Wednesday, June 10, 2009

Durian oh Durian


Petang semalam pergi pasar malam untuk cari ikan and sayur, so bawak la budak2 tu menemankan aku tetiba nampak lori jual durian so satu dialog sudah keluar la dari mulut anak2 ku,

adik: ermm lamanya kita tak makan durian ermm sedapnya nyum nyum (siap gaya lagi x boleh tahan betul la)

kakak: aah la dik tapi dia jual durian kampung kita bukan duduk kampung pun(aku blurr sekejap, x der kena mengena dgn dialog adik dia)

aku citer la dialog tu balik kat hubby aku, betul jugak lama tak menyental durian ni, aku takut makan selalu sebab nanti aku kena asthma, tapi dengan baik hati hubby aku kata beli la, kesian dah di sebut-sebut siap gaya lagi. hai anak anak. Aku pun beli la 2 biji.



muka2 yang sedang menghayati buah durian

Tapi last2 aku yang perabihkan..................

nota: next entry nk citer unplan punya percutian

Tuesday, June 9, 2009

Alhamdulillah

Pertama sekali tq to kak Azlina kerana telah memilih saya sebagai pemenang, tak sangka and happy sangat, ni la hadiah yang saya dapat

sebuah buku zikir dan doa,2 keping tisu decaupage dan 2 keping decal summertime pink)

Terima kasih selagi kepada kak Azlina, semoga ikatan persahabatan ini kekal hingga hujung nyawa.

Monday, June 8, 2009

Semoga semuanya berjalan lancar

Baru dapat sms from my friend dekat UPSI, dia dah selamat bersalin dapat baby boy tapi tak cukup bulan 33 minggu, 2.2kg, Baby dia ada masalah injap jantung tersumbat dan akan menjalani minor operation di IJN pada 15/6/2009. kepada Uji, aku doakan semuanya selamat, jaga diri baik2 jangan stress sangat, insyaallah tiada apa2 yang berlaku.

nota: hati mudah tersentuh setiapkali mendengar budak2 sakit, kalau Muhammad hidup mungkin berselirat juga tiub dan wayar dibadan dia, Allah Maha Adil dan Maha mengetahui.