Thursday, February 25, 2010

Percutian ke Bandung Part 3 (rumah mode-heritage)

tak habis lagi hari pertama ni korang layan je la ye

7.00-9.00 pm ke Rumah Mode dan Heritage, tak banyak pilihan, budak2 punya baju pun tak banyak, tapi masa member2 aku pergi diorang kata syok, agaknya ada musim-musim kot.

10.00 pm balik hotel & dinner dekat hotel harga makan murah tapi service charge tinggi 21% beb


layan dulu roti cicah sambal ikan bilis



hentian pertama rumah mode see 1 beg je, musykil2, tak byk pilihan tapi blouse perempuan cantik2 tp kat KL berlambak lebih kurang je regenya

nightlife @ bandung macet sana sini, hon sana sini, mat rempit pun ramai itu la kota Bandung bila malam minggu menjelma, jika nak tenang pergi weekdays je.

next heritage pun 1 beg je semua baju budak2 itupun tak banyak pilihan jugak ke kitorg yg cerewet tp mmg tak berkenan, pergi time tak byk pilihan kot

balik hotel lepak lobby utk amik welcome drink

jus kiwi

tetiba rasa lapar lak terus order sphagetti harganya 12000 rupiah da campur 21% jadi 14520 rupiah tp masih murahkan cuba hotel kat Malaysia tak dapat harga ni

ni pulak rojak tahu sedap lupa lak harga

ermmm ini je

perghh utk hari pertama je 3 entry huhuhu ok next pasar baru lak macam2 ada












Percutian ke Bandung Part 2 (Bandung-hotel)

sambungan hari pertama

4.45 pm naik transport menuju ke hotel Golden Flower untuk check in, jalan macet @ jam suppose sampai around 10 minute je.

5.15 pm sampai hotel check in ada lagi kena tambah duit, rupa2nya bila kita tempah hotel dari air asia go holiday diorang tak amik room service & transport hampehnye air asia, pihak hotel cakap untuk room service kena tambah 200000 rupiah. Bengang betul at least bagi tau la lps tu transportation pun tak include kitorang kena bayar 75000 rupiah argghhhhhhh terus hilang mood nak shopping. moral of story kalau nak tempah hotel booking sendiri je boleh bukak air asia tapi untuk reference je pastu contact sendiri.

5.30 pm naik bilik wahhhhhhhhhhhhh heaven you terubat sikit perasaan macam deluxe room pulak padahal superior je, LCD tv ok, terus rasa malas nak keluar, tapi fikirkan datang jauh2 just lepak dalam hotel rugi pulak. beratus channel pulak disediakan.

6.00 pm cari blue bird(teksi) sebab macet diorang tambah tambang teksi bengong betul, last2 kitorang mintak dia tunggu 4 jam mula2 dia mintak 250000 setelah tawar menawar dapat la kurang 50000 rupiah.




ok dah sampai happy

kat lobby hotel




dekat ruang katil



ni pulak sekitar bathrooom

nak g jalan2 dah ni

Nama hotel ni Grand Flower Hotel, nak ke hotel ni hanya 10 minit from airport dan yang penting cuma 5 minit je nak g Pasar Baru Trade Centre syiokkkkkkkk jalan kaki je tak yah naik teksi tapi nak pergi tempat lain jauh ler kalau weekdays cuma makan masa 10-15min je ke factory outlet tapi weekend hazab sikit 1 hour nak ke hotspot dan ongkosnya pun lebih, saya diberitahu driver hotel tu sekitar 300-500 ribu rupiah kita kena peruntukkan sehari untuk pak supir. Memang pun saya duduk 3 hari kat sana dah kena 330000 rupiah untuk transport je. Ok next entry shopping yang tak berapa shopping huhuhu



Tuesday, February 23, 2010

Percutian ke Bandung Part 1 (Rumah-LCCT)

Lama betul nak update perjalanan ke Bandung ni, sebab utama adalah faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Tempah ticket May tahun lepas, Air Asia ada promosi free seat tu yang terus booking pegi balik untuk 2 orang rm 140 je kebetulan lak tarikh yg dipilih tu betul2 lepas tarikh anniversary kitorang so anggap je la honeymoon yang ke 8.

Oh ye kitorang pergi Bandung last week tak lama 3d2n je. Alhamdulillah penerbangan pada petang itu mengikut waktu yang telah ditetapkan, itu yang kami doakan sebab masa yang ada adalah sangat singkat sebab waktu balik ke KL pukul 6 pagi, jadi kami ada 1.5 hari je di Bandung. Flight QZ 7596 telah menerbangkan kami ke Kota Bandung pada pukul 3.30 petang waktu Malaysia, perjalanan yang hanya memakan masa selama 2 jam sahaja dan kami selamat tiba di lapangan terbang Bandara Hussein Sastranegara pada pukul 4.30 petang.

Ikutila catatan perjalanan yang amat singkat ni, tak de gambar menarik cuma bilik kitorang je yang cantik, yang lain semua tempat shopping nak pergi tangkuban perahu tak sempat pun sebab mengambil masa 2 jam untuk pergi dan balik dari hotel kami.

Hari Pertama

6.30 am Baru packing baju

9.00 am Keluar ke pekan nilai untuk tempah teksi

9.30 am Pergi Giant untuk beli roti, maggie & tuna

10.00 am Cuci kereta sambil tu nak sarapan tapi nampak kedai tu da sediakan lunch terus lunch

11.00 am terus ke dapur untuk masak sambal kering ikan bilis untuk dibawa ke Bandung, sambung packing barang.

11.45 am Mandi dan siap2

12,30 pm Teksi sampai dan bertolak ke LCCT

1.00 pm Check in luggage geram betul baru tau sekarang luggage kena bayar kitorg bwk 2 beg lebih kurang 25kg kena rm 60 ini bukan sebab extra tau yang extra tu bayar lain, diorang kata start 2010 Air Asia dah tak bagi free dah depends berat beg kita, dah kena kuar duit lagi mood hilang.

2.00 pm Tukar duit lagi sbb masa balik luggage tu kena bayar kaunter tu cakap suruh sediakan lagi 120000 rupiah siut betul.

2.20 pm Solat Jamak, takut tak sempat

2.40 pm pergi MC D lepas geram huhuhu

2.50 pm masuk ke tempat menunggu, tak sampai 15 minit baru nak on lappy diorg da announce suruh naik kapal terbang.

3.30pm terbang ke Bandung.

4.30 pm(waktu Bandung) landing timeeeeeeeeeeeeeeeeee


dalam teksi pun sempat hehehe

check in
amik fotogedik di Mc D

area duty free


sabar menunggu dalam hati jangan la delay


yok ke Bandung


Thursday, February 18, 2010

Sekitar hari bahagia

Setelah sesi makan-makan kami bercadang untuk stay dekat hotel untuk 1 night, tanya Istana penuh, cari hotel sekitar kawasan segitiga emas semua penuh maklum la raya cina, last2 kitorang dapat dekat mana tau Dynasty hotel, terus check in kat sana.

ni masih kat Istana hotel lagi hehehe, kitorang pernah stay kat sini tau, masa tu tahun baru tetiba bilik deluxe yg kitorang booking tu penuh last2 pihak hotel upgrade ke Junior Suite dengan bayaran deluxe room fuh rezeki beb.


bilik kitorang ni view klcc syoknyaaaaaaaaaa


Happy 8th anniversary to us

waktu malam

waktu pagi

pstt angka 8 ni ada ong la hahahaha