Wednesday, February 27, 2013

Perginya Ummi meninggalkan kesan yang amat mendalam


arwah Ummi 2 dari kanan,



Assalamualaikum semua, saya doakan semoga pembaca blog ni sihat2 belaka amin...

Tanggal 22 Februari 2013, pukul 1.30pm, kami telah kehilangan sahabat atau lebih dikenali sebagi ummi dikalangan kami semua. Arwah pergi mengejutkan kami semua, kami dpt whatsapp di subuh hari mengatakan arwah kena heart attack dan berada di ICU KPJ Kajang. Kelu dan mula resah dihati, bila sampai office ckp dengan kawan2 tengahari waktu lunch nak pergi melawat tapi dalam pukul 11 pagi dapat perkhabaran arwah dah nazak, anak arwah merupakan pelajar di tempat saya bekerja ni sms mengatakan ummi tinggal 10%, Allahuakbar menitis-nitis airmata ketika dpt perkhabaran itu. Pukul 12 tengahari kami semua bergerak ke KPJ, Allah permudahkan perjalanan kami tak ada jammed dan senang mendapat parking. Sampai di sana ramai rakan2 sekerja telah menanti di depan pintu ICU yang mana ketika itu menanti giliran untuk menatap arwah untuk kali terakhir. Saya dapat mencium dan menatap arwah sepuas-puasnya buat kali terakhir. Dalam pukul 1 lebih Dr memanggil suami arwah untuk memberitahu arwah tidak dapat diselamatkan. Innalillahiwainnahirojiun, ummi pergi buat selama-selamanya meninggalkan suami, anak-anak seramai 5 orang dan kami semua.

Ummi yang saya kenal selama 8 tahun bekerja ini adalah sangat2 tegas dan ikhlas membuat sesuatu pekerjaan dan selalu bersedekah, kalau arwah ada jual apa2 barang arwah selalu bagi discount tidak pernah menjual barang2 tu mengikut harga di katalog, kalau ada buat makan2 walaupun kami dah berpisah department arwah mesti bawa makanan untuk jamuan kami..Terlalu banyak kenangan arwah bersama kami tak tertype dibuatnya. Dengan izin Allah beri saya peluang untuk berjumpa dengan arwah di minggu terakhir arwah, arwah sempat beri pesanan dekat saya dialog nye macam ni la lebih kurang "lin saya nak pesan dgn kamu ni, saya tengok kat FB selalu goreng kangkung, kalau nak goreng kangkung atau sayur2 lain rendamkan dulu dengan air garam selama 20 minit bagi ulat2 keluar, sebab saya ada terbaca dr Filipina terjumpa lintah2 dalam perut patient bila dikaji orang tu makan kangkung tu tak basuh bersih". Ye Ummi saya akan ingat pesanan Ummi tu sampai bila-bila.

Saya dah tak boleh type airmata dah meleleh ni sampai hari ini masih ada yang sudi memberi wang sumbangan kepada arwah, memang murah rezeki arwah,  ramai orang datang menziarah arwah dari rumah sampai ke liang lahad, bertuahnya Ummi.Saya akan rindu ciuman dan hug dari Ummi.....

Ummi semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.



Friday, February 15, 2013

Department lunch

Assalamualaikum,

Ok tengah rajin nak meng update blog ni so kita teruskan cerita department lunch. Department lunch ni memang la acara tahunan kitorang memang kumpul duit setiap bulan lepas tu hujung tahun decide g makan kat hotel ok tak mo g restoran2 biasa hahahhahaa gila berlagak, selalunya Equatorial hotel la pilihan kami sebab dekat dan food dia variety. Jom la layan gambar makan ye.

kalau artis memang la mcm ni takkan pandang camera punya

us

lagi sorang artis yang kat tengah tu

eh kenapa korang je ek

dan lagi

nasib ada satu hehehehe

lasagna sedap, yg olio spiral ni biasa je, yg lg satu tu itik panggang oh tak lalu nak telan

salad and  soup

campur2

desert yang superb
itu je yang sempat jamah abc, ice cream dah tak boleh nak masuk. itu je entry kali ini, ok bye see you next entry.


15 February

Assalamualaikum,

Apa ada pada tarikh 15 February ni ye, hehehehe ini la tarikh keramat kami suami isteri disatukan. Ya Allah bersyukur kepadaMu kerana masih mengizinkan kami hidup suami isteri, semoga hubungan kami ini diberkati olehMu hingga ke akhir hayat kami. Sedar tak sedar telah 11 tahun kami bergelar suami isteri, pelbagai rintangan yang kami hadapi but Alhamdulillah kami dapat atasi dengan baiknya. Yang bestnya tarikh 15/2/2013 adalah sama dengan tarikh 11 tahun yang lepas 15/2/2002 betul-betul lepas menyambut tahun Baru Cina. Kepada semua pembaca blog ini mendoakan kebahagian kami sekeluarga  dunia akhirat amin...

happy 11th anniversary abang, love you so much

Thursday, February 14, 2013

Nasi Ayam Yunnan, HOMST & Kenny Rogers

Assalamualaikum, kembali bersiaran huhuhu, biasala kan gambar berlambak dalam phone tapi bila cik M datang jadi tertangguh la.

Bila tengok tajuk tu pun dah fahamkan saya nak ajak uolls tempat-tempat makan yang menarik, kenny rogers tu semua dah biasakan x pe la kita selitkan je la buat penyeri hahahhaha.

Sebenarnya saya nak pergi makan kat Melaka Kitchen untuk lunch tapi tempat tu dah la kecil lepas tu penuh jadi macam malas nak tunggu tengok kedai sebelah ada kedai makan nasi ayam Yunnan, belasah je la malas nak ke tempat lain dah la panaskan. Not bad rasanya ok la special nye kat kedai ni nasi ayam dia bukan hidang dengan ayam dan salad je kita boleh request tofu @ kailan dan paling special ada nasi ayam raja bezanya dengan yang biasa adalah portion ayam tu quarter tu je heheehe.

yang ni biasa punya

ha ni la nasi ayam Raja

hiasan dalaman bersih

Nasi Ayam Yunnan

lagi hiasan dalaman

tu antara menu yang ada di kedai ni.

Kita tinggal nasi ayam next kita g makan kedai chinese muslim HOMST yang terletak di Warta, Makanan kat sini pun terbaik, butter prawn, chicken sweet sour memang la sedap.... Masa pegi sini hujan memang tengah lebat fuh lagi la nikmat makan nasi panas2 kan. Harga not bad ok la standard makan macam ni je dalam RM50-60.

slurppppp terbaik ribena laici

lime asam boi tak silap pun sedap

chicken black pepper

chicken sweet sour

butter prawn

Fuh lapar balik tengok gambar, tu sebab malas nak buat entry makan kang menyeksa mata dgn perut je hehehehe. Ok yang last ni saja-saja pergi Mines tak ingat cari apa, lepas tu lapar decide pergi makan Kenny rogers dah lama rasanya tak pergi sini. Anak-anak pun happy, tapi yang tak bestnye lambattttttttttt nak tunggu ayam datang mungkin diorang tersilap budget panggang ayam sikit kut, sebagai tanda maaf diorang bagi kitorang mushroom soup, agaknya dia tengok anak2 kitorang mengeluh lapar-lapar hrmm terus manager diorg suruh hantar mushroom soup tu huhuhu.

quarter black pepper forever love it

anak2 yang happy dapat makan

yang tengah ni memang mood happy maklum la pencinta cheese, kalau den la da kombang2 tokak ni ha

tak pernah rasa kekurangan sama je rasanya

sambil makan sambil check email
ok tu je la buat masa ni kalau rajin kitewwwww update ek hehehhe, ok bye



Friday, February 1, 2013

Kemaruk Instaweather & Instaplace

Assalamualaikum semua,

Saja nak tunjuk kejakunan diri ni dengan apps yang sekarang tengah in bukan bloggers jek artis2 pun sama  denagn 2 apps ni hehehehe jom tengok gambar2 kekadang nama tempat yang keluar tak sama itu yang best hehehehe







see semuanya ku upload dalm ig, k tu je nak citer bye