Wednesday, January 6, 2010

Hari pertama ke sekolah

salam untuk semua pembaca,

Entry pertama untuk tahun 2010, nak cerita pasal anak2 bersekolah. Tahun ni kakak naik tahun 2 kejap je kan, adik pulak tahun ke 2 tadika. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Masa bayar yuran tu tengok nama kakak telah bertukar kelas dia naik satu kelas dari kelas ke 4 naik ke kelas yang ke 3. Balik tu dia cerita " kakak dua org je org baru dalam kelas 2 jujur ni mama, yg lain semua kawan baru" aku tanya sapa, dia dgn ketua kelas masa tahun 1 je maknanya yg dpt no 1 dan 2 sahaja. Alahai kesian gak nasib baik dia pandai sesuaikan diri dengan kawan2 baru. Balik sekolah hari tu baru la dia nampak kawan2 dia yg masa tahun satu, siap pimpin tangan ko ha ha ha.

Adik pulak dah anggap sekolah tu rumah dia pulak, turun je kereta terus je masuk dah tak pandang2 kita lagi, ermm aku n hubby pun terus je la blah. Adik masuk kelas En-Newton. Teacher dia cakap dari pagi dia sampai sampai la habis sekolah asik chit chat je dgn kawan2 dia, ada je benda dia nak cerita ye la sebulan lebih tak jumpa kawan2.


sudah bersedia ke sekolah excited betul diorang

kelas kakak

insyaallah kakak akan belajar betul2

adik jugak

kepada anak2 yang lain semoga belajar rajin2 k


No comments: