Monday, April 11, 2011

Sehari di mid valley

Bila kita dah ada anak-anak mesti kita sibuk dengan diorang kan, masa bersama pasangan masing-masing sangat terhad betul tak. Kadang-kadang kita kena pandai untuk agihkan masa. Oleh kerana sudah lama tak berdua-duaan kami decide untuk apply cuti, jadi ke Midvalley la sebab memang nak berbelanja barang-barang dapur, wah sampai ke mid valley ko cari barang-barang dapur ek huhuhu, tak la bukan camtu kebetulan hari tu ada members day kat JJ Midvalley jadi alang-alang beli la barang kat sana, lagi pun dapat point manyak untung meh.

Se awal pukul 11 da sampai MV , perkara pertama isi perut, aku ni kan suka baca blog dari blog la aku tau makanan kat mana best huhuhu jadi kali ni aku cadang makan kat Belanga, kebanyakkan kata nasi kerabu dia sedap so cuba la

resultnya memang lazat sangat, daging dia perghh lembut nasi n ulam serta sambal bila digaulkan bersama wa cakap lu la memang sedappppppppp

ini la barang-barang yang diborong

dah penat beli barang lepaskan penat di kedai donut ni, tiba-tiba teringat blog yang menceritakan pasal pan cake durian ni, lalu pegi la membeli ater dekat je dgn kedai donut ni, ingatkan pan cake ni letak perasa durian je rupa-rupanya isi durian yg original beb, fuh puas betul la memang berbaloi la, Jadi bila ke MV memang wajib beli la, i likeeeeeeeeeeee

Jadi hari tu dapat dating n makan huhuhu.


No comments: