Tuesday, March 24, 2009

Cerita 2 minggu yg x beshh

Salam kepada semua pembaca blog,

2 minggu yang lepas bermula pada hari Khamis 12/3 aku telah diserang demam, menggigil-gigil petang tu terus g Hospital An-Nur(ni mmg hospital favourite bila sakit), terserempak dgn puteri bongsu, tapi masa tu dah tak larat nak berborak. Jumpa Dr Nor Filzah(ni pun favourite dr jugak) dia amik temperature sah aku memang demam. Dr cakap 3 hari tak ok kena dtg amik darah.

Pagi Jumaat 13/3 since kul 6 pagi sampai kul 11 pagi aku muntah-muntah, hubby terus ajak g An Nur, sampai An Nur jumpa Dr Razman (salah sorg dr favourite jugak ni), terus amik darah bila test result darah ok lagi. Terus balik Klang amik adik aku (penjaga anak2ku semasa cuti sekolah bergaji ok mana ada free sekarang). Masih muntah2 lagi

Hari Sabtu 14/3 still lg terbaring atas katil, hubby ajak g klinik malas la, badan tak larat nk bangun, yg sakit ati malam tu dia sempat pegi tengok bola (liverpool vs MU) kat umah member dia, dalam sakit2 tu berangin la jugak. Sms adik ipar and puteri bongsu kononnye mengadula he he he.

Hari Ahad lagi la tak best, macam2 benda terjadi hari tu, pagi tu si kakak turun dari atas panggil papa dia "papa dagu kakak berdarah" ingatkan kecik je la ha amik ko besar koyaknya dia jatuh kat bilik air dagu tersangkut kat mangkuk tandas, aku yg sedia pening tu bertambah pening la, pergi la dia dua beradik and bapak dia g An Nur untuk makluman korang semua staff An Nur dari cleaner sampai Dr da kenal dengan kitorg hu hu hu. Balik tu my hubby citer dagu si kakak kena 4 jahitan, ala kak da kurang 10,000 duit hantaran. Ingatkan abis takat tu je kul 6.30 dapat khabar berita yang adik ipar ku keguguran pulak, sebelum ni dia citer bleeding tapi dia da g semua klinik semua Dr ckp normal, last2 malam minggu tu dia rasa sakit and hari ahad dia g KPJ Kajang Dr sahkan dia gugur, hai tak de rezeki nak timang anak buah, tak per Fara cuba lagi korang masih muda.

Kemuncak cerita aku pada hari selasa 17/3 pagi aku muntah2 pukul 1 pagi pastu aku rasa satu badan rasa sakit yang amat sangat pagi tu kononnya nk pegi keje tapi badan lemah sangat terus pergi An Nur, bila citer kat Dr terus Dr amik darah and test dan resultnya darah aku dari 200 turun ke 80 apalagi terus warded la sampai hari Jumaat 20/3. kepada teman-teman di ofis terima kasih kerana sudi datang melawat, tak sangka lak lecturer2 dept aku ramai datang termasukla one of my boss (ada 2 bos sorg lg tak sempat datang busy) . Terima kasih kepada puteri bongsu sebab tolong sampaikan berita kepada seksyen aku dan rakan2 yang lain dia siap update lagi dlm blog. thank you jugak kepada Ainul Yaqeen dan staff baru TF Mashfu'ah kerana sudi datang melawat walaupun penat diorang baru balik dari Penang menggantikan aku yang tak sihat(suppose aku yang kena pegi tapi apakan daya).

Hari ini 24/3 aku pergi follow up Dr cakap darah aku sudah kembali ke paras normal cuma sendi-sendi aku masih sengal lagi, aku tak boleh berdiri lama sangat sbb bila lama sikit mula la pitam and tak bestnya masa ni la migrain aku datang. Dr bagi aku mc sampai hari selasa depan 31/3 ini bukan berehat lagi namanya suruh pergi melancong ha ha ha. Ok kepada member2 blog i miss you all. Doakan saya cepat sembuh k. Jumpa next week. c u when i c u.

Thursday, March 12, 2009

Tiba-tiba............

Salam, untuk semua pembaca blog,

Waktu maghrib semalam kami dapat terima berita bapa saudara kepada suami ku sebelah bapa mertua telah meninggal dunia. Pagi tadi terus ambil cuti separuh hari untuk pergi melawat. Selepas pergi melawat terus balik ofis. dalam perjalanan ke ofis badan rasa sengal-sengal tekak rasa panas dan sekarang rasa macam nak demam. kenapa ek, kalau ada rakan-rakan pernah mengalami tolong advise. thank you

Wednesday, March 11, 2009

Hujan oh Hujan

terpandang kat luar sana tengok awan gelap gelita bersama petir sabung menyabung dan hanya menunggu hujan turun untuk membasahi bumi. Bila hujan pekerjaan dan perancangan kita agak terbatas betul tak antaranya aktiviti2 rutin seperti ini la yg terjejas:-

aktivit basuh pakaian, basuh hari ni 2-3hari baru nak kering, pastu nak basuh lagi hu hu hu akibatnye macam gambar kat atas la, itu baru 2 bakul yg belum di lipat, yang dah lipat 1 bakul, bayangkan la anak 7-8 orang ye tiap2 hari kena basuh kan. Minggu lepas dan minggu ni ok sikit sebab hubby ada kat rumah boleh la dia tolong yang mana patut.

leganya

Alhamdulillah selesai part 1 keje meng"fax"kan surat jemputan ke sekolah MRSM dan sekolah berasrama penuh yang terdapat di seluruh pelusuk Malaysia ni. Selagi tak habis aku tak boleh tumpukan kerja yang lain. Thank you to Ibu Ani tanpa fax dia tak abih la kojo ku ini nak harap fax kat admin ontah dapat ontah tak la sekolah2 tu. Surat tu untuk menjemput para pelajar dan guru untuk mendengar taklimat mengenai program Pre France yg merupakan kursus persediaan kepada para pelajar tajaan lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara Peranchis. Kalau permintaan tinggi aku dan PC serta seorang lagi pensyarah akan ke UITM Penang untuk sesi taklimat minggu depan.

kena tag dari puteri bongsu

aduh kena tag dengan puteri bongsu, ni jawapannye wahai puteri bongsu,


ini gambar masa tu dania setahun lebih, irdina 3 tahun, nasib baik gambar ni puteri kalau x tak berjawab la tag tu sampai bila2 hu hu hu....

Friday, March 6, 2009

yeah weekend datang lagi

Salam untuk semua pembaca blog,

Nampak tajuk tu macam tak sabar-sabar nak tunggu weekend kan nak tau kenapa pertama dah tentu weekend ni cuti panjang sampai hariIsnin weeehooo. Kedua family kami complete weehooo seronoknya dah 3 minggu berturut-turut kami sekeluarga tak berkumpul ye la minggu lepas husband ada saya tak de, dua minggu lepas lak husband yang takde. Pelbagai aktiviti ingin dilakukan Irdina Farisya pulak baru habis exam, cantik sangat la tu.

Aktiviti utama adalah memasak of course itu wajib masa cuti ni la aku ingin family merasa air tangan aku sendiri, biar suami dan anak-anak semua ingat diriku sampai bila-bila walaupun aku dah tak de lagi di muka bumi ini , isteri soleha dan ibu mithali la katakan ha ha ha, hai rozlin masuk bakul angkat sendiri la ye he he he. Ye la kan hari biasa busy Selasa sampai Khamis Irdina mengaji nak kena hantar pukul 6 pm, pukul 7 pm dah nak kena amik bila lak nak memasak, boleh masak tapi pukul 9 baru siap bila lak nak makan uiiii tak elok makan malam beb tak elok untuk kesihatan.

Kepada kengkawan semua "have a nice weekend", to ibu ani drive carefully.

Thursday, March 5, 2009

nak potong rambut

Memandangkan rambut dah panjang mula rasa rimas tengok rambut puteri bongsu dan ibu ani yang pendek nampak selesa, tengahari tadi exabelle beli majalah so sempat belek2 la majalah ni nampak lak gambar2 kat bawah ni nampak cantik tapi tak tau sesuai ke tak ni, so nak tanya pendapat yang mana sesuai dengan muka saya he he he


Monday, March 2, 2009

makanan lagi

Sabtu lepas aku telah ke pasar Nilai 3 niat mula-mula nak beli bahan-bahan untuk goreng mee tapi biasa la bila ke pasar paham2 je la jadi aku terpandangkan sotong besar-besar dan segar terus dapat idea nak masak apa tengahari sebelum pergi ke kelas. Mula-mula nak beli sotong je terpandang lak ikan kembung pun segar-segar terus rembat dan tak sabar nak masak he he he. Minggu ni giliran husband jaga anak-anak pulak sebab Sabtu dan Ahad lepas aku ada kelas, sebelum mereka mengadu kelaparan baik aku sediakan makan tengahari diorang sebelum pergi kelas (isteri dan ibu mithali aku ni perasan je lebih ni ha ha ha).

Menu pada haritu aku masak simple je ikan dan sotong bakar + sambal kicap dan sup sayur. Tak sahkan kalau tak amik gambar ini pun husband yang tolong ingatkan, nak tau dia cakap apa"tak nak amik gambar ke masuk blog menarik ni" tak tau la perli ke apa, sbb dia tau bini dia tengah kemaruk buat blog ha ha ha.

ni masih kat kuali da bukak daun pisang nak tau da masak ke lum, maklum la bukan pro



ni lak sambal kicap untuk cicah
tadi sotong ni ikan pulak
ini setelah masak
ni lak sup sayur
lengkap la menu untuk hari sabtu yang lepas, menu apa hari ahad tak sempat masak daa kelas sampai kul 6 petang.

Kali pertama

salam untuk semua pembaca blog

Hari ini merupakan hari pertama Irdina Farisya menduduki peperiksaan yang akan berakhir hari Jumaat. Dari hari aku dapat jadual tersebut telah aku bagi amaran"kakak jangan tengok tv this weekend baca buku dan buat latihan dekat buku-buku yang mama belikan". Nasib baik dia ni jenis ikut cakap maybe perempuan kan, jadi bangun je tidur lepas mandi dan sarapan terus je dia buat latihan dan baca buku. Sepanjang lepas solat aku tak pernah miss doakan dia supaya dapat jawab soalan-soalan yang bakal di jawab. Mama dia yang dup dap dup dap, baru peperiksaan darjah satu belum lagi UPSR dan peperiksaan seterus-seterusnya.

Cerita pasal peperiksaan ni teringat dua rakan di ofis ni yang tengah dup dap dup dap jugak ni menunggu result SPM anak-anak mereka yang bakal keluar tak silap lagi 2 minggu. Kepada Along(kak shifa) dan kak Fara(ibu ani) good luck.