Tuesday, July 21, 2009

Lembik

Semalam rasa lembik sangat, rasa nak merangkak je dah tak larat sangat, kenapa..................sebab semalam dari pukul 7.30am hingga pukul 4 petang menguruskan jadual waktu pelajar, sepatutnya mereka dah boleh access online akan tetapi ada masalah teknikal, jadi terpaksa la saya uruskan, carikan jadual lecturer cari kelas2 mereka, tengah2 cari kelas mereka terjumpa satu masalah lagi jadual lecturer clash pulak sampai 4 orang lecturer mengajar 1 group pada masa yang sama. Aduhhhhhhhhh, stress betul. Nasib baik puasa semalam jadi masih boleh bersabar. Kesian kat student baru semalam kelas semua terpaksa dibatalkan, cuma ada beberapa kelas yang boleh dijalankan itupun pelajar2 lama sahaja. Yang buat saya geram sistem baru ni saya sebagai administrator tak boleh access untuk melihat jadual waktu lecturer dan pelajar, kalau ada masalah pelajar dan lecturer akan mencari saya dulu, ermm entah la. Alhamdulillah semalam dalam pukul 3.30 petang saya dapat edar jadual waktu tu kepada pelajar walaupun jadual tu masih berserabut.

Ingatkan balik tu nak masak untuk berbuka tapi tak larat sangat, my hubby pun ajak la berbuka kat luar, kesian kat dia smlm pun dia puasa, tapi nak buat camna, cuma sempat buat nescafe n goreng nugget dan sosej untuk berbuka lepas maghrib terus pergi kedai makan. Balik tu ingat nak gosok baju tapi mata dah tak boleh angkat terus zzzzzzzzzzzzzzzz.

Wednesday, July 15, 2009

Menu buka puasa

Last Monday buat puasa sunat, Ya Allah lembik rasanya badan, kerja kat ofis tengah banyak lagi la bertambah lembik, tapi balik kerja tu saya gigihkan badan untuk masak jugak, bukan la masak2 yang berat masak simple je, lepas masak terus naik atas mandi n terus baring atas katil sementara nak tunggu azan, macam budak kecikkan, terbayangkan sikakak macamana dia nak puasa mesti letih sebab sekolah sampai petang, last year puasa dia dapat 22 hari itu sekolah sampai pukul 11 pagi dapat la dia rehat, mudah2an dapat la dia berpuasa lagi tahun ni, yang tak larat menu sahur dia hari2 nak makan telur setengah masak isshh tak elokkan, kekadang masa sahur dia makan nasi kosong je, kalau masak sayur bayam masak air tu je la dia makan, nampak nye saya terpaksa masak makanan kegemarannya la, supaya dia dapat berpuasa, kawan2 ada cadangan menu apa yg patut saya masak untuk org yg cerewet makan macam dia,

apa2 pun jom scroll kebawah tengok menu berbuka saya haritu,

ikan tenggiri masak kicap

kobis goreng campur suhun, kacang panjang n carrot, lepastu letak santan sikit masak ala2 jawa gitu, first time buat ni sejak kahwin, sebenarnya menu asal letak tahu, tempe, petai n udang, but bahan2 tu takde apa yang ada je le n yg penting dapat pujian dari my hubby.

nescafe yg besar tu utk my hubby, ermm baru segar mata, tapi tak jugak pukul 10 dah tidur he he he

nota: risau sikakak sangat cerewet tentang makanan

Kisah satu hari di hari Sabtu

salam untuk semua pembaca blog ini,

Nak juga updatekan, boring gak bukak2 blog entry yg sama kan he he he nasib baik penghantar msg suruh update tengah bercuti kat Bandung. Nak cerita hari Sabtu lepas hari itu dalam sejarah kitorang tak keluar dari rumah, x pergi mana2 sebab apa, hari Ahad saya kerja, pendaftaran student baru dan Adik pulak ada sukan (kesian dia first time sukan, mama tak de pulak).

Dari pukul 7.30 pagi duduk dapur sampai la pukul 12.30 hari saya duduk dapur, buat apa.... masak breakfast n lunch la apalagi, my hubby lak basuh baju, anak2 dibenarkan menonton TV selepas selesai buat homework, dari hari Isnin sampai Jumaat, kami lock rancangan kartun sbb nak diorang tumpukan homework n baca buku. Saya dan Hubby terpaksa keraskan hati dari mendengar rayuan mereka untuk tonton TV, Sorry ye anak2 kalau cuti takpe.

You all nak tengok hasil selama 5 jam
saya duduk di dapur ye he he he

lempeng @ omputeh panggil pancake he he he
suggestion from my hubby nak cicah lempeng dgn sambal sotong, so masak la kan, settle breakfast jom tengok menu utk lunch

padprik daging + udang
kari ikan + bende +tomato

wajib ada ikan goreng
sayur bayam masak air khas untuk anak2 tercinta