Thursday, April 30, 2009

mak ai lotihnye

baru siap mengecat dan menempekkan apa yg patut kat blog aku ni ada yg hilang tp tu nnt la esok la pulak, kasi vaio cs aku ni rest pulak. Kepada semua yang bekerja aku ingin mengucapkan selamat hari pekerja dan selamat bercuti panjang, hari ni aku amik cuti nak habiskan study leave ku yang last lepas ni dah tak de terpaksa la guna cuti tahun hu hu hu.

Monday, April 27, 2009

sekali sekala untuk diri apa salahnya

Tajuk tu macam nak sedapkan hatike ke @ minta simpati dari suami he he he, selalu kakak, adik n Danish je sekali sekala mama pun nk jugak betul tak .

Pagi Jumaat tu masa minum pagi berborak dengan exabelle, produk apa yang elok untuk muka aku yg telah di tumbuhi pimple yg makin menjadi ni, so dia suggest guna produk dr Body Shop, hari Sabtu tu kan pegi PWTC tapi parking kat The Mall so ternampak la kedai Body Shop ni tanpa pikir panjang terus la beli pencuci muka satu set. Hai kopak mama bulan ni nasib baik ada Mr sponsor he he he, tq bang, untuk abang jugakkan.......bini abang jugak cantik bukan orang lain.

ini la dia barangnya

Hari Jumaat lepas aku tidak ketinggalan untuk menyerbu Ariani yang baru dibuka di Bandar Baru Bangi, ingatkan nak survey je ermmm haram sangkut jugak selai, nasib baik baru amik selai kat De Zahra, kalo tidak sendiri mau pikir la..


Buku yang sempat di beli & aksi danish di PWTC

Ini je la buku yang sempat dibeli dekat PWTC aritu

tengok lak aksi danish ni, orang tengah mabuk nak jalan

video


video

Pesta Buku Antarabangsa

Sabtu lepas aku telah melapangkan diri bersama suami dan anak2 utk ke PWTC, pukul 11 da sampai kat sana, tapi kitorang parking kat the mall, sebab dah tau PWTC mesti penuh punya la. Dalam kepala dah set nk pergi gerai PTS, Alaf 21, gerai buku untuk budak2, dan nak jenguk la gerai buku yang jual buku2 akademik, tetapi bila sampai sana aku singgah satu gerai je iaitu gerai buku kanak2 je sebab dekat sana sesak gila, kesian kat anak2 aku, lepas beli buku diorang terus belah. Tak sanggup nak harungi lautan manusia kat situ.
muka happy ni kakak cover senyum sbb tak de gigi kat depan he he he

inila satu2nya gerai yang sempat kitorang singgah

tengok la ramai sangat, ada yang sengal pandang2 kitorang sbb bawak anak, eh hello aku tak mintak korang bawak anak aku, aku pun tak mintak korang bayar parking nak pandang2 pulak mcm bagus sangat

tengokla muka adik da lemau masa tu

ini gambar masa kitorang dah keluar pwtc tengokla ramai yang berpusu2 menuju ke sana masa tu pukul 1 pm

Sunday, April 26, 2009

He he he seronoknya..........

Seronok sebab baru beli laptop baru dan sekarang ni tengah tulis blog untuk kali pertama dekat laptop baru he he he. Hari Jumaat lepas telah pergi ke Mid valley ke kedai ini
untuk membeli laptop ini model paling latest cs 26 g tengok kat internet ramai kata model ni klone apple
dan telah memilih warna ini

dah puas hati balik le apalagi he he he x sabar nak godek, ni pun kitorg x khatam lagi
yg laptop lama tu nak hantar repair sebab selalu hang. tak nak citer lebih2 nanti org cakap aku riak lak so sampai disini sahaja, jumpa next blog

Friday, April 24, 2009

Go Danish Go Danish go

tengokla video anak bujang aku ni baru nak jalan tapi masih takut2 lagi
video

Al Fatihah

Tepat pukul 12 malam reminder di hp aku berbunyi, aku sudah tahu, sebab tarikh 24/4 aku tak pernah dan tak akan aku lupakan. Genap 3 tahun arwah Muhammad pergi meninggalkan kami tanpa tawa @ tangisan apalagi senyuman. Arwah pergi ketika aku mengandungkan dia 7 bulan, betul2 genap 2 minggu selepas arwah ibu mertua ku pergi. Aku tidak dapat menatap wajah arwah buat sekelian kalinya, sebab aku pengsan setelah melahirkan arwah, hampir untuk pegang wajah dia tapi pandangan ku kabur, sehingga la aku tersedar jam dah pukul 6 petang. Bila buka mata hanya ibubapa ku yang kelihatan. Arwah pun telah selamat dikebumikan. Sorry tak dapat teruskan entry ini, airmata aku tak putus2 mengalir, nasib baik bos ada, dapat control sikit. Al Fatihah...........

Thursday, April 23, 2009

Adegan Malu Di pagi hari

Awal2 pagi tadi dalam pukul 8.30 pagi tadi aku pergi admin untuk submit borang-borang yang urgent. Pastu pergi la photostat jap. Dekat photostat kat admin tu sunyi sepi ye la nama pun awal pagi. Tengah aku syok2 photostat, tiba-tiba dengar org bercakap betul2 tepi aku " banyak lagi ke" aku terkejut la tak sampai berapa minit aku tengok kawasan tu lengang tiba2 ada orang, aku pun termelatah " ooo mak ko da siap". aku terus toleh adushhhh rupa2nya Deputy Dean alamak kantoi............. beb, malu siuttttttttttttttttt. Dengan muka yang tebal aku terus aku membawa diri ke bilik ibu zara untuk cover malu. he he he.

Wednesday, April 22, 2009

Penghargaan

Alhamdulillah majlis konvokesyen berakhir dengan selamat dan berjalan lancar. Perancangan yang dibuat dua bulan sebelum majlis amat berbaloi. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini. Merci beaucoup.

From: Prof. Eng. Dr. Ishkandar [mailto:ishkandar@mfi.unikl.edu.my]
Sent: Wednesday, April 15, 2009 3:49 PM
To: Assoc. Prof. Dr Jamel Othman; Kamaruzzaman Ismail
Cc: 'Abdul Hakim Juri - Prof. Dato' Dr.'
Subject: FW: UniKL MFI Pre France Programme Convocation Ceremony 2009

I would like to wish your team in FCP for the job well done recently during our Pre-France convocation and their departure that night. It was well organized. Please convey my congratulations to all your team.

Thanks and Best Regards.

Ishkandar.

Bon Voyage & Bienvenue

I will miss you guys, dari kiri syed, che nurhafizi, ikhwan, murshid n me

tengah dengar taklimat dari pegawai MARA

banner yang dibuat khas untuk mereka yang pergi, banner ni juga buat junior diorg berkobar-kobar untuk menempatkan diri mereka bersama senior mereka tahun depan


Dean pun tak ketinggalan untuk bergambar bersama anak saudara dia yang akan fly juga malam tu
saat-saat untuk tinggalkan ibu bapa dan sanak saudara untuk berjuang selama 4 tahun disana, bon voyage Malaysia, bienvenue France, good luck to all of you

Insiden yang tidak diingini

Semasa aku sibuk berkemas untuk balik dari majlis konvokesyen aku lihat kereta aku mcm lain je naper ek, rupa-rupanya tayar kereta aku bocor aduhai, nasib baik la budak2 committee tak balik lagi, diorang la yang tolong aku yang sememangnya zero dan kayu bab2 tukar tayar kereta ni. thank you Ashraf, Syahir, Zainur, Ali Hasan dan yang lain, sampai ada yg bukak kemeja la. Itu la kan kita ni kena baik dengan orang, jangan sombong-sombong, antara hikmahnya ini la he he he.

Hari Yang Dinanti-nantikan part 2

siapa tak bangga bila berada di atas pentas apa lagi yang menyampaikan ayah sendiri

setelah berhempas pulas selama 20 bulan berbelit lidah utk bercakap bahasa Perancis akhirnya Ahmad Zaki Omar berjaya menjadi pelajar cemerlang pada tahun ini. Result dia ni memang consistent tak pernah jatuh.

tidak ketinggalan juga Lecturer dapat souvenir dari pelajar


berita dari suratkhabar KOSMO

Hari Yang Dinanti-nantikan

13 April 2009 yang lepas telah berlangsung majlis Konvokesyen untuk pelajar PreFrance badge ke 6. Pada hari tersebut seramai 56 orang menerima sijil setelah 20 bulan berada di UNIKL MFI. Daripada 56 pelajar, 7 orang adalah dari bekas pelajar diploma MFI, mereka dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah ke luar negara dan mengikuti program persediaan ke Perancis selama 4 bulan. Pelajar2 ini telah dibahagi ke 4 universiti di sana iaitu 14 orang akan ke NICE R&T, 14 orang ke NICE GEII, 14 orang ke AIX dan 14 orang lagi ke TOULON.

committee tengah standby untuk memberi sijil

scroll yang telah disusun mengikut universti

sebelah kiri trophy untuk best student dan seblah kanan souvenir untuk dato' President

antara yang menerima sijil pada pagi tersebut

sebahagian daripada ibubapa yang hadir untuk menyaksikan anak mereka menerima sijil

3 Hari Menjelang Convocation Pre France part 2

Bos tengah final check


door gift utk student yg akan fly ke France, dalam tu ada tshirt(mula2 plan nk bg souvenir lain dek kerana aku kena demam denggi dan mc selama 2 minggu bos terus order tshirt je, bos takut x sempat)

ini la dewan Rafflesia di ESSET

robe yang akan dipakai oleh student seramai 56 orang