Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri



Dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari semua pembaca blog saya jika sepanjang penulisan saya di blog ini menyinggung perasaan anda semua. Kepada yang ingin pulang ke kampung hati-hati di jalan raya, berhenti jika terasa letih dan mengantuk. Saya doakan semoga perjalanan pergi dan balik kita semua lancar, insyaallah. Akhir kata Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, ikhlas dari kami

Rozlin Yahya, Edillah Md Haris, Irdina Farisya, Dania Humaira & Danish Hidayat.



Friday, August 26, 2011

kisah di bulan Ramadhan

Entry ni tanpa gambar ye adik-adik, saja nak berceloteh

Kisah 1

Bulan puasa ni macam biasa la bila petang semua berebut-rebut samada nak balik rumah utk masak @ berebut-rebut nak pegi bazar Ramadhan, tapi jangan la sampai lupakan keselamatan diri dan org lain serta undang-undang kan. meh sini nak habaq petang ramadhan yang ke 9 macam biasa aku amik anak dekat jalan 2 BBB, aku ni bila husband x de aku takkan pilih untuk balik jalan yang selalu husband aku guna, aku akan amik jalan yang kat surau An-Nur. Petang tu hujan gerimis macam biasa bila hujan kereta pun macam siput ye la jalan licin kan, smpi kat simpang aku pun tarik handbreak sebab kereta banya kat depan nak keluar simpang, tiba2 entah mana datang nya motor pegi langgar kereta aku, aduhhhhhhhhh tension nya, agaknya bulan puasa nak marah pun tak larat, aku tengok budak sekolah tingkatan 1@ 2
A: ko tak nampak ke kete akak berhenti ni
BS: sori kak jalan licin tak sempat break
A; abis tu mcmana ni
BS: nnt saya bayar la (sambil pakai helmet terus start motor n berambus mcm tu je)

apa perasaan korang masa tu, kurang ajar kan, kali ni ko lepas la kan,

Kisah 2:

yang ni otw nak amik dania, if korang biasa jalan selaman menuju ke PKNS setiap petang especially bulan puasa ni memang la byk kete lagi2 ada traffic light kan. Ada satu honda ni punya la bijak memang la ko bagi signal tapi tengok2 la jalan clear ke tak, dia terus masuk lane kanan hrmm nak jadi citer ada motor lalu, terpelanting budak motor tu kesian budak tu tak pasal2 je kena langgar dek kerana kejahilan undang2, aku rumuskan ini kes blind spot, cuba la ko gerakkan badan ko ke dpn sikit utk pastikan betul2 clear ke tak jalan tu, ini tak bagi signal je terus je masuk hrmm...

Kisah 3

kisah ni lain pulak bertempat di bazar ramadhan, aku tengah tunggu giliran nak beli makanan ni, bila sampai turn aku penjual tanya nak apa aku, baru nak bukak mulut saya nak... ada lak langau kat belakang yang tak menyabar ni terus sampuk "kak saya nak bla, bla, bla, kebetulan peniaga tu pergi betulkan order org yg depan aku, lagi sekali peniaga tu tanya kat aku sbb aku dah terpacak lama kan kat situ eh lagi sekali si langau ni menyampuk lagi, aku pun sound tepat dan padat la kat budak tu " boleh sabar tak saya dulu sampai biar la saya order dulu" ha ko terdiam nasib la ko ingat ko ckp dulu ko boleh dapat dulu ke, lepas tu baru la dengan aman aku mengorder makanan tu.


Tuesday, August 23, 2011

That Little Gerai @ TLG

Akibat banyak membaca blog orang terjumpa la kedai makan yang specialty diorg western food. Petang Jumaat lepas overtime cakap dengan hubby nak g gerai ni, siap print google map ko, gps bukan boleh harap huhuhu, lepas maghrib terus bertolak ke gerai korg bayangkan la dari nilai hendak ke gerai ni 1 jam 1/2 hamik ko, anak2 pun sampai tertidur la hehehehe punya la nak makan kat situ kan. Gerai ni terletak dekat area zoo negara sana nak alamat lengkap korang boleh google @ pergi carik kat FB, tak silap korang boleh order makanan dulu through fb @ call, bila sampai sana korg tak yah nak tunggu2 lagi terus je makan.


menu yang ada di TLG

adik punya chicken chop sedap especially mushroom sauce dia perghhhhhhhh meleleh wei

lamb chop hubby punye sedap ko

fries with cheese & mushroom soup

grilled chicken aku punya, yang kakak order fish and chip pun sedap gak

jom g TLG untuk merasai western yang bertaraf hotel nih

Makan dalam taman

huhuhu ingatkan wedding je ada theme kan restoran pun sama la sekarang ni. Macam2 kan nak tarik perhatian customer.Awal bulan 7 hari tu kitorg g tengok Transformers dekat Alamanda Putrajaya, lepas habis wayang perut masing2 kruk kruk menandakan perut perlu diisi sebelum masuk angin hehehe. Jalan-jalan kat sekitar Alamanda tetiba nampak restoran ni cantik sangat dari luar, so teruja la untuk lunch di situ. Owh nama restoran tu Garden. Ya Allah cantik kiah theme hijau + putih memang memberansangkan mata yang melihat hehehehe over di situ. ok jom tengok gambar2 yang aku amik masa tu.

bawak budak ini sebab sekolah dia cuti masa tu, first time tengok 3d ni wey heheehee agak jakun lak

depan Garden

sapa yang tengah hangat bercinta ke anniversary @ celebrate birthday sesuai pergi sini memang romantik tempatnya dan selesa.



sekitar dalam Garden,

air coffee ice sedap

Spaghetti bolognaise sedap ini menu for kids

scone and croissant aku punya sedap kiah

chicken kebab sedap jugak, lain nak kali nak try menu lain lak

posing setelah kekenyangan,



Monday, August 22, 2011

Jalan-jalan cari makan- nasi ambeng

Kita citer pasal makan la entry tertunggak sebenarnya, bulan 5 tak silap masa tu amik adik aku yang nak balik bercuti. Tiba2 dalam kereta teringat nasi ambeng yang famous kat Tanjong Karang, terus cakap dengan husband lunch nak makan kat situ, nasib baik senang cari tepi jalan je.

patutnya adik lelaki aku yang amik tapi busy yang melampau kitorang laki bini la amik, tengok la tu mcm nak pindah kan

ha ni la dia nasi ambeng, sedap tapi tak tahan manis sangat, sapa yang suka manis boleh la

orang lapar

sekitar warung ibu nasi ambeng.



Salam Ramadhan 2011

salam untuk semua,tak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua pembaca blog aku ni yg hampir pupus ni, kembali bersiaran setelah lama menyepi diri, ermm jadual ditempat kerja dan rumah sangat lah padat, kalo free pun memang malas la nak bukak laptop lebih rela membaca apa2 yang patut dan zzzzzzz.

Nak cerita apa dulu ye, ok la cerita pasal menu berbuka nak al maklum la bulan puasa, oh tahun ni tahun rekod untuk kitorang sekeluarga sebab menu bebas dari lauk2 di bazar ramadhan semuanya home made, penat memang penat la tapi berbaloi rasanya, tak membazir dan semua menu kena dengan cita rasa kami sekeluarga. Tipu la kalau kata tak pergi langsung bazar kan macam kuih muih dan air je la yang kitorang beli.

Menu hari pertama-ikan jenahak masak kari, sup cendawan, ikan kembung goreng, telur dadar


yang ni menu hari kedua memandangkan santan ada lebih tu yang buat masak lemak cili padi ayam, sayur goreng, ayam goreng tepung.

ni menu hari ke 4-ayam masak kicap, sardin, telur dadar, kangkung goreng belacan, hari 3 ramadhan kitorg berbuka kat IOI marriot putrajaya gambar hrmm tak amik langsung sebab MALU hehehehe.

menu ke 5 pun takde sebab sangat teruja berbuka kat rumah mak hehehehhe, yang atas ni menu ke 6 macam2 ada bubur lambuk, ikan bakar, sotong kunyit, pecal, asam pedas dan kangkung goreng.


ha yang ni menu hari ke 7 masih dirumah mak, ada serawa durian, lemak labu, daging masak lomak cili api, mee goreng, ikan goreng, roti john tu beli kat stadium shah alam harga agak mencekik tapi sedap so kira ok la kan inti diorg satay ayam black pepper, roti jala tu pun beli sebab ada serawa durian.

balik rumah menu hari ke 8-asam pedas ikan pari, ikan goreng dan sausage n nugget, simple je kan


ha ni menu hari ke 11 dan 12 diberi menu tak de laki kat rumah hrmm sedih tak selera nak makan nasib ada anak2 kan, hari ke 9 buka mc d sbb hati sentap kereta kena langgar dek budak sekolah yg sangat biadap, hari ke 10 mee sup keterlupaan amik gambar,


ini menu hari ke 14 paling lama duduk dapur mula pukul 3pm habis pukul 6pm, so hasilnya bubur lambuk, ikan pari bakar, sambal udang dan sayur goreng, hari 13 berbuka apa hehee buka kat luar dgn kawan-kawan sepejabat husband.


ini menu nuzul quran nasi ayam, sebab letih sangat balik shopping dari subang jaya,

sapa yang baca ni blog ni (ada ke hehehehe) boleh la amik idea nak masak apa untuk berbuka maklum la dah hujung2 ni kan, kejap je kan Ramadhan nak tinggalkan kita sedih rasanya. ok la nnt saya update lagi ye, maybe citer-citer lama hehehe, ok semua selamat mencari malam lailatulqadar ye.