Tuesday, January 27, 2009

Ana Muslimah

Minggu lepas aku telah mencari tudung untuk si kakak yang akan memasuki kelas mengaji pada hari rabu ini. tetapi biasalah kalau beli kena la beli dua. Dua beradik ni excited bila pakai tudung mungkin rasa kelainan dekat diri diorang. Apalagi sejak ada blog ni aku pun ambil la gambar untuk masuk dalam blog ku ini. ada sekeping gambar tu aku mms dekat husband dan maksu Fara (adik husband) nak tahu apa feedback diorang kata muka si kakak ni ada iras arwah ibu mertuaku. tapi aku tak sempat nak cari gambar arwah ni kalau you all nak tengok gambar arwah ada kat slide yg mula2 sekali kat blog aku ni. Untuk pengetahuan semua si kakak ni cucu kesayangan arwah, arwah pernah cakap bila si kakak ni sekolah dia nak jaga jadi peneman dia, arwah suruh kitorang ambil kakak hujung minggu sahaja tapi apakan daya rancangan tinggal rancangan Allah lebih menyayangi arwah.

Hadiah Yang Tidak Disangka-sangka

Tanggal 22 Januari, 2.30 pagi yang lalu berangkat lah ex bos aku meninggalkan bumi Malaysia untuk meneruskan pengajian ke peringkat PHD di Universiti Machester selama 4 tahun. Aku telah memberi buku terbitan PTS bertajuk Aisyah Ummul Mukminin(kalau silap tolong betulkan) sebagai cenderahati(thanks Yaqeen sebab tolong cari idea dan belikan buku tersebut). Pada malam itu aku dan Kak Wani telah menghantar beliau ke KLIA untuk mengucapkan selamat jalan. Seronok melihat orang sambung belajar kan aku ni bila la lagi ye.

Pagi 22/1/09 seperti biasa aku telah ke tempat kerja seperti biasa, malam tu kak aisya dah berpesan ada kotak atas meja yang kotak besar untuk letak surat-surat beliau yg kotak merah untuk lynn. dengan perasaan yang berkobar-kobar aku pun bukak la kotak tersebut jeng jeng jeng tengok la gambar kat bawah ni ye
pandangan dari atas

pandangan dari sisi

ishh ada balutan lak he he he berdebar ni

tadaaaaaaaaaaaa

ini la dia "be delicious" from DKNY, thank you kak aisyah, i love it

Masa Yang Tidak Mengizinkan

salam untuk semua,

Terlalu banyak cerita yang ingin ku kongsikan bersama tapi apakan daya masa terlalu mencemburuiku. Rutin harian ku bermula dari 6.45 pagi menghantar anak-anak ke sekolah, sampai tempat kerja dalam 7.15 pagi aku terus menyelesaikan kerja-kerja yang ada di atas meja sehinggala pukul 5.15 petang berebut pulak hendak ambil anak-anak di pusat penjagaan mereka di seksyen 3 Bandar Baru Bangi(rutin ini aku ambil jikalau bukan jikalau lagi memang suamiku selalu outstation).

Lepas ambil anak kat seksyen 3 ni berkejar pulak ke Nilai untuk ambil si hero ku (nursery tutup pukul 6 kadang-kadang terlajak jugak sampai rumah 6.15-6.30 pm). Tak habis takat tu terus pulak suruh anak-anak buat homework, sambil tu kalau sempat masak la kalau tidak keluarkan duit beli aje la. Pukul 9 malam pastikan anak-anak sudah selesaikan homework, lepas tu terus tengok jadual waktu si kakak masukkan buku-buku yang diperlukan untuk keesokkan harinya. Ermm ingatkan dekat tempat kerja je tengok jadual waktu dekat rumah pun kena hu hu hu tak apa lah sudah tanggungjawab. itu belum basuh baju, sidai baju, lipat kain, kalau nak cerita panjang lebar. Itula dia selagi bergelar perempuan, isteri dan ibu ............

Monday, January 19, 2009

aktiviti weekend yang lepas 2

ini dagingnya

ini air asam
ini acar timun
dan last sekali air bandung ermm sedapnyer he he he puji sendiri sapa nk puji kalo bukan diri sendiri. lengkap la menu hari tu

aktiviti weekend yang lepas

Pada weekend yang lepas mood saya begitu baik, bila mood da baik so rajin la ke dapur, nak tau saya masak apa jeng jeng jeng tgk la gambar kat bawah ni


nk lagi jelas saya tunjuk satu2 k
ini nasi daging

program aman palestin

Pada hari Jumaat lepas UNIKL MFI telah menganjurkan program "Rise for GAZA". Pihak Aman Palestin telah dipanggil untuk memberi ceramah. Selain itu ada pameran dan gerai jualan untuk membantu rakyat palestin maknanya sambil membeli sambil menderma. Banyak-banyak ucapan kisah anak kecil yang bernama Ibrahim baru berumur 9 tahun mencuri perhatian saya, kepada sesiapa yang mendengar ceramah ini pasti akan rasa sayu dan hiba serta marah. Inikah nilai kemanusiaan yang dinilai oleh pihak yahudi, betapa kejamnya mereka. Saya ada rekodkan sesi ceramah tersebut untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan pembaca blog. sorry la tak reti nk tegakkan video ni
video

makan time 2

ini la pizza yang baru tu, saja bg korg terliur he he he


tak abis lagi citer ni, yang danish pulak makan sup n roti bawang putih si hero ni belasah je macam kakak dia yang no 2 tak cerewet tak macam Irdina ermm tuhan je yang tahu selera dia. tengok la tu kena dengan selera licin la pinggan. Balik dari makan pizza dah tertidur dalam kereta, kesian dia letih.

makan time

Hari khamis yang lepas my hubby baik hati belanja kitorang makan pizza ermm bestnya, bukan senang tengah-tengah bulan nak makan pizza he he he. Tapi ada syarat sebelum pergi anak-anak kena siapkan homework dulu baru boleh pergi apalagi berlumba-lumba la dorang siapkan homework tapi tak dapat siap pun homework banyak sangat. kesian diorang dah lapar, jom tengok aksi-aksi kami he he he


fuhh lapar gila ni, orang pun dah tak pandang, favourite si kakak ni cheese and spaghetti, tengok la adik dia pulak ermm nyam nyam nyam

Wednesday, January 14, 2009

Taman PKNS dicemari......















Gambar ini telah saya ambil untuk tatapan rakan-rakan sekelian. Soalan pertama terkeluar dari mulut saya siapa punya angkara. Jika kita lihat rata-rata penduduk di Bandar Baru Bangi adalah Melayu dan beragama Islam. Harap2 jangan la orang sebangsa dan seagama kita lakukan. Jikalau bukan melayu pun x reti-reti nak buang kat dalam tong sampah, ish x der sivik langsung.

Hari Bersama Keluarga Di Taman PKNS Bandar Baru Bangi

Pada hari Ahad yang lepas selepas balik dari kelas, kami sekeluarga telah pergi ke taman dekat PKNS Bandar Baru Bangi untuk bawa anak2 berriadah, gembira betul diorang terutama dina & nia. danish buat apa ek he he he tengok la gambar kat bawah ni



















Ramai orang bawak family pada hari tersebut. Apalagi tak tau nk pegi mana weekend pergi la ke taman ni memang budak-budak seronok. Next blog hendak cerita benda yang saya jumpa dekat taman tersebut, nasib baik mak nenek sorang tu tak nampak kalau tak ermm dah tentu berjela-jela la pertanyaan yang akan keluar dari mulut dia. see u at next blog

gambar danish panjat meja


kakak dia dah tension


tengah kacau kakak dia buat homework

ini adalah gambar-gambar yang sempat diambil masa Danish panjat meja. rumah bersepah sikit maklum la baru balik kerja.

kenakalan berganda daripada hero kami


10 haribulan Januari genap umur Danish Hidayat 1 tahun 3 bulan. Baru la terasa betapa nakalnye anak lelaki kami ini. Bab memanjat jangan cakap la tangga mana yang dia tak panjat, baru-baru ni dia telah memanjat meja makan kami nasib baik la kakak-kakak dia perihatin memberitahu aku yang sedang masak dekat dapur(my hubby outstation masa tu). tengok la telatah-telatah hero ku ini, betul la orang cakap anak2 penghibur hati

Member paling ngam

assalamualaikum,

Lamanye x update blog, busy sikit biasa la awal tahun pelajar-pelajar sudah kembali untuk meneruskan perjuangan mereka. Ingat tak saya hendak cerita seorang lagi kawan yang rapat dengan saya, beliau yang dimaksudkan adalah Rosliza Mustapa yang dikenali sebagai Eiz (eja betul2 dulu saya eja is dia marah hu hu hu) atau dikenali menerusi laman blog sebagai Puteri Bongsu. Eiz ni boleh masuk semua cerita bagi je la semua topik insyaallah dia boleh on. Peminat mawi yang setia ni. Kalau korang nak tau dia ni pakar masak western dan biskut, sudah banyak kali dia bagi resipi dekat saya tapi satu pun tak buat lagi (ampun ye eiz). Ingat lagi dia bagi resipi cornflake masa tu tak silap bulan puasa tahun 2007 sampai la ni haram hu hu hu. Warna oren merupakan warna kegemaran dia. tengok la gambar kat bawah ni pun baju oren jugak, kalau you all buat kerja kahwin tema orange dia dah tak pening kepala lagi, tinggal pilih je kat almari baju dia.


gambar masa dekat convocation UNIKL dekat PICC

Friday, January 9, 2009

boikot product israel

salam,

saya dapat email ni daripada kawan satu course kat kajang, bagaimana ye kita hendak boikot product mereka, minta tolong pembaca blog ni komen tentang isu boikot ni. insyaallah selepas ni Danish Hidayat tidak akan pakai lampin pakai buang jenama huggies.

Ada yang tertanya-tanya tentang kempen boikotkan barangan buatan Israel..Tapi sejauh mana keberkesanannya? Mungkin disebabkan kurang pendedahan tentang senarai produk buatan mereka atau kempen tersebut hanyalah umpama hangat-hangat tahi ayam? Kalau hendak senaraikan,memang terlalu banyak dan mungkin sukar untuk kita menerima kenyataan tentang hakikat sebenar.

Boleh dikatakan setiap produk yang kita gunakan seharian adalah buatan Israel atau penyumbang kepada Israel seperti, Nescafe, Maggie, Coke, Fanta, Sprite, Johnson & Johnson, Revlon, L'Oreal dan banyak lagi.


Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika..


Syarikat
: Phillip Morris
Produk
: Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta
: 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat
: Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ,KFC
Produk
:Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta
: Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat
: Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta
: Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat
: Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta
: Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat
: Delta Galil Industries Ltd.
Produk
: Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta
: Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat
: Nokia Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik
Fakta
: Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat
: Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut
Produk
: Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta
: Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun1998.

Syarikat
: Johnson & Johnson
Produk
: Kesihatan.
Fakta
: Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat
: Revlon
Produk
: Kosmetik
Fakta
: Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat
: AOL Time Warner
Produk
: Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat
: IBM
Fakta
: Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat
: L'Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta
: Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan Lo real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat
: Intel
Produk
: Perkakasan komputer
Fakta
: Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat
: Est Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta
: Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat
: News Corporation
Produk
: 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat
: Kimberly-Clark
Produk
: Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta
: Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT


Syarikat
: Procter and Gamble
Produk
: Kesihatan, sabun, syampu
Jenama :
Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene , Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr CleanMARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, BrebbiesHASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, TigerGILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, WatermanCOLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

sumber: klik
sini

wallahua'lam


Teman berbicara telah pindah

Ini la dia orang yang dimaksudkan. Nur Ainul Yaqeen yang saya kenali merupakan teman untuk berbicara dan boleh berkongsi kisah suka dan duka. ermm jangan tak percaya walaupun umur dia masih muda tetapi beliau boleh lontarkan idea yang bernas seperti orang yang telah melalui banyak pengalaman, mungkin dia suka membaca dan menulis itu yang membuatkan dia matang sebelum usia. Pejam celik pejam celik genap 6 bulan Aqeen berkhidmat di UNIKL MFI dan bilik FCP ini la merapatkan kami, kerusi, meja, dinding menjadi saksi hubungan kami yang akrab bagaikan adik dan kakak. Akan tetapi pada hari ini Aqeen telah pindah ke bilik bawah dengan rasminya, aduh boring gila, tinggal la saya dengan PC & SH huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Kepada Aqeen ada ke masa kita untuk chit chat macam dulu lagi mesti kurang kan hu hu hu. ok la next blog saya nk cerita tentang sahabat yg paling ngam dgn saya. See you next blog

Thursday, January 8, 2009

Dania Humaira 1st Day in Q-dees




ermm da besar anak2 den erm td citer pasal kakak la ni adik dia yg no2 Dania Humaira, yg adik ni pelat sikit masih tak boleh bertutur dgn betul lagi. semalam call teacher dia ty perkembangan, alhamdulillah lega dengar jawapan yg positif dari teacher dia mintak2 bila da sekolah ni ada la perubahan dekat Dania ni.

sori la gambar gelap awal pagi x smpt nk setting camera, semua nk cepat, kiranya bila pagi ni setiap masa amat berharga walaupun sesaat, kepada yang ada anak2 yang sudah memasuki alam sekolah mesti bersetuju dgn saya