Monday, December 13, 2010

JJCM-Mee Udang Mak Jah

Wow penuh entry makan kan, kalo dah ke Ipoh harus kami terjah Kuala Sepetang untuk mamam mee udang yg terbaik, mula2 nak pegi gerai mak teh tetapi ada org ckp sebenarnya gerai Mak Jah lagi sedap. Terus mama yg gila makan ni terus google, dekat gerai Mak Jah ni ada menu lain if korg tak suka mee, nasi goreng pun ada jadi ada kelainan la.

Kalau dari Ipoh nak ke Kuala Sepetang dalam 1 jam je exit tol Changkat Jering dan follow la signboard Kuala Sepetang, Gerai Mak Jah ni dah hujung2 tau korang akan jumpa Mak Teh dulu.

Tapi kan saya lagi selesa dekat Mak Jah sebab pertama orangnye ramah dan tak sombong, kedua, pelbagai menu dan kita boleh request nak pedas ke tak kat Mak Teh dorg bo layan, ketiga sedappppppppppppppppp sangat. Jom mee udang mak jah.





No comments: