Monday, February 1, 2010

Cerita Misteri

Salam untuk semua pembaca, bestkan org KL, Labuan n Putrajaya cuti hari ni. Psst kengkawan ni aku nak citer sikit, hari Sabtu lepas aku kena amik my hubby kat ofis dia sebab dia baru balik dari Terengganu. Aku ni kat Klang sebab hantar my younger sister balik kampung la, kang tak hantar marah lak emak n abah maklum la anak bongsu la katakan. Ok ok sambung balik laki aku dah sampai dekat ofis 9.30 malam yang aku lak baru hantar emak dari beli barang dekat Tesco, lepas je turun barang tanpa melengah-lengah lagi aku teruskan perjalanan ke Bangi, anak-anak aku tinggalkan dengan atuk n nenek diorang.

Malam tu pulak banyak sangat kereta, nak merempit pun tak boleh setakat 110 je la. Kisah misteri ni terjadi apabila aku menghampiri RNR USJ entah macamana ada kereta BMW singapore plat main masuk je ke line aku, aku pun bagi la lampu tinggi tengah maki-maki sorang2 tiba-tiba datang satu bau, bau tu sebijik bau dalam saloon rambut, terus aku terdiam, serta merta bulu roma aku naik, mana ada kilang syampu kat situ wei, aduhai aku dah tak tentu arah terus cari channel IKIM malam tu pulak tak de pulak orang mengaji, mulut aku kumat kumit berzikir itu je yang aku boleh buat. Korang tau bau ni hilang dekat mana tau dekat kuil kat USJ tu. Aku rasa aku da tekan kereta tu tapi tak laju-laju jugak. Aku da tak berani nak tengok cermin pandang belakang tu aku cuma berpandukan cermin sisi je, tak berani la.

Entah camana bila aku sampai Puchong aku baru perasan lampu kereta aku terpadam padahal daripada klang aku dah hidupkan lampu tu entah bila masa lampu tu terpadam sendiri. Sampai dekat ofis laki aku, aku turun dari kereta, laki aku ingat aku accident sebab tengok aku menggigil-gigil pastu tangan aku sejuk gila, terus aku cerita a sampai z apa yang terjadi. Laki aku terus cakap "dia tumpang kut". Nasib baik "dia" tak tunjukkan muka kalo tak entah la ek.


4 comments:

Chik Na said...

huh... harapnya tak terjadi la benda-benda macam tuh... Chik na nih memang penakut

danishahumaira said...

uii chik na saya lagi penakut sebb saya yg drive nak tak nak kena bwk jgk la

PuTeRi BoNgSu said...

nsb bau je dia kasi. klu dia "menunjuk" lg haru biru...
anyway, alhamdulillah xde apa2 yg terjadi..

danishahumaira said...

tunjukkan diri ooooooooo tidakkkkkkkkkkk