Monday, April 11, 2011

Sehari di mid valley

Bila kita dah ada anak-anak mesti kita sibuk dengan diorang kan, masa bersama pasangan masing-masing sangat terhad betul tak. Kadang-kadang kita kena pandai untuk agihkan masa. Oleh kerana sudah lama tak berdua-duaan kami decide untuk apply cuti, jadi ke Midvalley la sebab memang nak berbelanja barang-barang dapur, wah sampai ke mid valley ko cari barang-barang dapur ek huhuhu, tak la bukan camtu kebetulan hari tu ada members day kat JJ Midvalley jadi alang-alang beli la barang kat sana, lagi pun dapat point manyak untung meh.

Se awal pukul 11 da sampai MV , perkara pertama isi perut, aku ni kan suka baca blog dari blog la aku tau makanan kat mana best huhuhu jadi kali ni aku cadang makan kat Belanga, kebanyakkan kata nasi kerabu dia sedap so cuba la

resultnya memang lazat sangat, daging dia perghh lembut nasi n ulam serta sambal bila digaulkan bersama wa cakap lu la memang sedappppppppp

ini la barang-barang yang diborong

dah penat beli barang lepaskan penat di kedai donut ni, tiba-tiba teringat blog yang menceritakan pasal pan cake durian ni, lalu pegi la membeli ater dekat je dgn kedai donut ni, ingatkan pan cake ni letak perasa durian je rupa-rupanya isi durian yg original beb, fuh puas betul la memang berbaloi la, Jadi bila ke MV memang wajib beli la, i likeeeeeeeeeeee

Jadi hari tu dapat dating n makan huhuhu.


Durian datang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Fuh cerita bab durian ni kan memang la sangat mengujakan, hari-hari berzikir kat telinga laki, nak durian nak durian nak duriang huhuhu kalau berzikir betul dapat pahala kan, Dek kerana dah tak tahan dengar zikir dari mulut bini yang seksi ni hahahaha seksi katanya dia pun belikan la, ye la untuk sapa untuk bini n anak-anak dia jugakkan.

Tempat biasa kat jalan nak ke bukit unggul tu la, tapi kali ni tak merasa musang king, dapat rasa udang merah n apa entah lagi nama tapi mmg serius sedap meh. Aku type ni pun dah meleleh balik huhuhu

hermmmm meleleh airi liur nih



Danish in action with red velvet

Korang tengok la anak bujang ku, dia sorang je rasanya 5-6 cup cake di rembatnya



lambat tapi masih segar

15 february 2011 genap 9 tahun usia perkahwinan kami, sekejap masa berlalu anak-anak pun dah ada 4 sorang simpan untuk bekal di akhirat. Yang sulung darjah 3, yang tengah darjah 1, yang si bongsu nak masuk 4, hrmmm cukup la kut buat masa ini hehehhee.

9 tahun bersama pelbagai dugaan yang kami hadapi lebih-lebih lagi sekarang anak-anak sudah meningkat usia yang perlukan tumpuan yang lebih. Alhamdulillah kami masih boleh mengatasi lagi. Bertolak ansur, percaya adalah senjata utama dalam hidup berumah tangga. Syukur kepada Allah kerana memberi kan aku suami yang sangat memahami dan sangat sporting. Kalau aku sakit dia la pengubatnya, ubat doktor pun kalah la, seboleh-bolehnya dia akan suruh rehat hingga betul-betul sihat, sangat kagum dengan kesabaran dia menjaga aku dan anak-anak.

Semoga rumahtangga kami dan kasih sayang kami kekal hingga ke akhir hayat, insyaallah, amin...

celebrate di sini

red velvet yang marvelous

hadiah kasih sayang kami, lupakan harga demi org tersayang


Pecinta buku

Siapa ek pencinta buku ni tentula anak-anak kami, ikut sapa ek of course omak eh, sebab aku memang suka baca buku, masa zaman aku dulu mana la ada kedai buku mcm sekarang ni, pegi la perpustakaan awam, bila dah meningkat dewasa aku lagi berminat membaca novel-novel cinta ahaks tapi bila anak-anak dah bersekolah ni dah jarang beli, sekarang sifat aku yang suka baca buku dah tumpah kepada anak-anakku. Yang kakak suka baca buku bersiri dan komik now dia tengah kumpul wimpy kids diary, yang adik more to malay book especially keluaran PTS publisher dan majalah upin ipin, ana muslim. Tak kisah la kan asal diorang suka membaca.

Seronok tengok diorg suka baca buku, aku selalu cakap banyak membaca luas pengetahuan sikit sebanyak dapat bantu diorang dalam pembelajaran. Tapi nak beli buku tiap2 minggu tak de la kan at least sebulan sekali, kitorang cakap dengan diorang kami akan beli kan diorg satu buku seorang tapi kalau diorang nak beli lebih diorang kena kumpul duit huhuhu for the same time dapat la diorang belajar untuk berjimat belanja tak de la abiskan duit belanja yang kitorang bagi hari-hari kan.

ini la hasil sebulan sekali aku rasa worth it dari beli permainan, ni my opinion ye

lepak jap melepaskan lelah see tak sabar-sabar nak baca buku kan itu la anak-anak kami

Tak sabar nak tunggu weekend ni misi mencari buku-buku lagi



Lamanya tak update kan

salam semua, smg semua pembaca dan sesiapa yg melayari blog yg tak seberapa ni sihat-sihat belaka ye. Yup memang sudah lama tak ber blog bukan x de idea, bukan x de aktiviti, tetapi ni semua gara-gara kerja yg menimbun bagai gunung dgn auditnya, result student lagi dan sekarang tgh sibuk dgn preparation convo yg bakal berlansung minggu depan. Ni pun curi masa rehat kejap saja release tension, hope korang jangan bosan ek hehehehe. Kisah trip ke Melaka tu rasanya setakat tu je kut, sbb bukan rezeki kitorg nak berjalan masa tu sebabnya hujan sepanjang 2 hari kami di sana.

tapi kan tapi kan heheehee, aku dapat hadiah istimewa tau kat sana kiranya hadiah advance anniversary huhuhu tq yang, love you so much.

nnt kalau dapat update aku akan update ye, kalo x de tu paham2 je la memang busy la jawabnya