Monday, April 11, 2011

lambat tapi masih segar

15 february 2011 genap 9 tahun usia perkahwinan kami, sekejap masa berlalu anak-anak pun dah ada 4 sorang simpan untuk bekal di akhirat. Yang sulung darjah 3, yang tengah darjah 1, yang si bongsu nak masuk 4, hrmmm cukup la kut buat masa ini hehehhee.

9 tahun bersama pelbagai dugaan yang kami hadapi lebih-lebih lagi sekarang anak-anak sudah meningkat usia yang perlukan tumpuan yang lebih. Alhamdulillah kami masih boleh mengatasi lagi. Bertolak ansur, percaya adalah senjata utama dalam hidup berumah tangga. Syukur kepada Allah kerana memberi kan aku suami yang sangat memahami dan sangat sporting. Kalau aku sakit dia la pengubatnya, ubat doktor pun kalah la, seboleh-bolehnya dia akan suruh rehat hingga betul-betul sihat, sangat kagum dengan kesabaran dia menjaga aku dan anak-anak.

Semoga rumahtangga kami dan kasih sayang kami kekal hingga ke akhir hayat, insyaallah, amin...

celebrate di sini

red velvet yang marvelous

hadiah kasih sayang kami, lupakan harga demi org tersayang


No comments: