Wednesday, November 14, 2012

Cerita Suri rumah separuh masa

Ok sebelum mood m datang mari la kita update secara berterusan ye, minggu ni kan ada 2 public holiday jd marila kiya ambil kesempatan untuk bercuti ye lagi pun cuti sekalah dah bermula tapi x ke mana pun duduk rumah je, laki x de kan jadi duduk la diam2. Sebelah pagi celik mata tengok kain penuh dalam bakul so da tau apa nak buat tapi sebelum turun ke bawah mandi dulu kejutkan anak2 yang da mula kesedapan bangun lewat. Lepasa mandi bawak baju kotor ke bawah untuk dicuci. Sementara baju dicuci oleh mesin basuh pegi la jenguk peti ais utk keluarkan bahan2 utk dimasak pagi dan tengahari, tapi pagi tadi malas masak lalu kedai mamak jadi pilihan. Lepas breakfast singgah kedai popular beli bahan bacaan untuk anak2. Singgah pasar kejap untuk tambah apa yg patut utk lunch nanti. ok ni cerita tengahari pulak balik rumah sidai kain baju yg telah dicuci. Bermula operasi ke dapur da tau nak masak apa so mari la kita tumbuk2, tumis menumis so siap la makanan untuk lunch very simple. Sebelah petang kerja angkat mengang kat kain pun bermula kalo rajin terus la lipat kalo x biarkan la ia menggunung tinggi lepas tu memekak kat FB and twitter kain baju melambak padahal dasar pemalas hahaha. Malam dah x banyak aktiviti cuma perangatkan lauk utk dinner, x koser mak nak utk masak lauk baru kalo ada laki urut2 dia ajak dinner kat luar ini x de jadi pepandai la ye, lagi la anak bujang ni nak bersuap jek kalo x, x nak makan. Memandangkan budak2 dah cuti jadi aktiviti gosok menggosok diberhentikan buat sementara waktu. hrmm penatkan jadi suri rumah ni tapi fun dapat eratkan hubungan dgn anak2. I love my family tetibe je heheheh. salahkan my ipad and note ye kalo x berupdate hehehehe

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum semua semoga anda semua diberi keberkatan, lama x update penyakit m telah timbul hehehe. oh esok kita semua akan menyambut tahun baru Islam 1 Muharam, semoga kita dapat perbaiki dan pertingkatkan amal ibadah dan swmoga diberkati oleh Allah swt. Jangan lupa lepas asar nnanti kita baca doa akhir tahun dan lepas maghrob doa awal tahun ye. love and regards, danishahumaira

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 1433H

Assalamualaikum untuk semua

Esok bermula 1 Ramadhan 1433H, malam ini bermula solat sunat tarawikh, semoga Ramadhan kali ini dapat meningkatkan amal ibadah kita dan perbaiki apa yang kurang. Tak tau kenapa Ramadhan kali ini macam rasa sayu je kenapa ek hrmmm....Para ibu-ibu dan isteri sudah mula menyimpan dalam otak apa yang hendak dimasak untuk sahur dan berbuka, melayan karenah anak2 yang baru hendak belajar puasa, alhamdulillah anak2 dara saya yang 2 org tu dah mula belajar puasa dari umur 5 tahun. Sekarang ni tengah fikir macamana nak ajar anak lelaki yang sorang ni hope dia pun senang nak belajar puasa macam kakak2 dia.Semoga kita dapat mengatasi dibulan Ramadhan ini.




.