Friday, August 26, 2011

kisah di bulan Ramadhan

Entry ni tanpa gambar ye adik-adik, saja nak berceloteh

Kisah 1

Bulan puasa ni macam biasa la bila petang semua berebut-rebut samada nak balik rumah utk masak @ berebut-rebut nak pegi bazar Ramadhan, tapi jangan la sampai lupakan keselamatan diri dan org lain serta undang-undang kan. meh sini nak habaq petang ramadhan yang ke 9 macam biasa aku amik anak dekat jalan 2 BBB, aku ni bila husband x de aku takkan pilih untuk balik jalan yang selalu husband aku guna, aku akan amik jalan yang kat surau An-Nur. Petang tu hujan gerimis macam biasa bila hujan kereta pun macam siput ye la jalan licin kan, smpi kat simpang aku pun tarik handbreak sebab kereta banya kat depan nak keluar simpang, tiba2 entah mana datang nya motor pegi langgar kereta aku, aduhhhhhhhhh tension nya, agaknya bulan puasa nak marah pun tak larat, aku tengok budak sekolah tingkatan 1@ 2
A: ko tak nampak ke kete akak berhenti ni
BS: sori kak jalan licin tak sempat break
A; abis tu mcmana ni
BS: nnt saya bayar la (sambil pakai helmet terus start motor n berambus mcm tu je)

apa perasaan korang masa tu, kurang ajar kan, kali ni ko lepas la kan,

Kisah 2:

yang ni otw nak amik dania, if korang biasa jalan selaman menuju ke PKNS setiap petang especially bulan puasa ni memang la byk kete lagi2 ada traffic light kan. Ada satu honda ni punya la bijak memang la ko bagi signal tapi tengok2 la jalan clear ke tak, dia terus masuk lane kanan hrmm nak jadi citer ada motor lalu, terpelanting budak motor tu kesian budak tu tak pasal2 je kena langgar dek kerana kejahilan undang2, aku rumuskan ini kes blind spot, cuba la ko gerakkan badan ko ke dpn sikit utk pastikan betul2 clear ke tak jalan tu, ini tak bagi signal je terus je masuk hrmm...

Kisah 3

kisah ni lain pulak bertempat di bazar ramadhan, aku tengah tunggu giliran nak beli makanan ni, bila sampai turn aku penjual tanya nak apa aku, baru nak bukak mulut saya nak... ada lak langau kat belakang yang tak menyabar ni terus sampuk "kak saya nak bla, bla, bla, kebetulan peniaga tu pergi betulkan order org yg depan aku, lagi sekali peniaga tu tanya kat aku sbb aku dah terpacak lama kan kat situ eh lagi sekali si langau ni menyampuk lagi, aku pun sound tepat dan padat la kat budak tu " boleh sabar tak saya dulu sampai biar la saya order dulu" ha ko terdiam nasib la ko ingat ko ckp dulu ko boleh dapat dulu ke, lepas tu baru la dengan aman aku mengorder makanan tu.


No comments: