Sunday, October 10, 2010

Happy birthday Danish


Tanggal 10/10/2007 lahirla putera yang ditunggu-tunggu, kami namakan Danish Hidayat. Masa mengandungkan dia pergh byk betul dugaaan dgn mabuknya la lepastu yg paling hebat masa tu umur kandungan 8 bulan boleh lak melintang smpi Dr betulkan 3 kali dia masih melintang lagi. So checkup terakhir masa tu 3 hari nak raya 27 Ramadhan Dr nasihatkan operate je sebab takut kalau apa2 terjadi masa hari raya korg pun tau la kan hari raya jalan sana sini buatnya ketuban pecah mana nak menggagau cari hospital ishh simpang malaikat 44 hehehehe.

So dengan rasa takut saya dan suami setuju dgn saranan doktor. Hari tu masih berpuasa lagi hehehehe sayang wei konon2 nak puasa penuh, ha kena marah dengan Dr, lpstu pergi KFC tak agak2 minum air gas bagai kang dlm pantang tak boleh minum kan hehehehe. Pukul 2 puasa balik tapi tekak haus je so belasah minum air. Pukul 4 petang pegi balik hospital untuk hantar perut, pegi check in dulu, pukul 5 dtg nurse bwk baju biru tu seram siut tu baru nampak baju, masa tu badan da seram sejuk aduh tak dapat bayangkan sakit selepas di operate . Bila masuk bilik OT lagi la sejuk yg amat sangat mcm dlm bilik mayat huhuhu, lps tu nmpk Dr da pakai baju khas lagi la dup dap dup dap jantunku. tetapi dalam takut2 tu alhamdulillah pukul 5.30pm Danish selamat dilahirkan dengan cukup sifat.
Tu je la yang saya dapat kongsikan pengalaman bersalin secara pembedahan, ngeri beb saya rasa cukup la kot 4 kali bersalin.


Kepada birthday boy, Happy 3rd birthday Danish Hidayat, kami semua sayang awak k, jgn nakal2 tau.