Thursday, October 21, 2010

Jauhnya celebrate

Seminggu selepas suami celebrate birthday, giliran Danish pulak. Mula2 ingat nak masak je n celebrate kat rumah, tapi bila bangun tidur je tiba2 tekak ni teringin nak makan asam pedas kat melaka gerai no 35. Gerai ni mmg famous dikalangan org Melaka. Last saya makan tahun 2003 lepas tu gerai tu tutup sebab kat tapak tu nak buat dataran pahlawan tak silap la dan lepas tu tak tau gerai tu pindah kat mana. Last2 masa husband pegi outstation dia terjumpa balik kedai ni diorg bukak kat belakang Mahkota Parade. Fuh panjang berjela utk citer pasal kedai ni hahahahah. Terus bagi cadangan kat husband celebrate birthday Danish kat Melaka.

Bertolak dalam pukul 11 pagi dan sampai melaka dalam pukul 12.30 tengahari, alhamdulillah tak jam, jalan pun clear je. Sampai terus cari kedai tu, terasa teruja bila tengok jalan2 kat Melaka ni tengok bangunan2 lama dan banyak perubahan dah berlaku kat Melaka tak silap last pergi 2 thn lepas rasanya, serius Melaka dah banyak berubah byk shopping complex n taman2 baru. Yang kakak merengek2 nak masuk muzium kapal tu, nnt la plan cuti betul2 baru la syok jalan. Tetapi ada hikmahnya tak singgah mana2, kalau tidak samada kami terlibat dengan kemalangan ngeri melibatkan bas tu @ pun terperangkap dalam jam yg sangat lama. Alhamdulillah sesuatu yg terjadi tu ada hikmahnya.

seronok betul dorg nk g jalan2

sedap meletop rasa puas betul la tak mahal pun semuanya rm 49.50, ikan jenahak, ikan pari, kari ayam kg, ulam2 + sambal belacan, kerabu mangga yg sangat mengecurkan air liur,



masa untuk bermain, ni kat Jusco Melaka Central, kengkawan best tau Jusco ni lain sikit dgn Jusco yg lain, tak shopping pun tp mama dia dpt kasut sepasang hehehee


dan ini adalah kemuncaknya sebelum kembali ke pangkal jalan, no cake oh apakah maknanya birthday tanpa kek hehehee, rasa muak la makan kek jd kitorg pilih donut je utk celebrate birthday Danish.

Kesimpulannya utk hari yang bahagia ini adalah kenyang dan seronok hehhehehe.


No comments: