Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Salam semua pembaca.

Ramai yang blogkan, tweet, fb and instagram tarikh hari ni kan, aku pun tak mau kalah jugak hhahahaah, apa yang menarik dgn tarikh 12.12.12 sapa yang dah tau bersalin cara operate mesti pilih tarikh hari ni kan,dan dengar berita pagi tadi peningkatan  org daftar kahwin dekat JPN meningkat hari ni fuh bestnya . Bagi aku biasa je just for date je kan, makin tambah hari makin tua la kita dan cepatnya masa berlalu dan terfikir dah cukup ke iman dan ilmu di dada, semoga kita diberi peluang untuk meng'emaskinikan diri kita, keluarga dan kerja kita. Gambar kat bawah aku ambil dari facebook muslim kids genius just nak share dengan korang semua. So happy 12.12.12 uolls.

Friday, December 7, 2012

Saya Suka Makan....

Minggu ni sunyi anak2 telah balik kampung, bila tinggal berdua melayan perasaan masing2 je la, macam aku lebih senang layan novel tapi pukul 10 confirm terpacak depan tv nak tgk adam dan hawa hehehee, lepas tu sambung balik novel, masak hrmm tak kut tinggal berdua je kang x habis membazir je. 

berbalik pada tajuk hahahha selain membaca novel aku suka makan tak kisah la murah ke mahal asalkan makanan tu tak buat aku muntah bak kata laki aku sejak dia kawin dengan aku tak de satu makanan pun yang aku tak suka, buat apa nak cerewet2 kan janji halal dan kenyang.

So muak la korang tengok gambar2 kat bawah, warning sapa yang tengah lapar dilarang untuk tengok ye


 ikan goreng, cencaru masak lemak & udang goreng kunyit
 masak lemak kubis dan ikan cencaru sumbat
 nasi goreng, ikan bilis & soda laici


 pappa rich
 carl's junior


 madam kwan's



 itu je memang confirmkan saya suka makan hehehehe


Thursday, December 6, 2012

Merah Dan Hitam

Tengah bersemangat dan ada masa ni mari la kita berblog ye nanti bila cik M tu datang tak dapat nak tolong. Masih kisah hari Sabtu yang lepas kali ni pasal warna pulak, masa mula sampai dah habis makan tak perasan tapi bila nak balik dan gambar2 tiba baru perasan aku, SIL and my hubby berbaju hitam dan merah, memang tak plan pun, tiba2 rasa macam cantik je hahahaha gediks and hover ok.


dan baru perasan jugak belon kat belakang tu pun sama ada warna merah


Wednesday, December 5, 2012

Percaya @ Tidak

Salam semua,

Just nak share something, last Saturday kan pergi celebrated birthday kakak, ok sebelum tu nak bagitau laki ku adalah seorang yang simple kalau hendak ke mana-mana tetapi if dia rasa hari tu sangat special dia akan smart from hair to toe hehehehe. Pagi tu dia sibuk mencari kasut yang sesuai utk disesuaikan dengan baju dan seluar yang dipakai hari tu entah macamana dia teringat kasut HANTARAN yup kasut HANTARAN 10 tahun yang lepas ha kelas ko jah kasut tu dah berumur 10 tahun sebaya dengan anak ko kan baru teringat nak pakai, aku macam musykil elok lagi ke kang pakai2 tertanggal tapak tak ke naya. Tapi jah percaya la kasut tu masih 100% in good condition rasanya company hush puppies mesti berbangga bila tau kasut tu masih wujud lagi hahahha. Yok tengok gambar kasut itu

believe it or not





ok tu jek nak share..

Tuesday, December 4, 2012

TGIF dan Celebrated Birthday

Sebelum mood hilang ke laut mari la kita memblogkan cerita ni. Last week plan dgn SIL untuk celebrated birthday kakak, kitorang punya planned nak surprised kan kakak. Jadi tugas membawa kek diberi kat my SIL untuk handled.

Pukul 9.30 kitorang bertolak ke Mid Valley, sampai sana dlm pukul 10, baru pukul 10 dah ramai umat kat sana. lepas tu aku pelik kejap2 aku nampak orang mengandung lalu kang selisih lagi sekali orang mengandung lagi hahaha rupa2nya ada pameran utk org pregnant dan baby kat atas no wonder la hahahaha.

Dalam 12.30 kitorg terus ke TGIF, my SIL pun dah sampai dan kebetulan our cousin pun joint lagi la bertambah meriah, kitorang terus order dan makan, mingle2 complete dan agenda seterusnya hehehe akak lak yang nervous muahahahah gediks ok.

 Birthday girl tak reti nak senyum betul2

kakak and adik
mama n papa
 
 mamat ipad ini je la cara untuk dia duduk setempat kalo tidak mau dia dah masuk garden agaknya





ini saja jalan2 kat garden sebelum pergi TGIF so amik kesempatan bergambar2

 my niece bdk2 sekarangkan ipad tak lepas dari tangan masing2

 appetizer hahaha gambar akan tunggang langgang just layan je la ye

 birthday girl dgn burgernya memang favourite dia bila ke sini

 adik with sphagetti

 mine huhu sirloin steak aku rasa aku order well done tapi dia hantar rare pulak tak pe la janji boleh telan

 nampak tak chicken sizzling tu sedap to my hubby punya

 my SIL pelakon utama surprise party

 our cousin with her kids

 tension je waitress ni dia suruh macam2 tapi birthday girl tak nak malu hahahaha,

 mata dia berkaca-kaca masa ni, speechless kut hehehe

 dan ini la masanya happy birthday kakak, we love u so much

Habis la cerita birthday ni ok nanti kita citer yang lain2 pulak ye, bye




Monday, December 3, 2012

Coconut Shake Klebang

Yeay kami da sampai kat sini, perjalanan yang tidak dirancang ni berlaku Sabtu 2 minggu yang lepas. Asalnya nak pergi makan kat asam pedas kg Jijan, tapi bila nak otw tu tengok hiway clear terus spontan jom kita ke Melaka  husband terus uturn masuk hiway dan ke Melaka la kami tapi kitorg tertipu bila sampai Seremban kereta banyak dan mula jammed sampai Melaka dekat pukul 3.30 patutnya 2.45 sampai dan macam biasa Melaka kalo weekend @ cuti sekolah sesak la.

First tempat kitorang terjah kedai no 35 belakang mahkota parade, kalo kitorang ke Melaka memang kedai ni la kitorg pergi x de nye ke tempat lain. Akibat perut dah menggigil tak de la gambar yang diambil kerana asyik melayan perut yang menjerit-jerit minta diisi hehehe.

Lepas tu round2 je kat Bandar Hilir tak turun pun sebab hujan turun non stop. Dah agak2 makanan tadi turun kitorg terus ke next station mencari misi untuk merasa coconut shake, mula-mula ingat lokasinya dekat betul tepi pantai rupa2nya bukan. kelam kabut amik ipad search kat google, lokasi sebenar sebelah Caltex, diorang separate kan yg nak bungkus kat sebelah depan, yang sapa nak makan n minum masuk ke dalam lagi.




memang terbaik sedap gila tapi kalo cuaca panas memang sedap la layan coconut shake ni tapi kalo sejuk2 ni layan mcm tu je, nasi lemak memang terbaik, karipap tu biasa je, harga tak ingat tapi ok la not bad.

Misi untuk makan coconut shake telah berjaya, ingat nak singgah pantai klebang tapi hujan masih tak berhenti lagi jadi kitorang pun balik dengan senyuman, sampai rumah ngam2 Maghrib.


Saturday, December 1, 2012

Irdina Farisya=1 Dec=10 tahun

Ya Allah anak sulungku telah berusia 10 tahun hari ini, begitu cepat masa berlalu, semoga amanah yang diberi ini akan ku pelihara hingga ke akhir hayatku. Apa yang boleh describe tentang Eisya ni ialah

1. keras hati
2. cepat tangkap/cepat faham 
3. rajin ke hmmm ok ok je la da pitching mak dia naik baru jalan hehehehe
4. tak boleh berjanji dengan dia kalau berjanji la alamat dia akan berzikiri kat telinga kita setiap minit 
5. sangat2 fussy dengan makanan sanggup makan nasi putih semata kalo lauk pauk tak mencapai tahap piawaian tekak dia dan benci sayur kecuali kangkung.
6. food kegemaran western/pasta

Happy birthday kakak semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi contoh yang baik dekat adik2 ye. love you so much.