Tuesday, December 1, 2009

1 December, Irdina Farisya Birthday





7 tahun yang lepas, 1 December 2002 bersamaan 25 Ramadhan jam 11 pagi lahirla Irdina Farisya puteri sulung kami seberat 3.7kg. sepatutnya due 19 december tetapi 2 hari sebelum lahir tu aku ditahan di pusat rawatan Az Zahrah kerana contraction setiap 1/2 jam, keesokkannya dibenarkan keluar sebab contraction normal balik. Entah macamana malam tu keluar bleeding pulak, arwah mak mertua aku suruh kitorang pergi hospital balik sebab takut apa2 berlaku.

sampai hospital Dr check da bukak 1cm rupanya. Dr suruh rest dulu, esok lps subuh nk induce, aku yg da mula rasa takut ni da tak senang duduk, dalam 4 pagi camtu tetiba tekak rasa loya sangat terus muntah, Dr datang check ambik suhu badan Dr kata aku demam terus dibagi ubat demam. Masa ni da rasa sakit2 terus dr check da bukak 4 cm dr ckp dgn nurse bawk ke labour room dan aku da mula menggeliat2 atas katil, tak tahan dibuatnya pukul 5 pagi mintak dr bius, tertidur kejap lepas tu bangun rasa bertambah sakit walaupun dah dibius, mulut tak lepas dari berzikir, dalam pukul 10 Dr check dah bukak 9 cm, lega rasanya, Dr suruh tarik nafas n push sekali tak berjaya, 2, 3 , dan akhirnya Dr terpaksa vacuum sebab aku dah lemah dan still demam lagi dengan bantuan vacuum lahir la Irdina Farisya pada jam 11 pagi. Alhamdulillah, sehingga kini dia sihat dalam jagaan kami next year dia melangkah kaki ke darjah 2. cepatnya masa berlalukan...


4 comments:

Tirana said...

Happy birthday to Irdina...moga sihat dan ceria selalu

PuTeRi BoNgSu said...

happy beday kakak..semoga menjadi anak yg solehah..insyaallah

danishahumaira said...

tq auntie2 semua

Ibuhani said...

happy b'day kakak....untung lahir bulan dua belas ni.....selalu jd yg paling muda dlm kelas :)