu dah la kecil lepas tu penuh jadi macam malas nak tunggu tengok kedai sebelah ada kedai makan nasi ayam Yunnan, belasah je la malas nak ke tempat lain dah la panaskan. Not bad rasanya ok la special nye kat kedai ni nasi ayam dia bukan hidang dengan ayam dan salad je kita boleh request tofu @ kailan dan paling special ada nasi ayam raja bezanya dengan yang biasa adalah portion ayam tu quarter tu je heheehe.

yang ni biasa punya

ha ni la nasi ayam Raja

hiasan dalaman bersih

Nasi Ayam Yunnan

lagi hiasan dalaman

tu antara menu yang ada di kedai ni.

Kita tinggal nasi ayam next kita g makan kedai chinese muslim HOMST yang terletak di Warta, Makanan kat sini pun terbaik, butter prawn, chicken sweet sour memang la sedap.... Masa pegi sini hujan memang tengah lebat fuh lagi la nikmat makan nasi panas2 kan. Harga not bad ok la standard makan macam ni je dalam RM50-60.

slurppppp terbaik ribena laici

lime asam boi tak silap pun sedap

chicken black pepper

chicken sweet sour

butter prawn

Fuh lapar balik tengok gambar, tu sebab malas nak buat entry makan kang menyeksa mata dgn perut je hehehehe. Ok yang last ni saja-saja pergi Mines tak ingat cari apa, lepas tu lapar decide pergi makan Kenny rogers dah lama rasanya tak pergi sini. Anak-anak pun happy, tapi yang tak bestnye lambattttttttttt nak tunggu ayam datang mungkin diorang tersilap budget panggang ayam sikit kut, sebagai tanda maaf diorang bagi kitorang mushroom soup, agaknya dia tengok anak2 kitorang mengeluh lapar-lapar hrmm terus manager diorg suruh hantar mushroom soup tu huhuhu.

quarter black pepper forever love it

anak2 yang happy dapat makan

yang tengah ni memang mood happy maklum la pencinta cheese, kalau den la da kombang2 tokak ni ha

tak pernah rasa kekurangan sama je rasanya

sambil makan sambil check email
ok tu je la buat masa ni kalau rajin kitewwwww update ek hehehhe, ok bye



2 comments:

Kniedaz said...

Danish pun suka macaroni n Cheese tu..kalau makan kat Kenny's mmg order tu untuk dia

danishahumaira said...

budak2 kan kak kalo saya setakat sesudu dua cukup la itu pun da muak