Monday, September 13, 2010

1 Syawal kini menjelma

Salam Syawal untuk semua umat Islam, sekejap je kan hari ni sudah 5 Syawal ada yang dah mula bekerja hari ini kan. Sangat malas ok nak mula keje hehehe.

1 Syawal saya dan keluarga menyambutnya di Klang rumah family saya, memang setiap tahun pun kat sana sejak mak mertua meninggal dunia,sempat beraya dengan mak mertua 4 tahun je siankan saya, jd raya je kat rumah family saya. Macamana sambutan hari raya korang mesti bestkan, kami sambut secara sederhana saja yang penting semua family ada disamping menu ketupat, kuah kacang dan rendang wajib ada hehehehe, bab makan mesti tak tinggal. Ini saya update cerita dulu ek gambar-gambar next entry k.

Raya petama selepas sembahyang n ziarah kubur abang saya kami sekeluarga terus zasss ke Puchong rumah adik abah, pakcik saya ni baru keluar hospital kesian dia macam2 penyakit yang terbaru Dr detect jantung dia ada masalah, kami doakan semoga dia cepat sembuh. Bila kat puchong ni memang la lama kami lepak sampai la petang dari ketupat dan rendang ke soto pastu nasi dagang perghh terhebat la. Malamnya pulak kami beraya rumah saudara mara husband pulak ada la 3 -4 rumah, itu pun rasanya dah sendat perut. Tak sahkan kalau pergi rumah orang jawa ni kalau tak makan, sambal goreng, ayam masak kicap memang la tak tinggal.

Raya kedua pagi melepak sampai petang, lepas asar pergi rumah adik abah yang bongsu kat klang pun makan jugak, mee bandung yg sangat best, lepas sampai malam pastu sambung raya kat rumah sedara husband makan lagi, senang citer raya ni dilarang diet hhahahaha

Raya ketiga beraya dekat negeri sembilan, seawal jam 7.00 pagi kami sekeluarga bertolak ke Pasir Besar rumah kakak mak, sampai sana dalam pukul 11 pagi. Orang negeri Sembilan ni tak lepas dari masak lomak cili api, masak guno kayu api laie perghh tradisional beb. Dalam pukul 3 tu kitorg gerak ke rumah Pak Andak abang mak kat Felda Jelai, umang aih meriah betul org2 felda sambut raya kereta berpusu-pusu kuar masuk sampai jam la nak masuk simpang, kat rumah pak Andak makan mee goreng, sembang-sembang dalam pukul 5 gerak ke felda Bukit Jalur lak raya rumah sepupu den lama tak jumpa dia, bila jumpa terus peluk hilang rasa rindu.

Dalam pukul 7 pm kitorg pun gerak ke destinasi terakhir Felda Palong rumah pak long abang emak. Sampai sana dalam pukul 8.15 camtu, perut dah sendat ni tapi diorg tak bagi balik selagi tak makan hrmm apa lagi terpaksa la kami makan nak amik ati tuan rumah.

Pukul 9 gerak balik ke Pasir Besar hantar sepupu balik dah salam2 semua terus je balik ke pangkal jalan hehehe. Bila sampai kat Terachi jalan dah start slow kereta byk bila sampai kat bukit putus jalan baru yg by pass jalan pusing2 tu dah tak bergerak punca jam adalah traffic light yg nak menuju ke lebuh raya LEKAS. dekat situ je hampir dua jam, sakit pinggang den ni ha. Sampai Klang pukul 1.30 pagi, pastu terus pack2 balik Nilai sampai 3.30 pagi fuhh letih sangat tapi best n happy dapat berjumpa saudara mara, cuma tak dapat cover belah Johor sbb masa sangat singkat cuti pun tak panjang kan next time insyaallah.

Ok tamat la cerita raya saya sekeluarga next entry layan gambar ye. Selamat hari raya dan selamat bekerja semula k. bye bye

1 comment:

nizam omar said...

Penuh betul jadual raya tahun ni ye.
selamat bekerja dan majlis beraya di office..salam aidil fitri