Thursday, December 31, 2009

Bye-bye 2009, welcome 2010


Salam untuk semua pembaca, Pejam celik pejam celik akhirnya sampai kita ke penghujung tahun 2009. Alhamdulillah Allah izinkan kita semua di beri kesihatan yang baik dan memberi nafas untuk bertemu dengan tahun baru 2010. Apakah persiapan kita untuk menghadapi pelbagai cabaran pada tahun baru nanti.

2009 meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit untuk kami sekeluarga. Jujur aku katakan dugaan paling besar adalah untuk menguruskan anak2, ya Allah tuhan saja yang tahu perasaan aku, ini baru peringkat kanak2 belum lagi remaja dan seterusnya, smg aku dan suami dapat membesarkan mereka dengan baik bersama seiring didikan agama dan akademik.


Alhamdulillah tahun 2009 memberi seribu kemanisan untuk kami sekeluarga bermula dgn my hubby tersenarai dalam temuduga kenaikkan pangkat, si adik telah pandai membaca, si kakak pulak menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan aku telah menamatkan belajar dan telah konvo pada 5 Disember yang lepas. Semua kejayaan yang kami kecapi itu semuanya dengan izin Allah. Hopefully kejayaan ini akan berterusan pada masa-masa akan datang, Insyaallah...


Pada tahun 2009 juga kesedihan berlaku dalam keluarga kami, arwah acik telah kembali kerahmatullah pada 3 hari sebelum umat islam menyambut bulan Ramadhan yang lalu. Aku mengenali arwah semasa mula-mula kerja dekat Bandar Baru Bangi ni, dengan izin dia la aku dapat menumpang rumah dia sementara mencari rumah sewa. Sejak tu kami rapat sehinggala ke akhir hayat arwah. Arwah meninggal disebabkan kanser yang telah merebak keseluruh anggota badannya. Setiap kali terpandang anak2 arwah hatiku jadi sebak terutama anak bongsu arwah yang akan menjejakkan kaki ke tingkatan 1 tahun hadapan.

Semoga tahun 2009 ini akan menjadi penyambung semangat kita semua untuk berusaha dan berjaya pada tahun akan datang. Dengan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya tulisan dan kata2 sy sepanjang tahun ini menyinggung perasaan anda semua, semoga tahun baru ini kita semua membuka lembaran yang baru dan sentiasa berfikiran positif.
Selamat menyambut tahun baru 2010 daripada Danishahumaira...


1 comment:

Ibuhani said...

slmt tahun baru jugak dr k.ani n smoga 2010 ni, ibadah kita lebih baik lg.....amin