Thursday, November 4, 2010

Influenza B

3 minggu yang lepas adalah minggu sakit untuk family kami, dimulakan dengan Danish, tiba-tiba pagi tu dia demam panas sangat, suami pulak kebetulan outstation. Pagi2 lepas hantar kakak dan adik ke sekolah terus je pergi Az-zahrah. Jumpa Dr, amik suhu 39 darjah wow panasnya, takkan nak hantar taska terpaksa la cuti. Alhamdulillah lps 5 hari Danish kebah dari demam.

Baru nak tarik nafas lega, yang Dania pulak demam betul2 seminggu selepas annual concert Q-dees. Hari Jumaat kebetulan masa tu saya sangat busy di office, dan minta suami ambil anak-anak. Masa saya tengah cari barang-barang untuk Dean List dapat call dapat call dari suami beritahu Dania demam, ah sudah, terus mintak suami hantar ke Az-zahrah. Dr check suhu 39 darjah near to 40, aduhai susah hati ni, mohon minta jgn la ada apa-apa.

Hari Sabtu nampak mcm da ok tetapi sebelah petang panas balik, hari ahad pun tak de tanda2 nak pulih. Hari Isnin nampak da ok tapi kitorang tak hantar ke sekolah lagi. Hari Selasa pagi tu nampak dia ok so kami pun decide nak hantar ke sekolah. Entah macamana, lepas hantar kakak ke sekolah tiba-tiba Dania menggigil kesejukkan, terus saya minta suami terus ke Az-Zahrah. Dr check suhu masih tinggi 38.3 suppose demam dah takde sbb dah complete antibiotic. Dr pun ckp nak amik darah dan test influeza. Ya Allah terus hati saya tak keruan, berdoa jangan la ada apa2 yang tak baik berlaku ke atas Dania.

Keputusan darah dan influeza keluar je, Dr panggil masuk, keputusan darah normal, tak menunjukkan tanda2 denggi, tetapi test influenza B menunjuk positif. Dr terus keluarkan surat untuk kuarantin selama seminggu.

Balik rumah tengokkan dia menggigil-gigil, saya selimutkan sampai 3 lapis pun masih menggigil. Sampai hari Rabu tiada tanda2 untuk sihat. Petang Rabu tu kami bawa ke An-Nur pula. Demam sangat tinggi. Wad pulak penuh, terus minta Dr masukkan air, tak sanggup saya tengok Dania mengerang dan menggigil-gigil. Dan alhamdulillah hari Ahad Dania sudah menunjukkan tanda2 positif untuk sihat, dah boleh bermain dengan kakak, mulut dah pot pet pot pet seperti biasa. Syukur kepadaMu Ya Allah.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang tidak pernah jemu mendoakan kesihatan anak saya.


4 comments:

CathJ said...

sedih tul kalau budak2 mengigil demam... kita yg dewasa pun tak larat.... apatah lgi kanak2...

semoga semua sehat selalu yer...

take care..

PuTeRi BoNgSu said...

alhamdulillah xde apa2 yg serius..
selagi ank2 blm membsr, kita akan sentiasa bhadapan dgn perkara2 mcm ni.bwk byk2 bsabar..

take care..

danishahumaira said...

tq cath, mmg sedih smpi i terfikir yg bukan2

danishahumaira said...

tq puteri, betul la, kekadang kita ni diuji dgn pelbagai ujian, ini adalah antaranya