Sunday, October 24, 2010

24 Oktober 2010


uishh ramainya sambut birthday bulan 10 ni, 24/10/10 hari ini giliran kawan baik saya menyambut birthday, yang bestnya kali ni eiz sambut dengan org baru dalam hidup dia lagi meriah la kan dan lebih meriah lagi siap pergi bercuti sangat jeles ok hahahaha anyway enjoy ur holiday with family. Selamat hari lahir Eiz smg murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik disamping org tersayang.

Friday, October 22, 2010

Hadiah Danish






Hari Sabtu sehari sebelum birthday Danish kami cari hadiah utk dia dekat toy city, tak cari apapun koleksi lori hahahah, takkan bear kut, lelaki punya hadiah sangat limited la kan compare girl, kalo girl banyak pilihan, Masuk toy city je mcm rumah diorg ishh budak2 ni sampai kitorg da habis bayar tak nak keluar.


bersungguh-sungguh utk bukak kotak lori ni hehehehe

tadaaa ni la dia koleksi kedua untuk danish,

utk kakak2 dia beli kan fishing ni beli satu boleh main 4 org sangat jimat hehehehe, tp stress ko main benda ni, siap gaduh2 lagi

aksi2 mereka khusyuk betul, kalau belajar khusyuk camni kan bagus.


Kegembiraan anak2 adalah kegembiraan kami juga

Thursday, October 21, 2010

Jauhnya celebrate

Seminggu selepas suami celebrate birthday, giliran Danish pulak. Mula2 ingat nak masak je n celebrate kat rumah, tapi bila bangun tidur je tiba2 tekak ni teringin nak makan asam pedas kat melaka gerai no 35. Gerai ni mmg famous dikalangan org Melaka. Last saya makan tahun 2003 lepas tu gerai tu tutup sebab kat tapak tu nak buat dataran pahlawan tak silap la dan lepas tu tak tau gerai tu pindah kat mana. Last2 masa husband pegi outstation dia terjumpa balik kedai ni diorg bukak kat belakang Mahkota Parade. Fuh panjang berjela utk citer pasal kedai ni hahahahah. Terus bagi cadangan kat husband celebrate birthday Danish kat Melaka.

Bertolak dalam pukul 11 pagi dan sampai melaka dalam pukul 12.30 tengahari, alhamdulillah tak jam, jalan pun clear je. Sampai terus cari kedai tu, terasa teruja bila tengok jalan2 kat Melaka ni tengok bangunan2 lama dan banyak perubahan dah berlaku kat Melaka tak silap last pergi 2 thn lepas rasanya, serius Melaka dah banyak berubah byk shopping complex n taman2 baru. Yang kakak merengek2 nak masuk muzium kapal tu, nnt la plan cuti betul2 baru la syok jalan. Tetapi ada hikmahnya tak singgah mana2, kalau tidak samada kami terlibat dengan kemalangan ngeri melibatkan bas tu @ pun terperangkap dalam jam yg sangat lama. Alhamdulillah sesuatu yg terjadi tu ada hikmahnya.

seronok betul dorg nk g jalan2

sedap meletop rasa puas betul la tak mahal pun semuanya rm 49.50, ikan jenahak, ikan pari, kari ayam kg, ulam2 + sambal belacan, kerabu mangga yg sangat mengecurkan air liur,



masa untuk bermain, ni kat Jusco Melaka Central, kengkawan best tau Jusco ni lain sikit dgn Jusco yg lain, tak shopping pun tp mama dia dpt kasut sepasang hehehee


dan ini adalah kemuncaknya sebelum kembali ke pangkal jalan, no cake oh apakah maknanya birthday tanpa kek hehehee, rasa muak la makan kek jd kitorg pilih donut je utk celebrate birthday Danish.

Kesimpulannya utk hari yang bahagia ini adalah kenyang dan seronok hehhehehe.


Bubur berlauk

Jumpa kedai makan ni Amira Seafood dekat Bandar Baru Nilai sederet dengan Pizza Hut. ternampak menu ada bubur berlauk, so saya cuba fuh boleh tahan sedap banyak pilihan lauk2, korg pilih je yg berkenan. Memang tak rugi la kalo dtg sini, byk pilihan, tinggal pilih n bayar je heehehhe.


tu sayur kangkung dan cendawan, paru sambal, telur asin


siakap 3 rasa, tom yam, kailan ikan masin n udang grg tepung pun sedap


Sambut secara sederhana

Sempena birthday suami kami telah pergi Garden dan telah memilih restoran Itali untuk celebrate. Itu lah aktiviti kitorg birthday=makan hehehehe. Tetapi hari-hari yang special ni la dapat mengeratkan lagi hubungan keluarga kan. tak kisah la tempat kita pergi tu murah ke mahal yang penting kita duduk semeja dan berborak apa2 topik, lebih-lebih lagi anak2 semakin membesar.

tak silap Italianese nama restoran ni not bad sedap makanannya

kakak tolong amikkan


smg kasih sayang kami kekal ke akhir hayat insyaallah

Sunday, October 10, 2010

Happy birthday Danish


Tanggal 10/10/2007 lahirla putera yang ditunggu-tunggu, kami namakan Danish Hidayat. Masa mengandungkan dia pergh byk betul dugaaan dgn mabuknya la lepastu yg paling hebat masa tu umur kandungan 8 bulan boleh lak melintang smpi Dr betulkan 3 kali dia masih melintang lagi. So checkup terakhir masa tu 3 hari nak raya 27 Ramadhan Dr nasihatkan operate je sebab takut kalau apa2 terjadi masa hari raya korg pun tau la kan hari raya jalan sana sini buatnya ketuban pecah mana nak menggagau cari hospital ishh simpang malaikat 44 hehehehe.

So dengan rasa takut saya dan suami setuju dgn saranan doktor. Hari tu masih berpuasa lagi hehehehe sayang wei konon2 nak puasa penuh, ha kena marah dengan Dr, lpstu pergi KFC tak agak2 minum air gas bagai kang dlm pantang tak boleh minum kan hehehehe. Pukul 2 puasa balik tapi tekak haus je so belasah minum air. Pukul 4 petang pegi balik hospital untuk hantar perut, pegi check in dulu, pukul 5 dtg nurse bwk baju biru tu seram siut tu baru nampak baju, masa tu badan da seram sejuk aduh tak dapat bayangkan sakit selepas di operate . Bila masuk bilik OT lagi la sejuk yg amat sangat mcm dlm bilik mayat huhuhu, lps tu nmpk Dr da pakai baju khas lagi la dup dap dup dap jantunku. tetapi dalam takut2 tu alhamdulillah pukul 5.30pm Danish selamat dilahirkan dengan cukup sifat.
Tu je la yang saya dapat kongsikan pengalaman bersalin secara pembedahan, ngeri beb saya rasa cukup la kot 4 kali bersalin.


Kepada birthday boy, Happy 3rd birthday Danish Hidayat, kami semua sayang awak k, jgn nakal2 tau.


Monday, October 4, 2010

Kak Ani hepi birthday


Kak Ani hepi birthday semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya, kali ni kak Ani sambut birthday dalam keadaan dup dap dup dap sebab anak bongsunya ambil PMR tahun ni, good luck untuk Nana jugak.

Saturday, October 2, 2010

Happy Birthday Sayang


Hari ini 2 October... Happy birthday sayang. Uji doakan semoga abang dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta semoga impian dan harapan jadi kenyataan insyaallah. love u so muchhhhhhhhh.....