Friday, September 23, 2011

kenduri dalam bulan syawal

Selepas seminggu kita menyambut Syawal, aunty sebelah my husband buat kenduri kahwin utk anaknya, seawal pukul 11 kitorg dah terpacak kat dewan tu, tak tolong apa pun just jadi penyambut tetamu, anak2 pulak berlari ke sana sini.

Pukul 3 petang kitorg bergerak ke rumah member ofis kat nilai buat open house. Rumah kawan aku ni lagi best rumah dia di serbu oleh Dj2 Era Fm, tapi aku tak berkesempatan nak ke rumah dia dulu padahal dekat je rumah kitorg, jadi dapat tengok video je la, jeles ok Pak Nil pun ada haish, tapi kejelesan tu terubat dengan makanan2 dia yg sangat tip top dari laksa sampai lontong sangat sedapppppppppppppppp. Biskut2 raya dia pun sedap jadi puas hati.


berposing sebelum memulakan perjalanan

dorg merasmikan pelamin pengantin

meja makan beradap

utk tetamu perempuan

utk tetamu lelaki (bahulu dalam tu sangat sedap)


Dinner yang sangat simple

Malam kelmarin kitorg dinner simple je sandwich toast, sebab minggu ni aku balik lambat sebab nak siapkan kerja (tapi tak siap pun). Nasib baik family aku ni jenis tak cerewet makan, tak de la sentiasa nak nasi je kan, pendek kata apa yang aku masak semua masuk dlm perut diorg, hehehehee




ada 2 version, yang budak2 aku buat letak mayonis dan special request by kakak dia punya ada cheese. Yg org tua punya aku letak cili padi byk2 baru la marveles.


Thursday, September 22, 2011

Family dinner box

Kadang-kadang bila da ketandusan idea untuk masak, mula la otak berfikiran jahat untuk makan di luar hahahahha jahat kata ko, pikir punya pikir dan tanya semua orang nak makan apa tiba2 kakak cakap jom la kita beli family dinner box 29.90 je, kitorg pun ye tak ye la good idea, terus amik laptop n broadband utk search web MC D ni, dah search bagai dan da tau apa nak makan, lepas maghrib start kereta terus berdezup ke MC D. Kitorg cuma tambah ayam goreng je, memang best la sangat berbaloi family dinner box, dalam set A ada 2 mc chicken, 1 mc deluxe, nugget, fries, 2 sundae dan air. Hrmm bole try lagi ni.


cantikkan kotak ni, aku sayang nak buang


model tak berbayar heheheehe


kali ni kung pao chicken

dek rajin sangat search resipi kat my resipi jumpa lagi resipi yg sangat mudah kung pao chicken, mudah dan simple jom aku kongsikan resipi


sumber resipi dari rai

ini la dia kung pao chicken tapi aku tak letak gajus pun rasanya sangat marveles

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Bahan A
  • 600 gm ayam
  • tepung jagung
  • garam
  • Bahan B
  • 100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
  • 30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
  • 2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
  • 3 sdm sos tiram
  • 2 sdm cili sos
  • 1/4 cwn air
  • minyak utk menumis
  • garam-jika perlu
  • 2 inci halia - ditumbuk halus

Cara-cara

  1. Utk bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
  2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
  3. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
  4. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
  5. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
  6. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.... dalam pic ni... rai xletak kacang gajus... rasa dia sedap gak
bersama lauk sampingan sambal udang dan sayur campur, lunch cuti hari malaysia



Wednesday, September 21, 2011

Minum petang di pappa rich

Sekarang aku kemaruk makan roti bakar cicah teh tarik tak tau la knp, dah macam addicted lak, kebetulan last week anak2 aku kan cuti sbb UPSR, jadi balik kerja tak la kelam kabut nak amik dorg so aku, husband n danish g la papparich minum petang, dlm kepala memang nak makan roti bakar jadi sampai terus oder roti bakar, tapi teh dia tak ummph la kalo tau g mamak je hehehhe. Dah lepas hajat makan roti bakar balik la kitorg dengan senyuman.

roti bakar n roti stim, tengok color teh tu pun tak menarikkan kalo tau oder pappa cham lagi besh.

ke austin steak lagi

Kali ni aku bawak adik aku beraya kat sini, kes malas masak jadi kita bawak ler makan kat luar tak yah sinsing baju dan bersilat kat dapur kita cuma touch up muka sikit2 then start kereta terus je menuju ke destinasi heheehe.

Mula2 nak pegi bagan lalang mcm boring lak asal datang makan nasi, ikan bakar jd kita tukar selera omputih. Aku rasa portion diorg ni makin mengecil la masa mula2 bukak dulu rasa mcm besar je tapi still kenyang lagi la, air dia bg aku masih murah lagi walaupun diorg dah naikkan harga cuba ko g kedai mamak tak do eh dapat harga mcm tu. Oh diorg da bukak waktu lunch tau.

dah sama besar dengan mak su

lamb chop aku punya, aku kalo ke sini lamb chop je la tak pernah amik order lain

ko mampu habiskan air2 tu, lain kali kongsi je la

tetap dgn sphagetti dia

yang ni lak dgn mushroom soup

mak su dengan yee mee sizzling sedap

so far food kat sini tak pernah menghampakan, jom la try, austin ni berada di seksyen 7 bandar baru bangi korg google je la map nak ke sana ek


Tuesday, September 20, 2011

sopink lagi

Masa hari raya tu tak dapat sambar colour ni, lepas raya radiusite ada jual lagi warna ni jadi kita sambar je la, aku tershopping shawl 3 layer from radiusite la, warna merah dia cantik, ok la kan da ada warna merah and hitam mode happy...

bungkusan yang dinanti-nantikan, korang dah byk kali aku sopink kat radiusite, service tip top penghantaran on time ko byr hari ni esok @ lusa da sampai jadi aku memang percaya sopink di sini. korang kena cepat2 order sebab shawl @ tudung diorg ni cepat sold out



cantikkan heehehehe


Ayam kalio

makin hari makin beku otak nak fikir masak apa, bila jam menghampiri pukul 5 petang makin ligat la kepala nak masak apa, jadinya kita goggle my resipi la ye, hrmm mcm2 ada kat situ. Ada satu resipi tu namanya ayam kalio fuh nama resipi macam susah je tapi bila tengok bahan2 dia alamak senangnya kebetulan semua bahan2 memang ada dalam peti ais aku. Dalam peti ais aku wajib ada serai, daun kunyit, kunyit hidup, halia, dan cili api, kalo tak de la bukan peti ais aku la tu hahahaha boleh mcm tu. Ok la berbalik dengan ayam kalio tu aku pun tulis la resipi lepas tu balik beli santan dan ayam terus la bersilat dan hasilnya sangat lumayan semua kata sedap hehehe bole la cuba lagi resipi ni tapi sangat tinggi ye kolestrol nya, jangan lak korang masak hari-hari.

meh aku kongsi resipi nye

sumber dari cik wanie @ my resipi.com

resipi ni aku tiru bulat2 tak reti aku nak tambah @ nak kurangkan,cuma aku kurangkan cili api sebab anak2 aku lidah omputeh tak boleh pedas.


ini version aku mcm masak lemak tapi cuba korang buat lain rasanya, ada la rasa sikit2 mcm rendang,

Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • seekor ayam
  • halia 1cm(lebih kurang) dikisar
  • 4 biji bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1/2 cm kunyit dikisar ( ni nak bagi balance supaya kurang risiko kena sakit jantung sebab makan santan banyak)
  • 2 batang serai(diketuk)
  • 3 keping daun limau purut(nak lebih boleh tapi jgn banyak sangat nanti maung)
  • 2 keping asam gelugor (kalau nak masam letak lebih, biasanya saya letak lebih sebab saya suka masam)
  • Cili kisar(cili boh pun boleh, tapi nak sedap elok guna cili kisar sendiri sebab takde bahan campuran lain)
  • 1 1/2 biji santan kelapa (nak guna sebiji pun boleh saya suka buat kuah pekat)
  • cili api (tambahan kepada sesiapa yang nak pedas)

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan yang dikisar bersama santan, serai dan cili kisar
  2. Masukkan ayam
  3. Kemudian jerang atas api, kacau santan supaya tak pecah minyak
  4. Masukkan daun limau purut
  5. Bila santan dah separuh masak, masukkan asam keping dan masak sehingga santan betul-betul masak
  6. P/S: Kalau nak lauk bersantan tahan lama, masakkan santan lama-lama barulah lauk ni tahan lama
  7. Biasanya kalau saya masak ayam kalio ni, saya akan pastikan masakan ni pedas dan masam sikit baru ada ummph.
selamat mencuba ye

yang sebelah ayam kalio tu ayam masak merah semalam punya dan sebelah kiri tu ayam goreng, menu dua hari berturut-turut adalah ayam sesajork jangan berkokok udah ler hehehehe





Thursday, September 15, 2011

Dari kelabu ke warna biru...syukur

Semalam hujan turun lebatkan kuyup gak la aku dari tempat parking nak ke lift ofis, tapi bersyukur sangat kan dah dekat 2 minggu jerebu, dekat Nilai sampai bacaan tak sihat, takut dibuatnya anak2 aku kan lembik, mudah tak sihat lagi2 cuaca macam tu. Tapi semalam Alhamdulillah hujan rahmat turun sampai ke malam dan pagi ni cuaca sangat cantik warna biru, i sukaaaaaa.

hujan beserta dengan ribut

smg hari korg pun seindah langit yang biru tu ye

Selamat bercuti dan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 54 ye , g open house tu hati2, ada sesapa yg g dataran merdeka esok....


Wednesday, September 14, 2011

cenderahati

Seronok rasanya bila diri kita diingati kan, aku punya cara satu je jangan sombong dengan orang, insyaallah orang akan ingat kita. Baru2 ni ex student tempat aku kerja ni balik bercuti, macam2 dorang bwkkan utk aku, oh terharu ok, mcm2 aku dpat coklat, tshirt, key chain, fridge magnet, dan macam2 lagi la. Aku suka bukan sebab dapat souvenir tapi ingatan dorg kat aku tak pernah luput. Terima kasih adik2 semua, hope hubungan kita semua tak berhenti setakat ini sahaja.


ini la antara yang aku dapat, tak dapat pergi tempatnya dapat souvenir pun jadi la kan


selagi buka mata kerja....kerja...kerja

Itu la hidup kita kan selagi celik mata dan dikurniakan kesihatan yang baik kita akan cari rezeki tanpa berhenti ye la untuk sapakan untuk family kita jugak yang penting kita ikhlas betul tak. Kami kat department academic dah mula sibuk hrmm mcmana ek mood raya masih ada keje lak dah mula berlambak, dengan mesyuarat, worksyop, dan macam2 lagi la, huhuhu. so aku nak wish happy working la kat u all ek walaupun dah tengah minggu. Aku akhiri entry ini dengan gambor yang konon2 busy la ye.


oh tak sabarnye tunggu hari Jumaat kan


Monday, September 12, 2011

Cerita-cerita hari raya yang lain

Raya ke 3
duduk rumah mak je golek-golek menanti tetamu datang ada 2 tetamu datang cousin aku dgn kawan baik aku dari tadika sampai la ni lama kitorg berkawan, tiap2 thn dorg dtg tak pernah mis, mak aku masak mee goreng je, ye la pasar tak de apa2 lagi apa yang ada je la.

sebelah malam kawan2 adik aku lak datang, bila kawan2 dia sampai je aku anak beranak keluar ke klang cari mamak lepak.
menghabiskan bunga api

Raya ke 4
aku g rumah kawan aku pulak kira berbalas kunjungan la, balik tu mak masak lagi, yg ni aku tak tolong sebab qada' tidur sebab aku tidur lambat sebab apa tau layan nora elena punya citer sampai pukul 4 pagi, hehehehe ye ye ye aku tau aku ketinggalan zaman.

Raya ke 5
sob sob sob sedih hari terakhir dekat umah mak petang tu husband aku ajak balik ye la hari ahad tu macam2 nak buat nak gosok baju sekolah, kasut sekolah, susun buku la, macam2 la. Patutnya jumaat lagi aku da balik tapi cousin2(anak buah sebelah abah) nak datang rumah mak, jadi aku tangguh balik lepas diorg datang. Kitorg jamu dorang makan laksa johor dgn kuih lopes, tak menang tangan la aku busy dari pagi siapkan bahan2 tu semua. Emak memang hebat campak sana campak sini dah siap pukul 1 dah ready semua. Lepas dorang balik giliran kitorang pulak balik ke pangkal jalan. Pukul 6 petang gerak la kitorg anak beranak, yg danish mengamuk2 tak nak balik ye la dah sedap duduk rumah nenek kan. alhamdulillah pukul 8 malam kitorang pun sampai la rumah.


menu raya ke 5

Raya ke 6
pukul 11 pagi dah gerak dari rumah g rumah kawan aku, wife dia baru bersalin finally dpt gegirl tu yang teruja nak g melawat aka beraya la. Kat rumah dia mak dia dah siap2 masak mee kari nak tolak pun tak boleh ye la org nak menjamu kita kan. Lepas tu terus gerak raya ke rumah adik ipar pun makan jugak dia hidangkan nasi dgn ayam masak merah. Pukul 2.30 gerak ke rumah pak cik husband aku dijamu lagi dgn nasi impit, kuah kacang, dgn rendang wow perut sangat penuh plan utk beraya ke rumah saudara terpaksa dibatalkan tak larat baru 3 rumah. Dalam pukul 4 sampai rumah ternampak org yg jaga Danish terus cakap dgn dia lepas maghrib kitorg nak beraya rumah dia sbb nak raya masa tu dah tak larat kan.

Malam tu sambung rumah beraya ke rumah orang yang jaga Danish dijamu dengan spaghetti goreng dgn daging goreng satay, lama lepak rumah dia borak2 makan2, lepas tu ke nilai impian rumah dua pupu husband, borak2 makan2 dah pukul 11 pm then balik la rumah dgn perut yg sangat penuh.

Raya ke 7
Lepas maghrib pergi la kitorg ke rumah nenek sedara & pak cik2 husband aku gitu gini kul 11 pm jugak balik rumah. Kesimpulan raya memang tak pernah cukup tidur keluar pagi balik malam huhuhu nama pun sethn sekali kan.

Raya ke 8
dah start puasa ganti dan puasa 6,.

Begitula cerita raya aku dan family untuk tahun ini. Sekali harung aku update kan ye la kang lepas2 ni dah mula sibuk dengan kerja entah berupdate ke tak la blog ni hopefully kerajinan aku mengupdate blog ni berterusan la kan. Korang jangan bosan ye teruskan membaca k.

Friday, September 9, 2011

2 Syawal 2011

Ok sekarang kita cerita raya ke 2,

Kitorang pakat turun Muar rumah adik abah tak tidur pun sana balik hari je, gerak pukul 9 pagi berhenti kat hentian dengkil untuk sarapan nasib baik tak berenti rnr seremban ramai orang, masuk je nilai dah mula jammed sampai la Senawang lepas tu clear, adik aku ajak berhentik rnr ayer keroh dia mengantuk berenti la lagi kat ayer keroh. dalam 1/2 jam rehat gerak balik alhamdulillah jalan clear. Bila nak masuk tol pagoh umangai jammed ko adoi terperangkap almost 1 hour jugak la itu dekat tol je, rupa2nya TPM buat open house no wonder la, last2 dalam pukul 2 sampai la rumah mak cik kami.

Kebetulan sampai akak abah aku anak beranak tengah makan tak sangka pulak jumpa kat situ, sebab tak plan pun, jadi bertambah meriah la, makcik aku sajikan asam pedas ikan tenggiri, sambal tempoyak dgn ulam2, daging masak kicap, sepupu aku lak masak laksam perghhh dah lepas mengadap jammed dapat makan fuh nikmat.

lepas tu dah rehat2 pukul 4 kitorg gerak ke kubur arwah nenek n atok aku, aku tak dapat g sbb tengah bercuti jd pandang je la dari jauh diam tak diam hampir 22 tahun diorg meninggalkan dunia yang fana ni. Al-Fatihah..

Balik kitorg ikut Melaka fuh ramai nya orang yang lagi best bila lalu kat zoo ramai orang kita beraya kat situ terdetik jugak kat hati eh diorg ni tak raya ke, hrmm ragam orang kan. Keluar dari ayer keroh jalan clear tapi bila sampai senawang oooi jammed lagi sampai ke nilai ko fuh letih duduk dalam kereta, kitorg amik keputusan balik rumah aku kat nilai, suruh diorg mandi2 n rehat sambil tu aku masak la apa yang ada kat dapur tu kan. Aku masak sambal sardin, ikan kembung goreng taucu, ikan tamban goreng, telur dadar, hehehe licin licau kesian dorang sampai aku masak lagi nasi tapi lauk da habis sbb aku tak top up apa2 lagi kat dlm peti ais.

Itu la cerita raya ke 2 kami, sekarang layan la gambar2 kat bawah, tak banyak amik pun sebab kefenatan menempuh jammed.

ni kat ayer keroh lepak kat BR sejuk sikit, aku still kekal dengan warna merah tp kali ni white n red

menikmati ice cream yang sejuk ketika cuaca panas

yb

ha tengok tu punya la panjang

sampai je terus ngap

mak macam biasa bila amik gambar je wat2 tak pandang camera

kubur di jalan bakri yang menempatkan arwah atok n nenek serta saudara mara aku yang lain. Al-Fatihah untuk mereka

di akhiri dengan jammed di senawang

lepas ni update citer2 lain tp still dalam mood raya lagi hope korang tak bosan hehehhee.


Thursday, September 8, 2011

1 Syawal 2011

Bila sebut hari raya first dalam fikiran mesti terdetik di hati masing2 tema tahun ni nak pakai apa ek, kami sekeluarga tak pernah pun bincang, sbb tak pernah tempah baju, semua baju beli yang ready made je, mula2 cari anak punya baju then baru la kitorg match colour dengan diorang hehehe senang, tapi hari tu hampir2 tak dapat colour yang sama so da plan yg gegirl warna merah dan lelaki warna kelabu cun gak kan tp entah mcmana round2 kat metrojaya terjumpa baju warna merah utk lelaki lega hati, tp yg part ni danish la untung dapat 2 pasang baju melayu.

Raya pertama rumah wajib kena pergi rumah adik abah, rumah mak cik suami then lepas tu lepak rumah sampai lebam.




budak yang dah demok

saja tau amik gambar candid tudung pun senget benget psst shawl tu dari radiusite tau sangat cantik

abah n mak

dah makan baru la betulkan shawl utk sesi bergambar

model tangga

ni lagi sorang pulun makan ayam panggang+coselaw+blackpepper sauce dah tak pandang menu lain

aku n adik yg bongsu

tgh susun kedudukan, bdk baju merah tu susah nak beri commitment

betul tak tengok la tu

lengkap bergambar bersama adik beradik

with cousin

last gambar kami berdua

lepas ni update raya ke 2 di muar tunggu ye....