Thursday, February 26, 2009

Novel baru

Aku adalah peminat setia novel-novel cinta kiranya jiwang-jiwang jugakla he he he antara penulis penulis yang aku minat dan sentiasa menunggu karya terbaru mereka adalah Anis Ayuni, Aisha Sofea dan Norhayati Berahim. Pada hari Selasa lepas aku telah pergi MPH untuk membeli novel baru dari Anis Ayuni yang bertajuk Seribu Kali Sayang, semua karyanya aku telah baca, tetapi selalunya 1 novel boleh habis dalam masa 3 bulan la he he he, mana ada masa beb dengan kerja rumah la, dengan menghadap assignment lagi, dengan karenah anak2. Masa baca novel ni masa nak tidur je tapi baru 2-3 page dah mengantuk tapi at least adalah bahan untuk dibaca boleh la release tension.

The Manhattan Fish Market

Hari Selasa aritu pegi makan dengan hubby kat Alamanda, kitorang teringin makan kat restaurant Manhattan nak makan grilled platter sedap wooo. first kitorang try kat branch di KLCC, pastu macam teringin lagi nak makan, dalam platter tu ada potato chip, fillet fish, prawn, squied garlic rice and oyster memang lazat, cuba la sedap boleh pilih untuk seorang@ 2 orang.


Good Luck to my friends

salam semua,

Pagi ni dua rakan ku pergi interview untuk jawatan Supervisor, so nak wish good luck la ni

Syukur Alhamdulillah

Pada malam rabu yang lepas aku keletihan kerana pada siangnya aku sibuk dengan preparation untuk audit. Tepat pukul 9 malam aku ajak anak-anak untuk tidur. Aku pun tidurkan danish, aku hampir melelapkan mata tetapi teringat baju kakak tak gosok lagi aku takut kalau esok pagi aku takut terlambat bangun maklum badan letih, bila Danish dah tidur aku pun bangkit untuk gosok baju sekolah Irdina. keluar je dari bilik aku terbau benda hangit macam ada benda yang terbakar.

Aku pun turun ke bawah buat spot check, pergi dapur tengok termos, periuk nasi, blender semua ok. pergi ruang tamu cek semua ok je. so aku pun buat conclusion ada orang bakar sampah. aku pun meneruskan kerja untuk menggosok baju, tapi hati aku x sedap dan aku pun tergerak hendak call my hubby(kat sarawak) nak tanya pendapat dia, tapi alangkah terperanjatnya aku bila keluar bilik dekat bawah terang benderang dan asap berkepul-kepul.

Ya allah rumah aku terbakar(masa tu tak tau apa yang terbakar) dengan keadaan panik aku sempat call husband tanya apa yang perlu aku buat apa, api makin semarak rupa-rupanya kipas angin lama arwah mak mertua aku terbakar, satu-satu jatuh atas karpet masa tu aku baru teringat untuk ambil air nasib baik switch board utama dah tendang automatik kalau tidak TV dan plug-pug yang berhampiran pun habis terbakar. Setelah 3 baldi air disimbah api pun terpadam, tinggal asap je aku pun bukak pintu and kipas untuk hilangkan asap. Menggigil kepala lutut aku.

Aku duduk sekejap bertafakur cuba bayangkan aku terus tidur Mashaallah, syukur kepada Mu Ya Allah, aku masih dapat bertemu suamiku, masih lagi dapat bergurau senda dengan anak-anak, syukur kerana masih boleh bertemu dengan ibu bapa dan adik beradikku dan masih lagi dapat bertemu dengan rakan-rakan semua. Bila dah selesai semua aku terus ambil wudhuk untuk solat sunat syukur, menitis airmata aku mengingatkan keagungan yang maha Esa yang masih memberi peluang kepada hambaNya untuk meneruskan kehidupan.

Moral of stories jangan lupakan matikan semua plug yang tidak digunakan. Jangan simpan peralatan lama yang boleh mengundang kemalangan. Aku tidak sempat untuk ambil gambar masa api tengah marak tak teringat pun, gambar kat atas tu je yang sempat.

Friday, February 20, 2009

Audit oh Audit

Salam untuk semua pembaca blog,

Alhamdulillah akhirnya berakhirla audit untuk department Technical Foundatioan dan France Collaboration Programs mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dapat tau petang Selasa department kami akan diaudit pada pagi jumaat. ermm kelam kabut la masing-masing menyiapkan segala document yang perlukan semasa audit. para lecturer sibuk mengemaskini master file, yang aku pulak sibuk mengutip student attendance dan mengemaskini file, tukar label file dan macam-macam lagi, nasib baik minute meeting da siap.

Pada jam 9.00 am (on time beb), auditor pun datang untuk audit France Collaboration Programs. Bos dgn PC pulak ada meeting dengan delegasi dari France, aduh mampus aku apa aku nak jawab sebab bos tak brief apa-apa pun, dia cakap apa yang ditanya jawab je la. Aku pun dengan muka confident tapi dalam hati degap degup Allah je yang tahu, mula la menjawab apa yang auditor tanya nasib baik dokumen-dokumen yang diperlukan ada bersama aku kecuali master file dan exam paper validation je tak de itu terpaksa la rujuk dengan bos.

Setelah 2 jam aku di interview dek auditor ni pergi la pulak ke Technical Foundation, bos TF minta aku hadir sama untuk sesi ni pulak, hai letihnya degupan jantung tadi pun tak habis lagi. Aku lebih concentrate dengan TF ni lebih-lebih lagi untuk subjek Mandarin akan tetapi sebaliknya auditor cuma tanya 2 soalan je percaya ke tidak aku bermati-matian menyediakan dokumen last2 dia tanya staff development & class observation je, aduhai itu la auditor kan suka hati dia je. sabar je la.

Akhirnya department kami tak dapat CAR pun alhamdulillah.

Monday, February 16, 2009

Old Timer Kopi

Sekarang ni aku tengok dah macam trend kedai kopi tumbuh macam cendawan kat Bandar Baru Bangi ni. Pelbagai nama diberi tetapi mengekalkan konsep yang sama, maybe dari segi menu je lain kut. So pada malam malam Sabtu lepas perut kitorang berkeroncong minta diisi, aku cadangkan untuk makan roti bakar di kedai kopitiam milik kid search, tapi husband aku tak nak so pergi yang dekat korner nak pergi Az-Zahrah namanya Old Timer Kopi, boleh tahan jugak, roti bakar nak rasa apa lagi kan nama pun roti bakar, aku order roti bakar, husband order jemput-jemput bawang, yang si kakak berdua tu order mihun sup(sedap kuah dia) and for danish nasi lemak.
buku menu
ye ye je pilih menu poyo

last-last ini je menu yang dipilih jemput-jeput bawang and roti bakar
ni pulak menu danish menu kakak dorang tak sempat nak snap
aksi-aksi menunggu makanan

My Sweet Memory

Ada Apa Pada 15 Februari

15 Februari yep tarikh itu datang lagi, tarikh keramat kepada kami berdua. Pada tarikh 15 Februari 2002 selepas solat Asar dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isteri kepada suamiku. Tahun ini genap 7 tahun usia perkahwinan kami sama usia dengan anak perempuan kami yang sulung. Pelbagai dugaan kami harungi bersama. Semoga kasih sayang kami ini kekal abadi. Kepada suamiku, terimakasih kerana menjadi suami yang penyayang dan bapa yang perihatin terhadap anak-anak kita. Thank you so much and love you.................

Oleh kerana suami aku pergi outstation ke Bintulu pada hari Ahad 15/2, lagi sekali aku terpaksa awalkan untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami (cuma kami anak beranak je), pada hari Sabtu 14/2 lepas aku telah menyediakan resipi black pepper steak. Ini kali pertama aku masak steak alhamdulillah percubaan pertama menjadi he he he, lepas ni kalau teringin makan steak boleh la masak sendiri. Mentang-mentang masak sendiri nak gravy lebih, mayonis lebih semuanya lebih akhirnya sampai malam kekenyangan.

Bahan-bahan untuk marinated boleh dapat kat kedai Yummies Bakery sederet dengan kedai Manjaku Seksyen Bandar Baru Bangi, daging pulak boleh beli dekat Giant, Carefour, pilih daging yang khas untuk masak steak.

nyam nyam
hampir masak

da siap untuk dimakan

Friday, February 13, 2009

Pulau Lagenda Mahsuri - cable car part 4

Kami menghabiskan masa selama 2 jam berada di atas gunung Mat Chincang, sekarang masa untuk turun, good bye Mat Chincang insyaallah kami akan datang lagi kali ini bersama anak-anak tercinta. Kononnye nak pergi telaga tujuh tapi bila tengok kena mendaki jadi malas la letih, next time kot insyaallah.

Masa untuk shopping, gambar kat bawah ni kat oriental village memang saja dorang buat kat situ sebagai tarikan orang nak naik cable car pandai la aku buat andaian hu hu hu, tapi tak beli apa-apa sangat untuk anak-anak je, untuk mak dia dekat Idaman Suri la apa lagi he he he (dah terbayang-bayang corelle, tefal and corning ware)
dah kepenatan jalan-jalan so time makan aiskrim ermm sedapnyer

Pulau Lagenda Mahsuri - cable car part 3

Gambar-gambar ni pulak kat station ke2, 705 meter above sea level. nak pergi jambatan tu kena turun, masa turun tu ok tapi bila nak naik aduh somput den he he he, tapi memang puas hati , kena spend lama-lama kat situ untuk menikmati udara segar. Kepada pembaca blog jikalau belum naik lagi cable car ni pergi la memang seronok gila. Ini kali ke dua saya naik cable car, dulu naik cable car nak pergi gunung Titlis yang penuh salji di Luzern Switzerland, tapi seingat aku tak la segayat naik cable car gunung mat chincang ni, hu hu hu

Pulau Lagenda Mahsuri - cable car part 2

Gambar-gambar ni dekat station pertama 652.5 meter above sea level, check it out



Pulau Lagenda Mahsuri - cable car part 1

Bergambar di pintu masuk cable car
Oriental village tu ada jual macam-macam cenderahati terasa pulak macam kat Interlaken Switzerland bezanya cuaca kat sini panas he he he

gambar-gambar ni kitorang amik dari cable car cantikkan, subahanallah maha pencipta

Pulau Lagenda Mahsuri


Pada pukul 8.30 malam kami telah tiba di Langkawi. Malam tu tak de apa-apa aktiviti cuma pegi makan and rest dekat hotel penginapan kami di Grand Continental Hotel di pekan Kuah.

Pada hari ke 2 di pulau Langkawi kami telah plan hendak pergi naik Cable Car di gunung Mat Chincang yang setinggi 705 meter above sea level. Tiket untuk naik ke atas tak la mahal just tunjuk my kad dapat la rm 15 seorang memang berbaloi. Mula-mula memang gayat toreh muka tak berdarah la tapi bila dah berada kat atas tengok pemandangan yang indah ciptaan dari yang Maha Kuasa hilang rasa gayat dan gemuruh. kalau ke Langkawi jangan lupa naik cable car dijamin puas hati, next cuti sekolah nak bawak anak-anak pulak mesti dorang suka tapi tunggu Danish Hidayat besar dulu. Next blog saya tunjuk gambar pemandangan pulak. tungguuuuuuuuuuu

Thursday, February 12, 2009

6 February 2009

Pada 6 February 2009, pesawat AK 6300 telah menerbangkan kami suami isteri ke pulau lagenda Mahsuri untuk honeymoon kiranya ni advance honeymoon, sebab tarikh wedding anniversary kami jatuh pada 15 February, oleh kerana husband saya kena pergi outstation ke Bintulu jadi program tu diawalkan. Sepatutnya kami berangkat pada pukul 6.50 petang tetapi biasa la Air Asia syarikat ni patut letak tambah tag "now everyone can fly but late". Tepat jam 7.30 baru la kami diterbangkan, ermm letihnya. Kenapa letih kami terpaksa berjalan selama 10 minit untuk naik kapal terbang, kiranya jarak kitorang berjalan dari masjid depan Mfi sampai la MFI. Sesiapa yang ada duit lebih baik naik MAS.

Gambar di bawah telah diambil oleh suamiku dari atas kapalterbang menarik jugak nampak PICC, Shah Alam and Putrajaya