Monday, December 27, 2010

Persiapan menjelang sesi persekolahan 2011

Salam untuk semua pembaca,

Mesti ada yang tersenyum-senyum sekarangkan, maklum la tengah berkira-kira dengan extra fulus yang da dapat tu kan. Bagi yang ada anak yang bersekolah tentu la diagihkan kepada anak2 dan sekolah serta shopping complex yg berhampiran hahahhaa, mcm saya hampir 3 k untuk 2 orang sekolah. bayangkan la ye kalau anak ramai ish ish ish tak nak pikir la kesian kalo diorg tak dapat extra fuluskan.

Kejap je anak2 membesar, sekarang giliran anak saya yg no 2 akan masuk darjah satu tahun depan. Perasaan bercampur gaul bila anak2 nak sekolah ni, masa tadika lain sebab tu basic untuk budak-budak, jadi kita tak kisah sangat asalkan diorg pandai membaca dan mengira. tapi bila dah darjah satu itu adalah permulaan akademik untuk diorang, lagi-lagi zaman sekarang semua pandai-pandai belaka, itu yang buat perasaan berdebar-debar. Hope diorang dapat belajar dengan baik.

Hari tu kitorg pergi Mid Valley untuk shopping barang2 sekolah diorang. fuh ramai betul org masa tu kat JJ rupa2nya ada member sales, berasak-asak org nak beli baju sekolah, nak migrain pun ada, tapi teruskan jugak misi. finally hari tu jugak kitorang dapat cari baju, kain, tudung, scarf, kasut, beg, dan cari baju-baju basahan, cuma alat tulis je tak beli kat situ, kitorang nak cari kat mydin sebab murah hehehee.



try satu persatu, ok je terus masuk bakul

misi mencari beg pulak, melampaukan beg yang beroda tu masa kakak dulu tak sampai seratus pun now rm 119.00 isshhh gila tapi kitorg tak beli pun, beli yg biasa je tu pun 80 lebih.

gegirl n warna pink tak dapat dipisahkan, last2 sorg dapat 2 beg

giliran adik lak nak pakai beg princess, yg kakak beg biasa je sbb sekolah tak benarkan beg kartun2 bg darjah 3 ke atas. tak pe la kakak da puas pakai dua tahun kan.

Wednesday, December 15, 2010

Cuti Sekolah dan Makan2

Kali ni cuti sekolah kebanyakkan aktiviti adalah makan, makan dan makan lagi, amaran sila jauhkan penimbang dari anda huhuhu. Jom check ke mana kitorg pergi makan, tak la tempat mahal2 biasa je.


Johnny's


Yang ni gara2 baca blog VP pasal gerai 'The Grato" terus tak agak2 balik rumah ajak diorang makan kat situ. Gerai ni jual western semua sos adalah di masak sendiri bukan instant ye. Lokasi dekat je Seksyen 3, Bangi Perdana. Tapi memang serius memang sedap, pergi la cuba. Malam tu ramai sangat orang jadi ada byk menu yang kehabisan.



seafood carbonara yang sangat creamy dan yummy saya dan Danish punya

chicken with pasta kakak punya

lamb chop with pasta pun sedap, ni en suami punya

ini adik punya chicken chop memang sedap

ha yg ni mee rebus sebelah gerai the grato pun sangat sedap pedas dan marveles la

RM 7.90

ha yang swedish meatball & chicken carbonara(RM 6.90) ni kitorg laki bini repeat 2 hari selepas itu pun sangat sedap. Kesimpulannya memang sedap tau. Harga not bad serendah RM5


Cuba resipi

lately ni saya sangat suka cuba resipi baru tapi ikut mood la kan huhuhu. Hari tu dekat blog mana entah saya tertarik dengan resipi "nasi ayam chef wan" tengok caranya sangat mudah. Saya pun try la. Alhamdulillah menjadi tp nasi keras sikit kurang air rasanya, x pe still sedap lagi buktinya adik dan anak saya makan bertambah-tambah.

Ini dia hasilnya pakai beras biasa je, malas nak pegi beli basmathi


Breakfast ala2 mat saleh

Boring balik2 mee goreng, kuew teow & nasi goreng, paling tidak pun kedai mamak. Malam minggu yg lepas kitorg pergi beli barang2 dapur kat JJ Seremban 2. Tengah cari2 barang ternampak garlic spread, terus dapat idea untuk breakfast garlic bread with mushroom soup. Jadi hari Ahad tu bangun tidur terus semangat prepare breakfast. Mushroom soup tu beli brand knorr sedap tak masin.

roti yang dibakar bersama garlic spread

ha dgn periuk sekali letak atas meja huhuhu, nuget dan seangkatan dengannya

Simplekan menu breakfast saya.

Monday, December 13, 2010

Jom main masak2

Main masak2 ye, roh rajin memasak telah masuk ke dalam tubuh badan ni, semangat tu datang bila cik abang bakal balik dari outstation, hati berbunga2 riang untuk buat surprise bukan apa nak tunjuk skill yg lama dah terpendam hahahha, bengong betul. ok2 kita balik ke pangkal jalan.

Di pagi yang hening buka peti ais tengok daging korban masih ada lagi jadi otak ni ligat nak masak apa, dan akhirnya nasi daging la jadi pilihan. start kereta pergi pasar cari apa2 yang patut.

Operasi bermula pukul 10 pagi berakhir dengan jayanya pada pukul 1 tengahari, jom la lihat hasil nasi daging yg resipi asalnya di ambil dari salwah cm dekat my resipi.com

sebab aura rajin nye yang lain macam jadi terhasil la ayam masak merah hahahaha

daging yg direbus

hrmm terasa lapar pulak



selamat menjamu selera



JJCM-Mee Udang Mak Jah

Wow penuh entry makan kan, kalo dah ke Ipoh harus kami terjah Kuala Sepetang untuk mamam mee udang yg terbaik, mula2 nak pegi gerai mak teh tetapi ada org ckp sebenarnya gerai Mak Jah lagi sedap. Terus mama yg gila makan ni terus google, dekat gerai Mak Jah ni ada menu lain if korg tak suka mee, nasi goreng pun ada jadi ada kelainan la.

Kalau dari Ipoh nak ke Kuala Sepetang dalam 1 jam je exit tol Changkat Jering dan follow la signboard Kuala Sepetang, Gerai Mak Jah ni dah hujung2 tau korang akan jumpa Mak Teh dulu.

Tapi kan saya lagi selesa dekat Mak Jah sebab pertama orangnye ramah dan tak sombong, kedua, pelbagai menu dan kita boleh request nak pedas ke tak kat Mak Teh dorg bo layan, ketiga sedappppppppppppppppp sangat. Jom mee udang mak jah.