Wednesday, February 10, 2010

Karnival Jom Masuk U

Hi sure korang tak sabar-sabar nak cuti kan long weekend la katakan, dekat FB semua status count days huhuhu aku la tu. Petang Jumaat haritu bersembang dengan marketing officer kat ofis ni, tanya dia pasal marketing, terus dia cakap Sabtu n Ahad lepas ada karnival jom masuk U anjuran KPT dekat Stadium tertutup nilai, aku dengar terus teringat kat adik aku yg baru lepas SPM tu, kebetulan dekat la dengan rumah aku. Ingatkan nak pergi pagi kakak pulak ada sekolah ganti terus decide pergi petang.

Aku ni nama je tau drive tapi buta jalan, perjalanan yang patutnya makan masa lebih kurang 15 minit jadi 1 jam lebih ko. Anak-anak aku dah bising lapar-lapar dan ayat-ayat bisa yang keluar dari mulut diorang "ala mama tak payah la pegi, kita pegi makan la lg best g lepak kedai mamak ke" amboi-amboi korang mentang-mentang mama korang ni buta jalan sesuka hati je. Aku tak berputus asa last- last jumpa la signboard rupa2nya stadium ni terletak kat area USIM, Kitorang sampai dalam pukul 5 camtu, byk jugak booth yang tutup. Terus cakap dengan ika pergi yg mana ada dulu hari ahad kita terjah lagi. Lagipun my hubby dah ada kat rumah so boleh la jaga diorang hari ahad nanti.


dah lengang ye la sampai pun dah pukul 5

aku suka booth UITM memang bagus la diorang ni, rasa welcome sangat, apa saja yang kitorang tanya diorang dapat jawab dengan confident dari course mass com sampai la TESL, nasib baik pergi petang tu kalau hari ahad ramai orang.

belajar rajin2 ye dik
posing dekat booth UDM


sempat lagi, dengar2 diorang cakap hari tu result kuar hujung bulan 2, kalo la betul tak sambut birthday la adik aku ni hahahaha


hasil rembatan kitorang, tips nak dapatkan beg2 tu cakap je korang cikgu for sure dapat semua beg2 tu hahahaha (muka aku macam cikgu ke)


2 comments:

Ibuhani said...

hehehe.....ekau cikgu dia.....anak2 ekau murid2nya....cikgu Tadika :)

danishahumaira said...

hahahaha