Friday, October 30, 2009

ada yang tak kena dgn FAcebook

Meh sini meh sini nak citer ni FAKTA ye bukan AUTA, member aku(lelaki) ada facebook ni so entah macamana satu hari tu dekat inbox ex couple yg kiranya cinta hati pertama la dari form 3 sampai la member aku nak fly ke oversea entah camne terputus hubungan. Baru-baru ni melalui facebook dia terjumpa la mamat ni terus add. Masing2 excited gila la ni sampai terlupa status masing-masing yang dah ada anak 4 orang pulak tu member aku ni wife dia baru bersalin. Mula2 tanya khabar lepas tu miss you la itu la ini rasa nak lempang beribu kali kat muka diorang ni. Entah camna Allah nak tunjukkan wife member aku terjumpa sms yg berbaur sayang dan rindu ni la, kau bayangkan la ye betapa hancur hati si isteri bila suami bersayang-sayang dengan org lain, apala salahnya si isteri ni aku bab2 ni memang sensitif ye korang kata aku kolot ke tak open minded ke apa ke lantak la.

Selepas ternampak sms tu wife dia diam tau tak ckp apa entah camne laki dia panggil dia dialog nye camni la lebih kurang "Yang tolong ambilkan......." wife dia pun balas "apa guna sayang kalau hati tak ikhlas" ha amik ko terkedu la mamat ni dia da terasa mesti wife dia terbaca sms tu. Terus wife dia minta penjelasan tetapi lelaki ego biasa la kan senyap je mungkin masih terkejut agaknya @ da rasa bersalahkan. Esoknya wife dia tanya lagi tp penjelasan mcm biasa "abang tak de apa2 pun just KAWAN" mangkuk kan jawapannya. Wife dia pun malas nak bising dah memang jenis wife dia ni lembut, wife dia cakap la"sekali hati ni terluka selama-lamanya akan terluka, saya percayakan abang tapi abang...... Bila wife dia cakap macam tu menggelabah la dia mulai saat tu wife dia cakap apa yang patut je, selalu tiap2 pagi, tengahari, petang wife dia akan call tapi sejak kes tu wife dia dah tak call.


Ingatkan mamat ni insaf la rupa2nya haram siap nak beli broadband lagi sebab kat office FB kena block. Aduhai sampai mcm tu sekali tu yang dia kata tak de apa2 gila la org mcmni. Yang perempuan tu pun satu ko da ada laki jaga je la, tak yah sibuk nk pikir cinta lama tu. Ingat la Allah sikit berdosa besar ko duakan laki ko tu, ingat anak2 yang ko lahirkan tu.


Kepada hubby aku jangan nak mengada-ngada bukak account facebook biar la org kata awak kolot biarla, kang tak pasal2 jumpa entah sesapa(takut sebenarnya ni....)

Wednesday, October 28, 2009

Saya dah pandai baca buku

Alhamdulillah Dania anak aku no 2 dah boleh baca buku in English & Malay, siap gaya lagi. Masa mula2 masuk Qdees awal tahun tu kitorang rasa risau sangat ye la cakap dia masih kita tak faham lagi, boleh ke teacher dia ajar dia macam2 la. Habis 1st term macam tak de perubahan pada cakap dia still sama rasa sedih pun ada, Aku n hubby discuss lagi samaada nak teruskan ke @ cari tempat lain yang khas utk budak2 yg tak pandai cakap lagi, tapi rasa kesian sebab dia terlalu teruja untuk sekolah kat qdees ni, kitorang decide biar dia stay lagi dekat situ. Dan alhamdulillah masa 2nd term dia dah dapat sesuaikan diri dan nampak perubahan sedikit demi sedikit maybe pergaulan hari2 dengan rakan2 dia yang boleh dia bercakap dengan lancar walaupun ada pelat sikit2 .

Dekat Qdees ni kan ada program membaca so student kena baca 24 buku. Masa 1st term tu book 1 tu punya la lama nak habis bila masuk 2nd term baru la cepat dia membaca dan kini 4th term dia dah baca book 15 dengan lancarnya, syukur, syukur, syukur. Aku tak kisah jika dia tak fluent in English asalkan dia faham, pandai menulis dan boleh membaca. Sekarang dia dah macam kakak dia berlumba-lumba untuk habiskn baca buku. Teringat si kakak dulu berlumba-lumba dengan sorang rakannya untuk habiskan baca buku sampai paksa2 teacher dia untuk habiskan buku 24 tu, akhirnya dia berjaya habiskan book 24 sebelum masanya.
Inila dia Dania Humaira yangbangga dengan book 15 , "adik da dapat book 15 mama" aku pun cakap "bagus adik pandainya" terus semangat nak habiskan buku tu, yang kakak pulak jeles camner tu, padahal dia da selalu dapat pujian,anak-anak kan.


ni lebih kurang macam buku peter n jane, if you all nak ajar diorang membaca beli la buku peter n jane, satu hari 1 word, 3 word lama2 dgn sendirinya insyaallah budak2 ni boleh baca dengan lancar. Lagi satu kitorang selalu belikan buku @ majalah tak kisah in malay @ english asalkan diorang suka membaca. Sekarang pun Qdees dah ada program baca buku dlm bahasa melayu konsep pun sama. FYI aku hantar anak2 aku d Qdees sek 3 BBB, cuba la hantar dari principal hingga la teacher2 dia memang tip top.

nota: teringat arwah acik dia selalu tanya kakak dah buku berapa, pandai la kakak ni, setahun arwah jaga kakak...


sesi menaikkan berat badan

Bila badan terasa ringan tetiba nak tambah berat badan boleh he he he. Semalam entah camne teringin nak makan ayam kampung goreng, kat bandar baru ni dah byk jual dah korang pilih je la kedai mana. SMS my hubby ajak lunch, lama tau dia tak balas rasa dah nak merajuk ni org tengah lapar cepat rasa nak marah n merajuk ha ha ha boleh gitu ngada2 namanya tu ok2 melalut, lps tu dalam 15 minute gak la baru balas tgk2 dia sms lg 10 minit sampai office, kelam kelibut la aku bersiap-siap. Sapa tak sayang bini oi....

Mula2 nak g kat seksyen 7 ala cawangan yang sama kat cheras tu diorg da buka branch kat sek 7, entah camne last minute my hubby ckp kat sungai merab sebelah petronas nama kedai tu perantau pun ada ayam kampung goreng so tak nak buang masa terus pegi sana. Ingatkan nak ratah je ayam tu tapi mcm tak lengkap je bila tak makan dengan nasi kan ha ha ha tapi I amik nasi separuh je tau (nak sedapkan hati). Sebenarnya ayam goreng tu rasa macam tu je tak de la rasa lain tapi agaknya ayam kampung kot. Rasa puas dapat makan mcm ngidam pulak, dah makan dekat office so harus la pulang awalkan tetiba mengantuk le mata terus g surau letak kepala n zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz, nasib baik ada org kejutkan kalo tak terlajak.

happy dapat g makan

ayam kampung goreng masih terasa kat tekak ni

lauk tambahan nampakkan separuh je kan nasi tu

abis licin memang aku lapar la semalam

muka yang happy sangat bila dah kenyang tq yang, psttt cantik tak tudung tu kalo berkenan g la klik kat SYANA Gallery harga berpatutan... sempat promote lagi





Monday, October 26, 2009

arghhhhhhhhhhhh

Tension, stress semua ada ini gara2 hp aku yang rosak sedih giler, kalo hp tu seringgit dua aku terima la ini sob sob sob, malas nak marah2 dekat org yg rosakkan hp ni kalo marah @ pukul ke hp tu takkan kembali pada asal. terpaksa la tebalkan muka pinjam dulu kat org nasib baik biras aku ada hp spare. Yg lebih menyedihkan all contact no simpan kat phone memory arghhh bertambah tension la aku tolong tolong sapa nak tolong buat derma kilat utk aku ni sedihnya. Nak menghilangkan rasa sedih aku ajak hubby pergi IKEA untuk merawat luka dihati ha ha ha ayat tak boleh belah punya, sepatutnya simpan la duit tu kan tapi lain lak jadinya siapa nak gembirakan hati sendiri hu hu hu. eh eh cop cop, dengar2 IKEA akan dibuka di Putrajaya betul ke, ada sesapa tau pasal ni tolong bagitau ek.


hasil merawat luka hari tu, tambah koleksi tapi dah tak tau nak letak mana, corelle yg beli kat langkawi dulu pun tak de tempat nak letak, ini nama perempuan kan

Sunday, October 25, 2009

Celebrate birthday girl@ Secret Recipe


Ini adalah rakan aku yang menyambut harijadi pada 24/10, happy birthday eiz. Kitorang terpaksa sambut cepat sebab masing2 ada urusan yang tak dapat dielakkan. Kitorang celebrate dekat Secret Recipe BBB.

Rosliza Mustapa merupakan seorang lagi sahabat yang agak rapat, dia ni gila2 gak dan kadangkala sensitif he he he. If kitorg ada masalah kitorang akan rujuk antara satu sama lain, senang cerita satu kepala la dan jenis tak berkira la dia ni. Mungkin tu yang jadi kitorang makin rapat. Eiz aka Pu3 bongsu hope persahabatan kita berpanjangan ye dan sempena hari jadi ko ni aku ucapkan semoga murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik, amin... Bukan senang untuk mencari kawan menangis ye dan juga bukan senang nak cari org yang sudi mendengar masalah kita tau tapi mereka ini...............luv u la



kami (siapa yg sambut birthday ni he he he sbb malas nak bangun la ni)


manjaa tau...

tengok tu masih nak bertumbuk lagi

ha ni gambar syok sendiri namanya aku sorg je pandang camera yg 2 org tu pandang apa entah

Menu kami pada hari itu.

Friday, October 23, 2009

Happy Birthday Eiz aka Pu3 Bongsu

happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Eiz

aku nak ucapkan semoga murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa ceria bersama keluarga tercinta.
Khas untukmu sahabatku





Ziarah & Jalan2 cari makan

Pada Hari Isnin lepas bapa kepada bos aku telah meninggal dunia, so our section decide untuk ziarah pada hari selasa. Pagi Selasa tu terus pergi Temerloh dan dalam pukul 12 tghari camtu kami sampai, berbual-bual la kami dari ruang tamu bawa ke dapur, buruk perangai kan ha ha ha. Luas kawasan rumah tu dah lama tak jumpa kampung ni jakun sekejap. Dalam pukul 1 kami pun berangkat balik, masing2 da kelaparan salah sorang dari kami contact adik dia cari ikan patin (da nama bandar ikan patin kan) masak tempoyak yg sedap, da dapat cari tempat terus serbu kedai tu tapi bukan rezeki kami nasi dan ikan patin da habis sob sob sob. Selang satu kedai tu ada jugak jual ikan patin tempoyak so kitorg pun cuba lakan mana tau sedap he he he. Tapi percaya la memang sedap gilerrrrrrrrrrr. siapa duduk kat Temerloh tolong angkat tangan he he he.

tengok sign board pun da kecur air liur
sungai pahang

buah mangga ini baru putiknya ye belum masak lagi, so bygkan bila masak mcamana besarnya


ini la rumah keluarga bos aku luas giler beb, dekat belakang tu macam2 ada


tengok la pokok orked tu dapat snap dari jauh je

ni landmark yg pertama nk g makan ikan patin tu ada traffic light ambil kanan

ni landmark yg ke 2 jgn ty mcmana nk ke sini tapi you all jumpa terminal bas temerloh dulu belakang Masjid

ha tu kedai dia sebelah kedai jahit tp kena datang cepat sbb nnt abis

ini nama kedai makan tu

sila kan sila kan selain ikan patin tempoyak minuman special kat situ ais jagung syedappp


ini la pertama kali sejak aku hidup aku makan ikan patin. Kat KL susah nak jumpa kalau adapun hanyir kut. Aku rasa ada setengah2 orang je yang pandai masak ni, aku surrender ye tak reti ok kalo masak ikan2 mcm ni. So sapa yg mengidam boleh la ke sini.

Masak2

Lama tak publish cerita pasal masak2 kan ni nk cerita la. Hari tu malas nak makan nasi so masak la kuew tiow goreng pergi pasar terus beli bahan2nya, berkobar2 nak goreng kuew teow ni he he he.

tumbuk pakai lesung you all ha ha ha giler tradisional ni

kuew teow yg da siap gaul dgn kicap

tak suka daun kucai ganti sawi bole je kan

fish cake n fish ball

udang ganti kerang sama je sedapnya he he he

ini pun nak amik ke tumis jgn tak tumis

msk udang n fish ball n fish cake

masuk semuanya

ok da siap masak dan bole makan

Thursday, October 22, 2009

Saadom, Moon & Miasara

Dah tengok Pappadom rata2 blog yang aku baca semua bagi 4 to 5 star. So aku pegi la bersama anak2 dara aku. My hubby masih tak terbukak lagi hati nak tengok citer melayu ermm entah la. Korang nak tau ini la filem melayu pertama aku tengok kat wayang selepas 16 tahun last tak silap sembilu rasanya lepas tu semua citer org putih. Hari Jumaat kitorg g alamanda untuk booking. Settle. Esoknya aku bangun awal terus siap2 untuk masak breakfast and lunch terus maklum la ada 2 org yang kena tinggal. Lega rasanya bila da siap semua baru la senang hati keluar rumah kan.

Hari Sabtu tu ramai family yang bawak anak masing2 tak ketinggalan jugak budak2 tanpa ditemani mak bapak diorang dalam umur 10-12 thn, kalau aku la he he he tak de maknanya la nak lepaskan anak2 aku pergi tengok sendiri.

Ok balik pada citer pappadom ni memang best giler, seorang bapa yang hampir lupa kewujudan anak sendiri yg sedih nya setiap kali birthday anak dia lupa aduh, nasib baik laki aku tak camtu. Tapi segalanya berubah bila si isteri meninggal dunia, bermula la kisah bapa tunggal membesarkan anak perempuan dia. Yang belum pergi tengok la cerita ni memang tip top la. You all bayangkan anak aku yang umur 5 tahun tu menangis tersedu-sedu, yang sorang tu kesat2 mata dia ingat aku tak nampak la he he he pandai cover tau minah sorang ni, aku airmata dah laju macam air terjun dah. Conclusion cerita ni dalam menangis kita ketawa dan dalam ketawa kita menangis. Ada sesapa nak ajak aku tengok cerita ni lagi he he he. Tanpa gambar rasanya tak lengkap blog aku ni kan ha ha ha


sempat lagi diorang berposing ni malam sabtu tu, cerita tupai ni keluar 24/12

muka2 gembira dapat tengok wayang

Gambar sana sini

Dah tak reti nak bagi tajuk ha ha ha, hentam je la labu. Lepas majlis hari raya tu aku diminta handle budak2 prefrance untuk bergambar bersama lecturer dan mentor akan tetapi lecturer tak de aku ler menggantikan mereka. Fuh bukan senang ye nak kumpulkan budak2 yang dah berakal ni terpaksa la menjerit panggil diorg ni sakit tekak aku dibuatnya. Anyway happy sangat dengan diorg. layan je la gambar diorang ni
bersama budak2 nakal


kesian lecturer ni kena dera kecek kelate, terbalik pulak

me with lecturer electrique and mathematique
ermm tengok je la diorg ni

lagi budak nakal

last posing from us aku pun dah jd gila dgn diorang bayangkan kalo duduk satu hari bersama diorang fuh....but i'm happy with them