Thursday, January 31, 2013

Penang aku datang

Assalamualaikum semua,

Okay seperti yang dijanjikan destination ke 2 kami adalah Penang tajuk tu sila baca macam filem lisa dgn tomok tu ye feeling2 over the sea hehehhehe.Ok stop jangan propa sangat straight to the point, ok jom tengok next  itinerary kitorang

day 1(continue)
3.00pm keluar dari LWOT
3.30pm g kedai nasi vanggey
4.30pm gerak ke penang
5.30pm check in Hydro Penang, Batu Feringghi
6.00pm terjun balik ke kolam kat Hydro ni straight sikit nak mandi pool kena pakai baju mandi tak boleh pakai tshirt. Danish je la yang dapat mandi. Kakak2 naik ke atas sambung mandi kat dalam tub.
8.00pm keluar dinner tempat makan adalah ditetapkan oleh owner blog ini huhuhu, so ke Padang Kota la kami.
10.30pm balik hotel badan da penat suppose nak jalan2 kat uptown Batu Feringghi tapi tarikan bantal dan tilam kat hotel lagi kuat.

day 2
6.30am solat Subuh, terpegang badan adik haishh panasssssssssssssssss, kejut dia tanya adik demam ke dia kata tak. ok la suruh dia tidur balik.
7.30am turun breakfast perghhhhh memang terbaik la breakfast kat Hydro ni.
8.30am naik atas dengan niat nak siap2 pergi bukit bendera, toy muzium, rumah p ramlee, line clear dan sewaktu dengannya nama pun bercuti kan.
9.00am pegang lagi badan adik memang sah dia DEMAM ok DEMAM
10.00 am pergi pharmacy kat tesco beli ubat dengan harapan cepat kebah at least petang da boleh berjalan tapi harapan tinggal harapan demam makin panas dan dia sangat2 la lembik tak boleh berjalan, last2 pergi makan pizza, bapaknya solat Jumaat then cari baju mandi renang lepas tu balik ke hotel.

berakhirnya hari ke 2 tanpa ke mana-mana sob sob sob.sebelah malamnya belikan nasi goreng dan lepas tu g la jugak jalan ke shopping mall kat bayan lepas tu entah nama apa mall tu da hilang ingatan hahahaha, tapi tak seronok jugak berjalan sebab bawak budak demam.

Hari ke 3 tak payah itinerary lagi la ye, sebab semuanya da jadi cacamarba hehehe, tak pe la at least dapat rehat kat hotel ada hikmah disebalik semuanya itu kan. mari la layan gambar2 yg sempat di capture during our holiday

ini hari ke 3 nak jugak pergi, sorry la dik da g jauh2 tak pergi rugi, mama penat cari tempat menarik kat Penang ni, nak tak nak ikut la je kan hahahaha, tapi masyaAllah ramainya umat, kitorang beratuh hampir 1 jam baru dapat naik train ke atas, bila sampai atas tak jalan2 mana pun sekitar depan2 tu jek, sebab si demam da tunjuk muka monyok. tapi serius tempat dia memang cantik.

ini bilik kitorang yang kat atas tu la bilik deluxe HYDRO, besar sesuai utk kami sekeluarga, gambar bawah tu bilik deluxe jugak tapi kat hotel Pearl View kitorang extend 1 malam lagi sebab demam adik tak menunjukkan tanda2 nak kebah.

ha ni part yang best, macam2 tempat aku g survey last2 yang ni je la aku sefamily dapat makan, line clear, nasi kandar beratur semua tu dalam mimpi je, macam tak percaya je g penang tak makan nasi kandar. gambar no 1 sebelah kiri tu mee udang kat sg dua rasa dia so so je mak jah kuala sepetang lagi sedap. gambar no 2 sebelah kanan tu ikan bawal goreng kat sg dua gak rasanya sedap boleh la lalu kat tekak ni. gambar kat bawah tu passembur ghani yg glamer tu dgn kangkung sotong kat padang kota lama, rasanya adoi tak boleh masuk la manis, naik kembang2 tekak ni tapi tak tau la korang kan. harga makan malam kitorang kat padang kota ni semuanya rm 80 henggent, mee goreng udang je rm 8 



harga passembur ni rm 31, korang agak2 ye kalo nak amik ni kang terbeliak mata nak bayar tak nak mahal jgn amik seafood nak mahal amik la seafood macam aku amik ketam seekor jek da rm 31 korg imagine amek udang 3 ekor plus ketam dan sewaktu dengannya mana tak harga lambung2 hahahha



 ini breakfast kat hotel nasi hujan panas n ayam masak merah memang terbaik la

ini masa tunggu laki g solat jumaat tengok orang belakang tu da bosan mana taknya tak g mana2 pun

sotong kangkung yang aku tunjuk kat atas tu yg ni RM 10

sambung balik hotel punya bekfes hehehe gambar da malas nak susun

ha ni bagi korang tengok bilik Hydro besar kan view hill tak nampak laut pun tapi tenang je jauh dari kesibukkan bunyi2 kenderaan, aku ditugaskan untuk survey hotel2 ni yang tukang bayar adalah lakiku hehehe, harga aku dapat dari agoda RM181++ ini namanya rezeki sebelum tu survey semunaya RM 260++, aku bagi 4 star kat hotel ni

ni kitorang g makan kat area uptown batu feringghi kedai ni betul2 sebelah masjid, rasa makanannya semua sedap, harga pun tak la mahal sangat jangan tanya harga aku da lupa hehehehe

see baju kotor yang bakal dibasuh bila balik rumah nanti uwaaaaaaaaaaaa

hahahaha 18 sx



area bukit bendera memang cantik, budak baju hitam sudah buat perangai orang sibuk nak bergambar dia sibuk main hide and seek ditengah orang ramai grrrrrrr.

tengok la tu muka mintak lempang,


ha ni bilik kat pearl view seberang prai tak jadi balik demam adik makin panas

puas hati bilik bersih dan bersih 4 star jugak harga walk in sama macam online rm 200++

budak demam sian dia baru balik klinik


eh ada lagi hahahhaha

budak demam buat2 senyum

hari terakhir di HYDRO
eh tetiba ada hehehehehe balik terus g shah alam untuk kejar sale kat ariani hehehehehe
ok habis la entry ke Penang conclusion kena repeat lagi la lepas ni k bye see u next entry ek






    






  

Wednesday, January 30, 2013

Lost World of Tambun

Salam semua,

Sebelum cerita ini basi mari la kita up kan diblog ye, biasa la bila dah intake memang la tak menang tangan dan akhirnya blog ni pun terbiar hahaha blog terbiar tak pe jangan family terbiar. 

Ini itinerary wah ada itinerary ko padahal cuti nya pendek je hahhaha. Memandangkan anak-anak da besar ni sebelum bercuti kena la ada plan biar cuti tu buat kenangan terindah untuk diorang. Dah macam satu kemestian dalam setahun mesti pergi cuti just for us, ye la dalam 12 bulan mak pak busy, anak2 busy study so why not eh kenapa aku speaking ek hahahahha, ok sambung balik so why not kita plan cuti satu keluarga duduk sama2 kat hotel dan makan sama-sama lupakan kesibukkan belajar dan kerja. Tahun 2011 kitorang sekeluarga ke Selatan selalunya cuti 3 hari 2 malam 1 malam dekat JB dan semalam lagi dekat Melaka. Tahun lepas pulak mula-mula plan nak ke selatan lagi maklum la Legoland kan dah bukak tapi bila baca review byk tempat yang belum dibukak lagi dan panassssssssss, ye adik2 kakak2, we all's ni kan puteri lilin, Jadi setelah berdiskusi kitorang telah memilih cuti kali ni ke Utara pulak. so jom tengok ittenary kitorang kat bawah ni.

day 1

6.30am bertolak dari rumah
9.30am breakfast kat Tapah
10.30am sampai 1st destination Lost World of Tambun

yup 1st destination kitorang sampai ke LWOT kita mandi-manda dulu dekat sini, muka anak2 dah tunjuk muka tak sabar dan dan dalam kereta terus tukar baju mandi, nasib baik kat sini tak straight sangat boleh pakai t-shirt and tudung masa mandi. Kawan-kawan kalau nak pergi sini beli lah online ticket ye lagi murah macam kitorang ni tak sempat entah apa yang tak sempat terpaksa beli kat sini yang aku ingat harga ticket dewasa rm 45 kalau walk in kat online tak ingat la korang boleh search kat web LWOT. Jadi semuanya RM 200++ tak ingat harga penuh maklum la perginya bulan 12 kan ni dah nak bulan 2 baru nak cerita. tapi kalau online 170++ jek adoiyai, x pe la asalkan anak2 happy kan.

budak yang paling happy



yeay saya da boleh masuk mandi yippiiii


kena paksa bergambar

meowwwwwwwwwww disambut dengan kucing2 ni

yg dpn tu buat2 x pandang ishh





ok lets go mandi sampai kecut

yg ni je la dia berani



ketakutan untuk menggelongsor

kakak memang over excited

sebenarnya penakut budak ini untuk main gelongsor ni
itu je la gambar yg sempat aku snap guna notes yg lain semua dlm camera godang malas nak upload hehehe, kepada yang belum pergi LWOT sila la pergi ye memang terbaik especially sesiapa yang ada anak2 tengah nak membesar macam kitorang ni, eh bujang pun boleh pergi memang best, yang gambar kat atas ni adalah tempat budak2 ada untuk dewasa yang gelongsor air yang paling tinggi kat situ memang besh giler 3 kali aku round main tu je lupa jap ada anak dgn laki hahahaha, laki aku sekali jek naik bendaalah tu.

oh ye selain tu kat sini jugak ada mini zoo dan kolam air panas, pergi la uolss sambil mandi-manda break kejap boleh visit zoo lepas tu terjun balik ke kolam. Tapi memang fun la kat situ bukan anak2 je mak pak pun sama fun. Sedar tak sedar dekat 5 jam kitorang kat dalam tu.masing-masing da kelaparan jom la kita g makan nasi vanggey yang terkenal kat ipoh tu kan. Ok next entry ke itenary ke 2 pulak ye ha yang tu tragis huhuhu.


Thursday, January 3, 2013

Persiapan untuk sekolah anak-anak

Budak dah naik sekolah baru cerita pasal preparation kan sungguh tak uptodate betul la kan blog ni, tak pe la saja-saja je pun type kat blog ni.mengisi masa lapang je pun hehehe.

Sebelum pegi Penang kitorang sediakan la dulu serba sedikit persiapan untuk anak-anak kitorang untuk ke sekolah beli buku sekolah siap-siap, dan uniform masing-masing. kelam kabut jugak la minggu tu mana nak cari baju untuk pergi bercuti mana nak cari uniform sekolah, tapi Alhamdullillah Allah permudahkan segalanya, yang penting korang kena pandai uruskan masa tu.

Kitorang spend 2 hari untuk settlekan semuanya tu, tinggal yuran dan stationery kitorang x beli dan bayar lagi tunggu balik bercuti le gamaknya. Balik je kerja terus amik anak2 terus pergi Mid valley hamboi sampai ke Mid Valley cari barang sekolah huhuhu bukan apa senang semua ada kat situ kan tapi bila masuk je kat bahagian baju sekolah sedih tengok banyak dah habis stok baru pertengahan bulan 12 kot berdebar-debar hati hopefully dapat la barang yang nak dicari tak kuasa nak pergi tempat lain, but Alhamdulilllah apa yang dihajati semua ada kecuali kasut untuk adik dah tak de stock boleh je g Aeon lain tapi mak pak dah malas, jadi tukar je la brand lain.

Settle semua tu baru terasa lapar malas nak makan kat MV jadi kitorang pun plan nak ke Kajang tapi ada satu kedai tu da tukar owner n my SIL ckp da kureng terpaksa la tukar plan my SIL suggest pergi HOMST kat Prima Saujana malas nak fikir2 dah penat memasing kan terus je la ke sana, makanan kat situ not bad la makan chinese food kan, tom yam rasa bunga kantan selalu letak daun limau purut kan tapi semua food rasanya ok tak de la kureng sangat boleh masuk la. eh tercerita pasal makan pulak heheheh, hentam je la labu.

buku kakak

buku adik

masa ni tunggu si kakak entah ke mana pergi nye

yg sebelah tu kalo tak de ipad hrmm rasanya dia dah dekat garden kot

sempat rembat untuk diri sendiri


tak jumpa lagi sikakak yang papanya letak dulu barang2, masa ni nak maghrib tula anak2 kitorang ni kalo tak main hide and seek memang tak sah.

air kendodong tapi macam air asam boi confuse kejap

happy dapat fresh orange

betul tak nak berkepit je dgn ipad dah sekolah ni sorry ye weekend je la korang boleh pegang

nasi goreng cina terbaik sedap gila

adik punya

black pepper chicken sedap kakak punya

us fillet sweet sour, kailan and tomyam, sweet sour dia mmg terbaik

last sekali egg salted prawn hrmm biasa je rasanya, first time cuba tapi kalo g mana2 restoran chinese muslim menu ni mesti ada. Total malam tu HOMST charge RM91.00, bagi family kecil saya suggest amik portion small je da cukup kalo medium tak tau ler besar mana nasib baik tak tamak huhuhu.

Lepas ni kalo rajin saya update jalan2 penang yang tragik and sadis hahahhaha, tunggu k. bye.