Monday, October 31, 2011

Mohd Chan Abdullah

Kali ni kita ke restoran makan cina muslim Bdr. Baru Bangi iaitu Mohd Chan Abdullah. Menu dah nama restoran cina so menunya adalah makanan chinese la tapi ada jugak nasi goreng kampung. Dan bila ke sini aku tak pernah miss order air kedondong @ teh bunga dan pau diorg yang sangat nyum nyum.

kuew teow kung fu sedap tapi make sure ada cili padi potong ye kalo tak ada yang terbeluwek hehehehe

hepinya budak tu makan nasi ayam, ha nampak tak air kedondong tu sedapppppnye

sekarang Danish dah pandai order 'nak ik yam, nanak o, nanak dah' ok bila dah translate ' nak nasi ayam tak nak sayur tak nak pedas' harap maklum huhuhu.

kakak order nasi ayam barbeque dan air lime asam boi sedap tau

tunjuk muka hepi dapat makan, yang sebelah sana tu sentap tak tau ler kenapa tiba2 nak sentap mak malas nak layan.

Harga tak la mahal sangat ok je, tapi tak tau la kalo amik ikan, udang diorg tu tak pernah try la.

Lima beradik

Alhamdulillah mereka masih dikurniakan kesihatan yang baik dan hubungan mereka masih akrab. Syukur kepada Mu Ya Allah. Siapakah mereka ini jom tengok gambar dibawah

ini la adik beradik abah, yang duduk tu dari kiri mak tam, mak long, yang berdiri dari kanan pak cu, pak cik dan pak ngah aka abah aku.


Wadihana Islamic kitchen Bdr. Baru Bangi

Salam untuk semua, lama tak berupdate kan, tu la bila stop je mula la malas nak berupdate, kalo da start tak boleh nak stop huhuhu.

Ini nak share tempat makan yang kitorg terjah dah lama tapi baru nak update huhuhu. Islamic kitchen ni bertempat kat seksyen 9 Bdr. Baru Bangi sederet dengan restoran Mohd Chan Abdullah. Menu yang disediakan ada western dan masakan melayu.

memujuk anak nak makan apa

mee bandung ok la rasanya

teh tarik yg sangat sedap dan lime juice pun sedap jugak

dah tak ingat apa namanya tapi sedap jugak

mushroom soup pun sangat sedap

Overall memang sedap la dan harganya sangat berpatutan next time nak cuba menu western pulak


Monday, October 17, 2011

Pembuka selera selepas demam

hujung bulan 9 dan awal bulan 10 aku di serang demam tak tau ler naper, kesian anak2 dan suami hari2 kena makan kat luar, kesian kat husband kena layan anak2 sorang2, aku kalau demam memang lembik sangat2 tak tau ler dari kecik macam tu. Hari last mc tu petang tu baru la boleh bangun, perut pun lapar, bukak peti ais ada ikan kembung, bukak almari ada sardin, so masak simple je. Rasa nikmatnya makan hari tu, petang tu budak2 n husband balik kemain seronok dorang makan, lama tak pekena air tangan mak nya kan.

sardin dan ikan goreng makan dengan nasi panas2 memang heaven.


dah lama dapur tak berasap

sebab2nya adalah musim raya, kenduri sana sini, balik keje lambat, dan demam yang tak kebah2. Akhirnya semalam dengan jayanya aku telah berjaya masak huhuhu, menu simple je, ikan masin, sambal belacan + ulam bendi, ayam masak lomak cili api tapi tak pedas boleh, padahal dah letak senggenggam, sayur siew pak choy sos tiram dan ayam goreng tepung. lately ni Danish mesti nak makan ayam tak tau la maybe kat nursery kot,

masing2 dah tak sabar nak makan, tp omaknya sibuk nak snap huhuhu, anak2 terimala mama ni seadanya kang mama merajuk tak berasap lagi la dapur tu,

antara yg sempat di snap owh sebab rajin sangat buat la air limau nipis


Mee rebus Wahid

Salam korang sihat, macamana weekend, for me and family ok2 aje la, dapat rest, golek2. Tak pegi mana2 pun anak2 nak periksa jadi dok umah je la, belikan buku2 latihan utk dorg ulangkaji apa yg dorang dah belajar.

Ok hari tu jalan2 dekat blog sapa entah ternampak lak entry pasal mee rebus Wahid yang terkenal kat Johor tu. Mula2 tengok blog tu cakap kedai tu ada kat damansara alamak jauhnya, lepas tu scroll2 jumpa lagi satu entry pasal mee rebus ni kedai ada gak bukak kat Presint 9 dpn pusat kesihatan, wow bestnya kalo dapat try kan. Masa g rehearsal kat PICC balik tu kitorang singgah ler ke Presint 9 tujuan utama adalah utk cari mee rebus ni. Rupa2nya byk jenis ada daging, ayam yg lain x ingat la, aku amik yang daging punya awesome la rasanya boleh lagi la pergi ni.

sedap tapi kalo dapat mee rebus tulang lagi sedap tau


Friday, October 14, 2011

Weekend yang asyik keje je

Kali ni ke PICC la kita ye, ada konvokesyen yang ke 8, so kena la bertugas, se awal 8.00 pagi dah terpacak kat sana dan pukul 7 malam baru la boleh balik owh letihnya... letih berborak, letih bergelak ketawa, letih menyakat orang, hahahahah tipu.... itu adalah selingan bila dah boring, duduk kat kaunter tu dah macam keje kat PICC lak, tmpt kaunter yg sepatutnya budak2 amik scroll jadi kaunter pertanyaan stress mak ok, tapi terpaksa layan jugak, mana kitorg tau kitorg bgtau la kalo tak minta maaf banyak2. Gambar yang disnap adalah tak banyak sebab mood yillek, agaknya masing2 ingatkan anak2 dan laki yang kena tinggal, lebih2 lagi aku ler sebab dah 2 minggu berturut-turut kena kelije. Nasib baik ada student kat situ berminat utk snap gambar kitorg ni apa lagi menggedik la kitorg.

itu je citer keje dihari org bercuti, tp seronok gak masa ni la dapat berbual-bual kan, kalo hari keje x dpt pun nak bergosip sangat.



Busy di bulan October

Mula awal bulan 10 hari tu aku dah mula busy, 1 st week October dah kena pegi worksyop kat Residence Uniten nasib baik dekat, dan lagi bernasib baik husband dah kurang g outstation, jadi sentiasa ada so senang la kalo kena keje weekend dia ada. Worksyop tu bertujuan utk buat program baru untuk beri peluang further study budak2 ke France.

bila dah boring mula la snap gambar sendiri, just nak bgtau inner tu dari radiusite dan syria tu dari alhumaira,

g lari jap minum, mengelat je keje ko ek hahahhaa

owh hadiah baik demam huhuhu x peria neo function macam apple gak, mula2 dah nak amik BB tapi bila compare neo lagi best sebab boleh main game, owh perangai macam budak2 remaja.

see buat keje jugak tau, burukkan tulisan tu huhuhuhu

owh kopi sedapnya kau, kita tak leh pisahkan, tiba2 tengok kopi sedih lak sebab member minum kopi dah nak g dept lain. Tak pe la kita kawan dengan yang minum tea o la pulak hahahahha.

di akhiri dengan gambar org budget comel dan cute muahahhahahaha

Habis worksyop 5 petang terus g hospital ampang pu3, baru dapat tau pakcik husband masuk wad.


Thursday, October 13, 2011

Triffle la pulak

Skill memasak harus dikembangkan lately ni minat untuk mencuba resepi2 baru membuak-buak tapi pastikan resepi2 tu senang dan ringkas kalo tak ke laut la peginya. Triffle ni dibuat untuk jamuan raya untuk department lagi satu maklumla aku ada jaga 3 department.

Dah lama nak buat triffle ni tapi mood takdak mari ooo. Ada kejadian pada hari nak buat triffle yang hampir2 aku malas nak buat tapi pakkal la aku da beli semua bahan2. Korang nak tau petang tu macam biasa aku pegi la amik baju sekolah agama anak aku tu kan tiba2 masa nak amik tu terkejut aku tengok si adik ada dekat sekolah agama, rupa2nya dia demam dari pagi, kitorang tanya kenapa tak bagitau, ustaz tu cakap dah telefon tapi no tu tersalah tulis jadi tak dapat call, hangin tak korang, korang bayangkan anak aku menanggung sakit sorg2 dari pagi dengan tak bagi ubatnya lagi. Takkan la pihak sekolah tu langsung tak de data budak2 ni, padahal masa awal tahun semua no aku tulis dalam borang, tak dapat call hp call la ofis kan meroyan betul aku dibuatnya. Pegi klinik suhu dia 38.4, nasib baik tak de apa2. memang aku kesal dengan sekolah yang langsung tak ambil berat benda macam ni.

Disebabkan itu maka lewat la sampai rumah dalam pukul 9 macamtu, tengok barang2 yang dah beli terpaksa la buat jugak, nasib baik simple je gitu gini pukul 11 jugak siap. Jom kita tengok gambar2 yg disnap, letih2 jugak gambar tetap aku snap.

korang beli la swiss roll apa2 perisa terpulang la yg ni aku beli kat Billion PKNS Bangi, korang amik air dalam buah2an dlm tin, letak kat kek ni biar lembab2 sikit, jangan letak banyak2 nnt lembik lak

beli kastard untuk sos yg ni utk lapisan ke 2, kalo nak buat banyak, lebihkan la sukatan dan masakkan dengan susu segar @ susu cair sampai likat

aku terlupa nak snap utk lapisan ke2, sebelum letak buah2 ni korang kena letak kastard tu dulu lepas tu baru la letak buah2an dalam tin, aku tambah anggur dgn buah kiwi tu yang meriah, aku punya cara nak bagi org makan jangan la buat cincai2 @ kedekut, tak kisah la mahal ke tak yang penting kita ikhlas kan.


step last masak agar2 mcm yang tertera kat bungkusan, lepas tu korang letak la kat atas buah2 tu. ada orang dia akan letak whip cream kat atas agar2 tu lagi best la kan, terpulang la kat korang, dan org kata nak buat triffle ni letak la dalam bekas yang jernih baru cantik org nak tengok lapisan tu kan, tapi aku punya lapisan triffle buruk disebabkan kurang sos kastard tu yg jd macam tu huhuhu.

Kalo nak resepi yang lengkap beli la buku Chef Hanieliza, aku banyak belajar resepi2 baru kat buku ni la

selamat mencuba.....



Ermm da tua la kita

Bila kita tengok anak-anak membesar dari sehari kita x terasa tua tapi bila anak buah kita nak kawin Ya Allah baru la nampak ketuaan kita, hahahahha bengong kan tapi itu la hakikatnya. Baru-baru ni cousin aku jemput ke rumah dia anak dia yang sulung bertunang, macam tak percaya je, so lepas balik pasar, gosok2 baju lepas zohor gerak ke Kajang, masa sampai tu dah ramai oh ye kalo korang nak tau apa2 kenduri mesti kitorang la yang lewat sampai konon2 VIP la x de maknanya VIP tak la lewat sebab majlis belum mula lagi tapi lewat makan je sebab dorg jamu dulu sedara mara makan dulu. Seronoknya jumpa saudara mara, sampai rasa berat nak balik ye la bukan selalu nak dapat jumpa pun.


budak nakal bersama atuknya

yang pempuan tu anak buah kitorg

sebahagian hantaran berkenan dengan epal tu memancor-mancor kilatnya hehehhehe

see budak nakal tu org semua kat bawah dia nak jugak ke atas

Gambor semua blur, gambor2 yg cantik dlm dslr tak larat nak kecikkan. Kalo rajin den tepek kan la nanti2 ek huhuhu


Wednesday, October 12, 2011

Makaroni Bakar

Ini kali ke 3 aku buat makaroni bakar, so far jadi tak pernah x jadi, resepi dari kawan kat opis, jom la layan gambar makaroni bakar aku ni. Asalnya nak buat untuk jamuan raya si Kakak, last minute petang tu kakak cakap cikgu mintak RM3, x yah buat geram je kan barang2 da beli ni, last2 takkan nak simpan kan so masak je la untuk diri sendiri.


bahan-bahan utama macaroni,susu segar, telur, tomato, mushroom, tomatoo puree,daging kisar, korang nak tau punya la aku melilau mencari daging kisar, dalam hati berkata eh ramainya beli daging ni sampai habis al maklum la musim raya kan, rupa2nya si ramli ni dah tukar packaging dia rasanya yang baru ni lagi senang sbb dorg wat by pieces mcm yang aku beli ni ada 4 pieces, kalo yg kecik 2 pieces, so kalo masak dapat mengagak la tak ler membazir tul tak. Cara masaknya sama mcm kita wat kuah sphagetti tu cuma nak bakar tu baru kita letak susu, telur, bread crumb dan cheese. Sonang je cuba la tengok hasilnya kat bawah

guna la cheese mozarella ni memang sedap




so ini la hasilnya anak-anak

Hari jadi yang tak berapa nak jadi

2 October lepas hubby saya sambut birthday yang ke 3 tut................, rahsia meh huhuhu, tak de surprise apa2 pun sebab den keroje bila masa nak surprise, kononnya nak surprisekan bagi kek la ingatkan nak amik sendiri kek tu entah macamana dapat khabar pakcik dia masuk hospital, jadi ke hospital la kitorang, balik hospital terpaksa la amik kek tu sama2 habis tu nak hantar dia pastu nak amik kek huh tak koser mak nak. Aku order red velvet kek favourite hubby. Orang yang buat kek ni tak pernah mengecewakan aku dan family memang super duper sedap.

Korang nak tau kitorang nak g celebrate birthday ni macam2 dugaan tau, mula2 nak g celebrate kat Curve pukul 3 pm kitorang gerak, sampai2 sana jammed tengok ramai orang dah parking kat luar2 ikea, aku pandang hubby, hubby pandang aku jadi tukar plan la ke KLCC pulak nak makan kat Chilli's sekali sampai2 sana waiting list la pulak adoi hai waiter tu cakap kena tunggu 1/2 jam wah tak mo la, perut dah keroncong ni si Danish dah buat perangai, bincang punya bincang kitorang decide ke Victoria Station je la dah malas kitorang nak g tempat lain. Itula citenya kiah hrmmm.

Red velvet untuk cinta hati mmuaahhaahhaha,



birthday boy

si no 2

sedap betul roti ni dgn butter

entah apa yang diborakkan dengan papa dia, garlic bread tu sedap sangat heaven

favourite dorg ni kalo ke VS

korang dah boleh teka sapa punya kan

mushroom soup favourite danish

mine

birthday boy punya, Dania punya lupa nak snap,

Itu la citernya hari jadi yang tak berapa nak jadi tapi apa2 pun we all happy dapat celebrate sama2.