Wednesday, January 30, 2013

Lost World of Tambun

Salam semua,

Sebelum cerita ini basi mari la kita up kan diblog ye, biasa la bila dah intake memang la tak menang tangan dan akhirnya blog ni pun terbiar hahaha blog terbiar tak pe jangan family terbiar. 

Ini itinerary wah ada itinerary ko padahal cuti nya pendek je hahhaha. Memandangkan anak-anak da besar ni sebelum bercuti kena la ada plan biar cuti tu buat kenangan terindah untuk diorang. Dah macam satu kemestian dalam setahun mesti pergi cuti just for us, ye la dalam 12 bulan mak pak busy, anak2 busy study so why not eh kenapa aku speaking ek hahahahha, ok sambung balik so why not kita plan cuti satu keluarga duduk sama2 kat hotel dan makan sama-sama lupakan kesibukkan belajar dan kerja. Tahun 2011 kitorang sekeluarga ke Selatan selalunya cuti 3 hari 2 malam 1 malam dekat JB dan semalam lagi dekat Melaka. Tahun lepas pulak mula-mula plan nak ke selatan lagi maklum la Legoland kan dah bukak tapi bila baca review byk tempat yang belum dibukak lagi dan panassssssssss, ye adik2 kakak2, we all's ni kan puteri lilin, Jadi setelah berdiskusi kitorang telah memilih cuti kali ni ke Utara pulak. so jom tengok ittenary kitorang kat bawah ni.

day 1

6.30am bertolak dari rumah
9.30am breakfast kat Tapah
10.30am sampai 1st destination Lost World of Tambun

yup 1st destination kitorang sampai ke LWOT kita mandi-manda dulu dekat sini, muka anak2 dah tunjuk muka tak sabar dan dan dalam kereta terus tukar baju mandi, nasib baik kat sini tak straight sangat boleh pakai t-shirt and tudung masa mandi. Kawan-kawan kalau nak pergi sini beli lah online ticket ye lagi murah macam kitorang ni tak sempat entah apa yang tak sempat terpaksa beli kat sini yang aku ingat harga ticket dewasa rm 45 kalau walk in kat online tak ingat la korang boleh search kat web LWOT. Jadi semuanya RM 200++ tak ingat harga penuh maklum la perginya bulan 12 kan ni dah nak bulan 2 baru nak cerita. tapi kalau online 170++ jek adoiyai, x pe la asalkan anak2 happy kan.

budak yang paling happy



yeay saya da boleh masuk mandi yippiiii


kena paksa bergambar

meowwwwwwwwwww disambut dengan kucing2 ni

yg dpn tu buat2 x pandang ishh





ok lets go mandi sampai kecut

yg ni je la dia berani



ketakutan untuk menggelongsor

kakak memang over excited

sebenarnya penakut budak ini untuk main gelongsor ni
itu je la gambar yg sempat aku snap guna notes yg lain semua dlm camera godang malas nak upload hehehe, kepada yang belum pergi LWOT sila la pergi ye memang terbaik especially sesiapa yang ada anak2 tengah nak membesar macam kitorang ni, eh bujang pun boleh pergi memang best, yang gambar kat atas ni adalah tempat budak2 ada untuk dewasa yang gelongsor air yang paling tinggi kat situ memang besh giler 3 kali aku round main tu je lupa jap ada anak dgn laki hahahaha, laki aku sekali jek naik bendaalah tu.

oh ye selain tu kat sini jugak ada mini zoo dan kolam air panas, pergi la uolss sambil mandi-manda break kejap boleh visit zoo lepas tu terjun balik ke kolam. Tapi memang fun la kat situ bukan anak2 je mak pak pun sama fun. Sedar tak sedar dekat 5 jam kitorang kat dalam tu.masing-masing da kelaparan jom la kita g makan nasi vanggey yang terkenal kat ipoh tu kan. Ok next entry ke itenary ke 2 pulak ye ha yang tu tragis huhuhu.


2 comments:

Kniedaz said...

seronok kan LWOT...saya dah pergi dua tiga kali...hehe

danishahumaira said...

aah kak kniedaz bkn bdk2 je tak nak balik mak dia pun hahaha, next time boleh masuk calendar cuti