Monday, December 3, 2012

Coconut Shake Klebang

Yeay kami da sampai kat sini, perjalanan yang tidak dirancang ni berlaku Sabtu 2 minggu yang lepas. Asalnya nak pergi makan kat asam pedas kg Jijan, tapi bila nak otw tu tengok hiway clear terus spontan jom kita ke Melaka  husband terus uturn masuk hiway dan ke Melaka la kami tapi kitorg tertipu bila sampai Seremban kereta banyak dan mula jammed sampai Melaka dekat pukul 3.30 patutnya 2.45 sampai dan macam biasa Melaka kalo weekend @ cuti sekolah sesak la.

First tempat kitorang terjah kedai no 35 belakang mahkota parade, kalo kitorang ke Melaka memang kedai ni la kitorg pergi x de nye ke tempat lain. Akibat perut dah menggigil tak de la gambar yang diambil kerana asyik melayan perut yang menjerit-jerit minta diisi hehehe.

Lepas tu round2 je kat Bandar Hilir tak turun pun sebab hujan turun non stop. Dah agak2 makanan tadi turun kitorg terus ke next station mencari misi untuk merasa coconut shake, mula-mula ingat lokasinya dekat betul tepi pantai rupa2nya bukan. kelam kabut amik ipad search kat google, lokasi sebenar sebelah Caltex, diorang separate kan yg nak bungkus kat sebelah depan, yang sapa nak makan n minum masuk ke dalam lagi.




memang terbaik sedap gila tapi kalo cuaca panas memang sedap la layan coconut shake ni tapi kalo sejuk2 ni layan mcm tu je, nasi lemak memang terbaik, karipap tu biasa je, harga tak ingat tapi ok la not bad.

Misi untuk makan coconut shake telah berjaya, ingat nak singgah pantai klebang tapi hujan masih tak berhenti lagi jadi kitorang pun balik dengan senyuman, sampai rumah ngam2 Maghrib.


No comments: