Tuesday, March 2, 2010

Percutian ke Bandung Part 4 (Pasar Baru)

Hari ke 2 di Bandung

8 am Breakfast

9 am -5 pm Gerak ke Pasar Baru walk in je dlm 5 minit sampai la, dari satu tingkat ke satu tingkat puas rasanya baru rasa syok nak shopping, baju manik2 ni kalau kat Malaysia rm 150-200 dekat sana rm 60-70 dah dapat kualiti terbaik punya. Baju kebaya nyonya n sulam kat sini you all tau je lakan kat sana rm 75-80 dah dapat. Telekung jangan cakap la yg jual kat sini rm 100-200 kat sini rm40-50 dah dpt mana tak gilanya. Tshirt utk ole2 pulak rm 5 - 6 dah dapat. Handbag tak banyak yg cantik kalo nak cantik2 kena pegi FO tapi aku tak dan la. Pastu pegi Pasar Kota Kembang depan hotel je, kat sini banyak jual handbag, kasut dan dvd, beribu handbag kat situ boleh aku tak berkenan ingatkan last2 dpt handbag kat pasar baru itu pun da puas cari yg berkenan dek mata bole la buat basahan g keje.

5 pm- 7 pm amik blue bird pegi kartika sari dekat jalan dago, sedap brownies dia lg sedap dari secret recipe wajib beli tau macam2 perisa ada brownies cheese, chocolate and badam yang panjang 30000 rupiah, yang pendek 24000 rupiah, ada satu kuih tak ingat namanya tp tahu dengan keju letak cili padi kat atas dia perghh smpi sekarang teringat kelazatannya nasib tak pregnant hahahaha. Kalau tak berkesempatan untuk dapatkan dekat airport pun ada jual tapi tinggi sikit la harganya 40000 rupiah tapi tak fresh sangat la kan.

8 pm - ronda2 sekitar hotel tu naik beca sangat scary ok

9pm balik hotel packing2, mandi n zzzzzzzzzzzzzzzzzz sebab esok nak kena bangun 3 pagi waktu sana.


breakfast pagi itu

sekitar jalan pasar baru, jalan ni sibuk dari 8 am hingga 6 pm je lepas waktu tu lengang selengangnya. Pasar baru tutup sekitar 5 @ 6 pm.

antara hasil rembatan dekat pasar baru



berakhirla perjalanan di Bandung, tak puas hati lagi sebab tak round FO2 nnt la plan betul2 pegi lagi sekali

hope info2 yang secoet tu boleh jadi reference sesiapa yang nak pergi.

daaaaa

3 comments:

Ibuhani said...

..org Indonesia mmg suka makan kerepek kan.....wajib ada kerepek masa tunggu mknn kan:)

danishahumaira said...

aah diorgkan kan jawa

ibuayu said...

seronokkan gi bandung..ibuayu kalau ada rezeki memang nak gi sana lagi...