Sunday, January 30, 2011

Check in

Hasil pencarian di google kami memilih Hotel Bayview. Not bad hotelnya, kami memilih bilik superior double single bed, ingatkan kecik rupa2nya luas cukup la memuatkan kami 5 beranak, tak lama pun 1 malam. Harga pun ok tak la mahal sangat, cuma layanan dari counter tidak memuaskan.


Ok la kan bersih tu yang penting...........

have a nice weekend.............



Saturday, January 29, 2011

Masa Kualiti bersama keluarga

Last week minggu sakit, tak dapat nak entertain anak-anak dan suami, terbaring 24 jam, bila cuba nak gerak dah gelap satu dunia. Weekend ni memang hari yang ditunggu-tunggu, akan tetapi en suami ada kerja lak kat Melaka, entah camna dia ajak semua. Yippiiiiiiii ke Melaka lagi, terus google hotel mana yang berkenan.

Jadi semalam balik kerja terus membasuh apa yang patut, melipat apa yang patut, anak2 semua kena paksa siapkan homework. Ingatkan nak bangun awal sekali terlajak pukul 8.30 baru terpisat-pisat ye la siapkan packing semua pukul 1 pagi. Plan nak gerak pukul 9 pagi ditunda 1/2 jam lewat jadi sarapan je la roti dan air kotak dalam kereta.

Sampai-sampai je terus check in lepas tu cari kedai makan utk lunch, kedai yang famous asam pedas(gerai 35) tu baru nak bukak, jd cari kedai lain ternampak kedai asam pedas selera kampung nampak menarik cari parking terus pergi situ.

Memang kena dengan nama kedai selera kampung, masuk je kedai ni rambang mata ada udang goreng, asam pedas off course la main menu kan, ulam2an with sambal belacan, cencaluk kalo tak de ni bukan org melaka la, masak lemak ketam, udang galah, masak lemak daging salai dan macam2 lagi la, meriah betul kecur ayaq liur. Jom kita layan gambar2 ni dulu

Alhamdulillah perjalanan lancar pukul 11 sampai bandar Ayer Keroh

manja2 dgn papa

ulam2an dgn sambal belacan n kerabu mangga
kasi close up sikit

grrrrrrrrrrrrrrr

kami pilih ikan tenggiri tapi asam pedas dia kureng sikit la

masak lemak ketam

udang goreng

fuh sedapnya danish makan ayam goreng

owh terlupa amik kuah

Petang ni nak naik cruise hopefully cuaca ok


ermm sakit lagi


Salam semua hope semua pembaca blog ini sihat2 belaka ye. Ingat tak last year hujung bulan 12 saya sakit ingatkan itu la penutupnya, rupa2nya utk tahun baru 2011 ni tak sihat lagi. 22 January yg lepas saya dimasukkan wad disebabkan acute migrain. Migrain pun kena masuk wad kan, Dr pakar cakap saya dah immune dgn ubat migrain kena jab pun still tak hilang migrain, jd dgn paksa rela terpaksa la bwk diri ke hospital, mula2 dah happy wad penuh mmg bersyukur sangat tetapi sekejap je nurse bagitau pukul 4 petang kosong hrmm tak dapat elak masuk je la, kang kat rumah pengsan ke pitam ke tak pasal2 kan.

Dr nak pantau my migrain, jd Dr bagi ubat yg high dose, if saya response dengan ubat tu maknanya migrain la if tak response something wrong with my brain, scary ok, terus ingat ada ketumbuhan la, cancer dan macam2 lagi la. Alhamdulillah syukur saya response dengan ubat yang diberi jd Dr kategorikan migrain ni acute migrain maknanya migrain yang saya alami ni kena prevent bukan boleh dirawat lagi. Dr bekalkan ubat selama sebulan, hopefully migrain ni akan hilang dan tak datang lagi.

Apa rasa migrain owh bila dia attack fuh rasa nak hantuk kepala ni kat dinding, masa mula2 jumpa Dr tu dah macam org buta langsung tak boleh nampak cahaya tutup je mata, cakap pun tutup mata.

Kesimpulan yang Dr pakar punca migrain saya ialah STRESS tempat kerja and lifestyle. Memang pun kerja datang satu persatu non stop lepas tu my daughter yang no 2 tu tak dapat satu sekolah dengan kakak dia, then hari2 terpaksa hadapi jammed, hrmm maybe i take too serious all of this tu yang kena migrain tu. U all nak tau sekarang ni saya masak waktu weekend sahaja, weekdays makan luar sbb hari2 balik pukul 7 malam, sampai depan pagar je kepala dah ligat nak buat apa. Bila dah jadi mcmni timbul soalan bila nak jd org KAYA, tak yah kejekan huhuhu berangan lebih.

Alhamdulilllah sekarang saya beransur pulih berkat doa keluarga dan rakan2. Saya juga doakan korang sentiasa sihat ye.


Friday, January 14, 2011

Chocolate

sedapkan coklat ni tapi penghidap migraine mcm saya ni tak boleh makan selalu, dah lama saya tengok restoran chocolate ni tapi tak pernah masuk, lepas berfoto gedik kat centre court OU kitorg terasa lapar n round2 sekitar OU cari tempat. Hari cuti semua tempat makan penuh termasuk la Chocolate ni, tapi dah malas nak round tunggu la kejap, rasa menyirap darah tengok org2 yg pentingkan diri sendiri makanan & minuman dah habis tapi still lagi lepak, nak2 lagi diorg nampak kita tgh cari tempat duduk lagi la diorg duduk ceh tak suka betul la, yes i know korg bayar but cuba la ada sifat keperikemanusiaan sikit ha amik ko, keperikemanusiaan katanya.

Ok back to mood nak makan ni, specialty makanan kat sini of course la berasaskan cokelat dan western, so far so good makanan kat sini especially shepperd pie dia mantop ok. Bebel banyak2 tak gunakan jom berfoto gedik kat restoran ni pulak

superbbbbbbbbbb sedap

chicken herb tak silap aku la kureng (pada tekak kitorg ye) mcm kawan aku ckp tak sampai rasanya hahhaaa


sebab double triple nye sedap kitorg order lagi satu hehehehe

Nak pergi lagi rasanya.......nyum nyum nyum



Berfoto gedik di OU

citer ni masa Christmas biasa la aku ni kan lembap sikit bab2 update ni hehehe, korg layan je la gambar2 kat bawah ni ye

cantikkan deco christmas kat sini rasa mcm kat oversea lak



Thursday, January 13, 2011

Birthday pertama di tahun baru 2011

1 January hadir setiap tahun, dan tarikh itu jugala jatuh tarikh lahir abah. alhamdulillah diusia 66 tahun abah masih sihat, cuma sakit pening orang tua je la, itupun risau jugak, dulu demam boleh lagi bangun, tapi usia makin meningkat ni bila demam sampai tak boleh bangun padahal demam biasa je. Terus terang aku masih belum bersedia untuk kehilangan orang tua ku, itu kalo seboleh2nya ada masa je aku akan jenguk diorang, tak mau ada kesalan dikemudian hari. Arghh citer sedih lak ok2 back to hepi mode.

Mula2 macam tak boleh nak balik sebab sibuk menguruskan hal2 sekolah budak2 ni tapi mcm tak sedap je, jd kemas dan siapkan dulu apa2 yang patut, hari sabtu lepas zohor terus zass balik Klang, singgah kedai kek, then balik rumah. Abah teringin makan kenny rogers jd emak pun dgn besar hati nak belanja, terus ke Tesco Setia Alam beli dan bawak balik rumah. Sebenarnya cucu2 yang teruja nak celebrate, biasa la budak2kan



Semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Wednesday, January 12, 2011

!st day sekolah kebangsaan pulak

Berlainan dengan sekolah pagi , yang ni adik hepi sangattttttttt. tak sabar2 nak pergi, sanggup makan roti je, kitorg tau sebab apa, dia ada member tu yang suka sangat.

harus posing dulu kan, nama pun 1st day, 2nd, 3rd day dah sibuk bila lak nak bergambar

alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar


ha ni baru nak citer hari pertama sekolah agama dania

Ok sebelum terlambat kan baik publish cerita ni kan sebelum msk bulan baru. eh korang nak tau sangat berbeza ye antara hari pertama kakak dengan adik bila msk tahun 1, yang kakak hepi sangat2 sampai tak bagi kitorang tunggu diorang, yang adik pulak x reti nak describe nnt korg tengok gambar ye, kesian sangat, aku terpaksa tahan airmata dari berguguran, sekolah kebangsaan tak jadi masalah, yang masalahnya sekolah agama, ye lakan sekolah kebangsaan kat jalan dua, sekolah agama kat jln 3, maknanya tak de kawan la kan, kitorg pun silap tak pe la at least dia akan dapat kawan baru. korang nak tau lepas hantar kakak terus hantar adik, tak dapat lama2 dengan kakak, say sorry to her tapi ayat biasa dari kakak yg sangat berani dan confident ni "tak pe mama, kakak boleh, kakak tau kelas kakak kat mana" hrmm kesian gak haishh macam2 emosi di hari pertama tu. Dengan berat hati tinggalkan kakak, then hantar adik, aku dah perasan dengan riak muka adik, mula2 tak nak tegur tp kesian kat dia tanya jugak dia jawab "adik penatla" dgn nada tersekat-sekat aiyooo, berkali-kali dia cakap mcm tu dan bermacam-macam pujukan diberi, akhirnya sampai sekolah agama, turun dari kereta dek kerana nervous + takut adik termuntah-muntah, apa perasaan korang masa tu kan, nasib baik tak kena baju dgn tudung. Bawak jugak dia perlahan-lahan masuk sekolah, masa ni da tersedu-sedu, airmata jangan cakap la. Antara dialog2 yang keluar dari mulut dia "adik nak balik", "adik penat mama", "hari ni je mama, esok adik datang balik", "tolong adik mama", aku peluk dia lama2 dari luar sampai masuk dalam aku pujuk dia, last2 aku pujuk dia "nnt mama belikan jam barbie", yes berjaya tapi dengan syarat aku kena duduk luar, mcm biasa aku ye kan je. Hai adik2 mcm la mama papa nak hantar ke medan perang. Tapi sebaliknya sekolah petang dia sangat teruja dan tak sabar2 nak pergi. Rasanya semua sekolah kena buat hari suai kenal dulukan baru la budak2 tak takut.
masih steady lagi ni


hrmm dari baby sampai la ni airmata tak dapat dipisahkan, apa2pun mama tetap sayang korang tau